Jan 16, 2013

Perkongsian: Ikhlaskah Kita?

“Akhi, macam mana nak istiqomah?”

“Senang sahaja.”

“Senang? Macam mana?”

“Jangan terpengaruh dengan syaitan.”

“Macam mana nak elak dipengaruhi syaitan?”

“Baca Surah Al-Hijr, surah ke-15, ayat 39 dan 40.”

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,[39]
kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka."[40]
[Q.S. Al-Hijr, 39-40]

“Kena ikhlas?”

“Betul.”

“Alamak, itulah yang susah.”

“Tau takpe.”

Lalu derai tawa bergema dalam ruangan itu.

Ikhlas

Perkataan yang mudah disebut, sukar dilakukan.
Mudah dipelajari teorinya, sukar dilaksanakan praktikalnya.

Sahal bin Abdullah pernah ditanya, “Apakah yang paling berat bagi nafsu?” Dia menjawab, “Ikhlas. Kerana ia tidak punya tempat di dalamnya.”

Akibat

Kita tidak ikhlas, kesannya bukan sedikit-sedikit. Daripada amal yang sepatutnya membawa ke syurga, boleh menjerumuskan kita ke neraka!

Hadis tentang 3 orang yang telah mati syahid. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, sepatutnya menjadi ingatan kita bersama. Hadis sahih riwayat Muslim.
  1. Seorang yang berperang sehingga mati, namun niatnya hendak dikatakan seorang pemberani.
  2. Seorang yang mahir ilmu Al-Quran dan sentiasa mengajarkannya, namun niatnya hendak dikatakan sebagai seorang alim dan qari.
  3. Seorang yang mempunyai harta melimpah ruah dan membelanjakannya ke jalan Allah, namun niatnya hendak dikatakan sebagai seorang yang dermawan.
Ikhlas itu, melakukan segala sesuatu hanya kerana menginginkan keredhaan-Nya.

Bukan untuk diri kita diterima oleh mana-mana pihak.
Bukan untuk diri kita terselamat daripada didiskriminasi oleh mana-mana pihak.
Juga, bukan untuk diri kita mendapat manfaat dalam bentuk apapun.

Kesimpulan: Ikhlaskah kita?

Isu-isu yang sedang hangat diperkatakan, untuk apa kita ikut berbahas mengenainya?

Dalam segala tidakan kita seharian, apakah niat kita melakukannya?

Kalau bukan kerana Allah, pasti nafsu menempati ruangnya.
Kalau bukan kerana Allah, pasti syaitan sudah punya tempatnya.
Kalau bukan kerana Allah, pasti nerakalah tempatnya.

Na’uzubillah min zaalik.

Tepuk dada, tanya iman.

p/s: Isu kalimah Allah, ikhlaskah kita? Jangan jawab di sini, sila jawab dalam hati. Hanya Allah yang tahu.


~End Of Post~

3 comments:

  1. Jzk akhi.... semoga kita tetap yakin dan x pernah ragu2 utk berbuat insya Allah :)

    ReplyDelete
  2. Salam. Kalau ada org ckp 'saya rasa x ikhlas (terpaksa) buat dakwah jdi lebih baik saya undur diri. Saya x nk buat ibadah kerana terpaksa'. Mcm mne solusinya ya?

    ReplyDelete
  3. @Shakirah Rosli
    Alhamdulillah..

    @Syed Reduan
    waiyyakum...amiin..insya-Allah..

    @Nabilah
    Wa'alaikumussalam WBT
    Dakwah ini hukumnya wajib. Sama seperti wajibnya solat, zakat dan berpuasa di bulan Ramadhan.
    Untuk hal yang wajib, tidak perlu tunggu ikhlas untuk dilaksanakan. Bahkan kita perlu memaksakan diri kira supaya ikhlas dalam melaksanakan kewajiban.

    Bayangkan kalau seseorang ayah tidak ikhlas dalam menjalani ibadah mencari nafkah untuk keluarganya, apakah dia perlu berhenti daripada mencari nafkah dan membiarkan anak serta isterinya terkontang kanting kelaparan?

    Tentu tidak.

    Dan, tidak mungkin apabila kita tidak ikhlas untuk solat 5 waktu, kita tinggalkan solat. Begitu juga puasa dan begitu juga lain-lain ibadah yang wajib.

    Marilah mengikhlaskan diri kita dalam melaksanakan kewajiban.

    ReplyDelete