Aug 31, 2008
Sedarlah Remaja Islam
Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.
Generasi inilah yang menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi’ tabiin..yang kini sudah semakin hilang.
Mengapa generasi ini hilang? Ini semua adalah angkara kafir laknatullah..mereka telah menjauhkan umat Islam sekarang dengan menanamkan penyakit yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang akan menjangkiti umat akhir zaman..iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Mereka telah menanamkan penyakit ini dgn menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. Tv, radio, internet dan media massa adalah antara alat-alat yang digunakan. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firman Allah dalam surah ke-41 ayat ke-26:
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).
Inilah yang menyebabkan umat Islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi, dihormati dan digeruni..tetapi sekarang umat Islam disembelih sesuka hati. Dulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga. Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah, terbalik dengan Umat Islam sekarang.
Umat Islam sekarang, cinta dunia. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu, mereka takut untuk menegakkan kebenaran,takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan Islam yang sebenar. Mereka takut, jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta, pangkat, pekerjaan dan juga rezeki. Para ustaz dan ustazah takut untuk menegur kerajaan kerana takut dipecat, orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Secara ringkasnya,mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia! Sedarlah umat Islam. Agama kita sekarang diperlekeh orang..mereka menghina nabi..membunuh rakyat Palestin, Iraq dan banyak lagi umat Islam di serata dunia. Mereka disiksa dan dibunuh dengan kejam. Pernahkah anda mendengar kisah-kisahnya?
Di palestin, peristiwa Shabra & Shatila misalnya. Pada 16 September 1982, Israel dengan rakusnya membunuh beribu-ribu mangsa di kem yang menempatkan kira-kira 6000 orang pelarian Palestin. Peristiwa pembantaian ini adalah antara peristiwa yang paling kejam yang pernah terakam dalam sejarah dunia. Dalam peristiwa itu, seorang wanita dan bayinya telah disembelih hidup-hidup. Sesiapa sahaja yang terlihat di jalanan turut disembelih. Seorang pemberita Britain Robert Fisk, yang membuat liputan mengenai peristiwa itu berkata:
"Saya menelusuri jalan yang amat mengerikan buat pertama kali dalam hidup saya di kem Sabra Shatila ketika militia masih melakukan pembunuhan dan merogol. Mayat bertaburan dipenuhi lalat, mayat wanita sudah bengkak, jasad bayi bergelimpangan dengan kesan peluru di kepala."
Di Ambon, kisah pembunuhan beramai-ramai umat Islam Indonesia oleh puak pelampau Kristian. Satu kekejaman yang tidak dapat dilupakan, seorang ibu yang sedang sarat mengandung ditahan dan diikat di tiang. Perutnya dibelah dengan pisau sedangkan dia dalam keadaan sedar. Anaknya dikeluar dan dicincang di depan matanya sendiri. Si ibu menjerit-jerit meminta tolong, namun tidak diendahkan. Tidak cukup dengan itu, diambil seekor kucing liar lalu dimasukkan ke dalam perut yang dibelah tadi, lalu bukaan itu dijahit semula. Ibu malang itu dibiarkan di tiang itu lalu dia meningal di situ. Bayangkan betapa tersiksanya ibu itu.
Di Penjara Abu Gharib. Tahanan-tahanan di sini rata-ratanya adalah umat Islam yang dikaitkan dengan peristiwa 11 September dan terlibat dengan Taliban. Mereka disiksa dengan begitu teruk sekali. Diceritakan oleh tahanan-tahanan yang sudah dilepaskan, kafir-kafir Amerika memperlakukan mereka seperti binatang. Mereka dibelasah sesuka hati. Al-Quran dihina di hadapan mata mereka sendiri. Mereka mengoyakkan Al-Quran lalu diguna untuk mengelap kasut, dicampak ke lubang tandas dan bermacam-macam lagi. Seorang tahanan yang baru selesai melakukan pembedahan di perut, dipijak perutnya beramai-ramai oleh tentera-tentera Amerika, sehinga luka jahitan itu terkoyak semula. Seorang tahanan lain, sengaja dibiarkan kelaparan, lalu apabila meminta makanan, dimasukkan tiub ke hidungnya, dan disalurkan cecair najis. Tiub itu ditolak-tolak sehingga terasa di perunya. Tahanan itu mengalami kesakitan yang luar biasa muntah darah.
Itu baru sedikit yang diceritakan, Masih banyak dan kejam lagi yang telah dan masih terus berlaku. Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama Islam tercinta ini.
Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat? Jika rakyat palestin dan iraq menentang dan mati, insya-Allah mereka akan syahid dan masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku,apakah umat Islam di Malaysia akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka? Fikirkanlah…
Sekarang kalau kita keluar ke masyarakat..kita dapat lihat bermacam-macam gejala sosial dan maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk, rata-ratanya berlaku di kalangan umat Islam kita ini sendiri. Maksiat dilakukan terang-terangan,tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa salah dengan apa yang dilakukan.
Sekarang maksiat berleluasa. Sana-sini terdapat lelaki perempuan yang berkepit-kepit, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah laksana suami isteri bahkan lebih daripada itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin banyak dan tidak terkawal. Pengalaman seorang rakan saya yang mendengar kawan di kelas tuisyennya berbual. Rakan saya ini telah mendengar mereka berbual mengenai kehebatan mereka yang telah berzina dengan ramai gadis-gadis sebaya mereka. Mereka ini sudahlah tidak berasa malu malah boleh berbangga dengan apa yang mereka lakukan itu! Pulak tu, kalau ada anak zina dilahirkan, mereka ada yang membuangnya dalam mangkuk tandas, tong sampah dan ada yang menggugurkannya. Apa hendak jadi dengan umat Islam sekarang? Ini adalah salah satu tanda-tanda kiamat sudah hampir. Tidakkah kita sedar?
Seorang senior menceritakan. Dia jual burger untuk dapat duit poket tambahan. Jual bilik ke bilik. Satu malam ni, dia ketuk-ketuk satu bilik ni, tak buka-buka. Dia pun pulasla tombol dan membuka pintu sndiri. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat dua orang siswa itu sedang melakukan perbuatan terkutuk kaum sadom di atas katil (homoseks). Senior ini kemudian kembali menutup pintu, dan kaku di situ. Teruk?
Ada banyak lagi cerita. Sampai tak larat saya hendak mnceritakan. Ada remaja yang ditangkap berzina dalam surau (pelajar sekolah agama). Ada perempuan 14 tahun paksa boyfriendnya yang baru 12 tahun buat hubungan seks dengannya.
Kawan saya, masa baru habis SPM buat part time, ajar tution budak-budak sekolah rendah. Dia nampa budak-budak ni handphonenya, N-Gage, sabun, daun dan yang lain-lain yang mahal tu. Dia pulak 3310 je. Bukan tu yang nak jadi ceritanya. Tapi sekali masa habis tution, budak kecik tu datang kat dia, smbil cakap, “Sir, awek Sir ade yang seksi macam ni tak?” sambil menunjukkan gambar-gambar lucah yang ada dalam HPnya. Kawan saya ni terkejut beruklah. Tergamam dia di situ. Ni budak-budak sekolah rendah! Baru-baru ini pula, seorang remaja mengaku merogol neneknya sendiri, dan ini adalah kisah yang paling saya tidak dapat terima!
Kalau yang kita lihat sekarang adalah remaja Islam, maka bayangkan 5-7 tahun lagi..mereka ini akan menginjak dewasa! Ya, kita akan dikelilingi oleh mereka yang pada zaman remajanya pernah berzina, minum arak dan macam-macam lagi perkara yang tak terbayang dek kepala otak kita. Mereka ini akan bernikah, dan berkeluarga serta bekerja. Boleh anda bayangkan kita dikelilingi oleh masyarakat-masyarakat yang seperti ini? Saidina Umar Al-Khattab berkata, kalau nak lihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan remajanya sekarang. Bagaimana remaja kita?
Kebanyakkan Umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka. Mereka menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan. Lalu Allah sendiri yang MEMBIARKAN MEREKA SESAT. Allah berfirman dalam surah Aj-Jasiah, surah ke 45 ayat ke 23,
”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”
Sedarlah saudara-saudara seIslamku..umat Islam kini semakin teruk, Sangat teruk. Mereka tidak lagi takut kepada dosa dan pahala. Inilah tugas kita sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-A’raf,surah ke-7 ayat ke-164.:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
Allah juga memerintahkan kita untuk sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman:
Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.(surah Adz-Dzaariayat, surah ke-51 ayat ke 55).
Jadi,tugas kitalah untuk mengubah masyarakat, membina masyarakat, dan akhirnya menahirkan kembali generasi rabbani. Imam Hassan Al-Hudhaibi pernah berkata..
”Tegakkanlah daulah Islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu.”
Maksudnya, kalau kita nak kembalikan kegemilangan Islam, pertamanya, tegakkan Islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak Islam di dadanya, sudah terbinalah negara Islam. Bukan susah pun. Apa yang kita kena buat, sedarkan kawan-kawan, adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak kita. Macam mana nak buat? Ceritalah apa yang kita faham mengenai keadaan masyarakat sekarang. Semoga dengan itu mereka tersedar dan ingin mengubah diri.
Maaf, sekarang anda semua mungkin membaca kisah keruntuhan akhlak dan moral orang lain. Mungkin kisah anak orang lain. Mungkin kisah kakak atau adik orang lain. Mungkin kisah saudara orang lain. Tetapi kalau hal ini dibiarkan berterusan, tidak mustahil suatu hari nanti anda akan mendengar kisah adik anda sendiri terlibat dengan hal-hal yang disebutkan tadi. Maaf, saya bukan mendoakan, tetapi ini adalah kenyataan.
Kalau anda yang sedang membaca ini tak mahu mengambil tahu, rasa tak perlu nk susah pikir pasal orang lain, terserah. Jika kita kedekut untuk mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk menyedarkan masalah umat ni, kita yang rugi. Firman Allah :
Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).
(Surah Muhammad, surah 47, ayat 38)
Allah akan menggantikan kita yang kedekut ini dengan satu generasi yang tidak akan kedekut macam kita. Mereka ini lebih menyintai Allah dan agamaNya lebih daripada kita dan Allah juga menyintai mereka. Firman Allah:
Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(Surah Al-Maidah, Surah 5, ayat 54)
Jadi sedarlah wahai umat Islam!! Sedarlah Remaja Islam!! Kalau bukan kita yang akan mengembalikan Islam, siapa lagi!!?? Mulakan dengan diri kita! Ya, diri kita! Mulakan sekarang juga!! Ya, Sekarang! Kalau bukan sekarang, bila lagi!? Para sahabat dahulu telah membuktikan mereka mampu menegakkan Islam. Mereka juga remaja. Mengapa tidak kita?
SEDARLAH...
(p/s : Semua kisah dan contoh yang saya bawakan di atas adalah benar-benar belaka)
Aug 30, 2008
Nukilan Di Akhir Sya'ban
Setinggi manapun kita berada
Sehebat apapun kejayaan kita
Sebahagia manapun hidup yang dicari
Sekuat apapun usaha yang diletakkan
Semuanya tidak akan berguna tanpa niat yang tulus untuk mengharap redho Allah
Kerana itulah sahaja yang menjadi kayu ukur kita di dunia ini
Sama ada 'BERJAYA' ataupun 'GAGAL'
Kerana saudaraku...
HIDUP ini hanyalah ujian
Dan MATI adalah penamatnya
Tujuan diciptakan dua perkara ini hanyalah untuk menguji kita
Siapakah yang terbaik amalannya
Firman Allah:
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
[Al-Mulk - 67:2]
Oleh itu, kembalilah kepada fitrah penciptaan kita
Diciptakan untuk menjadi hamba
Hanya untuk mematuhi aturan dan ketetapan pencipta kita
Allah yang Maha Berkuasa, Maha Pencipta
FirmanNya:
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka (beribadah) menyembah-Ku.
[Adz-Dzariyaat - 51:56]
Maka ujiannya adalah untuk mengikuti segala perintahNya
Juga ujiannya adalah untuk meninggalkan segala laranganNya
Yang semua itu dilakukan
Demi semata-mata untuk mendapatkan redhoNya
Kerana Dialah yang mencipta kita
Maka Dialah yang paling tahu mengapa ditetapkan kita perlu berbuat sesuai dengan ketetapanNya
Umpama seorang jurutera kereta yang menciptakan kereta
Menetapkan bahan bakarnya adalah petrol
Maka jika kita berkeras ingin menggunakan diesel sebagai bahan bakarnya
Dengan alasan ia lebih murah dan menjimatkan
Maka sudah pastilah kereta itu akan rosak teruk dan terpaksa di'overhaul'
Dan begitu jugalah dengan diri kita
Bukan semua kehendak serta keinginan kita boleh dituruti
Juga perkara yang kita rasakan baik itu sememangnya baik untuk kita
Dan bukan semua yang kita bencikan itu tidak baik untuk kita
Tetapi yang terbaik untuk kita adalah apa yang telah ditetapkan oleh Allah
Kerana Dia yang Maha Tahu
Sedangkan kita tidak mengetahui
Firman Allah:
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
[Al-Baqarah - 2:216]
Oleh itu saudaraku
Berhentilah daripada menolak fitrahmu
Sesungguhnya jiwamu inginkan kedamaian
Jiwamu inginkan ketenangan
Jiwamu inginkan kebahagiaan sejati
Kebahagiaan abadi
Dan pastinya kebahagiaan abadi adalah sesuatu yang kekal
Dan pastinya dunia bukan kebahagiaan yang dicari
Meskipun kau berjaya meraihnya
Ia hanyalah sementara
Kesenangan yang memperdaya :
Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan
['Ali-Imran - 3:185]
Maka KETENANGAN serta KEBAHAGIAAN yang sebenar itu hanyalah apabila kau mengingat Allah:
Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram
[Ar-Ra'du - 13:28]
Dan kembali kepadanya dengan jiwa yang tenang
Bersama hamba-hambanya yang lain
Lalu memasuki SYURGA-Nya yang dikejar oleh setiap makhluk:
Hai jiwa yang tenang, Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku.
[Al-Fajr - 89:27-30]
Dengan mempergunakan setiap detak jantungmu
Setiap kerdipan kelopak matamu
Setiap sedutan nafasmu
Setiap tutur katamu
Setiap cetusan fikiranmu
Setiap setiap langkah kakimu
Setiap apa sahaja yang kau ingin lakukan
Hanya untuk mendapatkan redhoNya
Hanya untuk mendapatkan hanya perhatianNya
Hanya untuk mendapatkan tempat di sisiNya
Bangkitlah wahai jiwa yang mempunyai fitrah yang suci
Tinggalkanlah segala kejahiliyahan yang bersarang dalam diri
Tinggalkanlah segala kemaksiatan yang membelenggu diri
Jangan tertunggu-tunggu lagi
Apakah kauyakin kaumasih hidup selepas detik ini?
Sedarlah wahai diri
Insaflah wahai diri
Temukanlah kebahagiaan hakiki
Cinta sejati
Cinta Ilahi
Bermusafirlah demi mencari kedamaian abadi...
TIADA YANG LEBIH INDAH DARIPADA MENDAPAT REDHA ILAHI
SEINDAH APAPUN SESUATU ITU DALAM PANDANGAN MANUSIAWI
IA TIDAK AKAN BERMAKNA TANPA KEREDHAAN-NYA
..::Marhaban Ya Ramadhan::..
-Nukilan di Akhir Sya'ban-
Jun 30, 2008
Dakwah Keluarga Susah?
Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya.
[Al-Baqarah, 2:272]
Nabi sendiri tidak mampu mengubah dan mengislamkan bapa saudaranya yang tercinta, apalagi kita. Bersyukurlah, sekurang-kurangnya keluarga kita masih Islam, masih mengaku Allah sebagai tuhan, Nabi Muhammad sebagai nabi. Insya-Allah, mereka akan menginjak syurga juga akhirnya.
Namun perlu diingat, kita perlu terus-menerus mendakwahi mereka, kerana itu sememangnya tanggungjawab kita yang tidak akan pernah berhenti. Firman Allah :
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
[Al-A'raf, 7:164]
Lihat di hujung ayat itu, "supaya mereka bertakwa". Maksudnya tujuan dakwah kita perlulah agar mereka bertaqwa. Jadi, kita perlu berusaha dengan cara yang terbaik. Pelajarilah fiqh dakwah, bacalah buku-buku dakwah, cara-cara mendakwahi keluarga dan mintalah pendapat murobbi@murobbiyah dan naqib@naqibah. Insya-Allah akan berjumpa caranya. Yang penting, kita perlu terus menerus menasihati, namun menjadikan mereka beriman itu tugas Allah.
Beberapa tips:
1. Sentiasalah menunjukkan akhlaq yang baik kepada mereka. Dekati mereka dengan baik. Jadi teman yang rapat buat mereka. Tunjukkan kita mengambil bereat terhadap mereka. Lama-kelamaan pasti mereka akan mendengar nasihat kita.
2. Jangan sekali-kali berleter kepada mereka. Ini akan membuatkan mereka menyampah dan lari daripada kita.
3. Banyakkan bersabar. Amalkan sikap ini; bersama dengan mereka apabila mereka tidak melakukan larangan Allah, tinggalkan mereka @ tidak bersama mereka apabila mereka mula melakukan larangan Allah. Firman Allah :
Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. Dan jika setan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang lalim itu sesudah teringat (akan larangan itu).
[Al-An'am, 6.68]
4. Berdoalah bersungguh-sungguh kepada Allah agar mereka diberi kefahaman tentang agama. Tanda Allah ingin memberikan kebaikan kepada seseorang hambaNya adalah Dia akan memberikannya kefahaman tentang agama.
5. Akhir sekali, bertawakkal kepada Allah, sambil terus berusaha.
Dan kepunyaan Allah-lah apa yang gaib di langit dan di bumi dan kepada-Nya-lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, maka sembahlah Dia, dan bertawakallah kepada-Nya. Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan.
[Huud, 11:123]
Wallahua'lam...
Jun 26, 2008
Nukilanku Buat Sahabat Yang Menyintai Kekasihnya
Aku membaca luahan hatimu kepada kekasihmu,
Luahan yang kauabadikan di blog milikmu,
Kau luahkan segala perasaanmu kepadanya,
hingga kaukatakan,
"~~sungguh, hanyalah dirimu yang aku cintai.. dan sungguh, kukan disisimu hingga kumati~~"
Kukira kaumahu semua orang mengetahui,
Bahawa kau amat mencintai kekasihmu itu.
Kau ingin berbangga memilikinya sebagai kekasih,
Lantaran segala pengorbanannya yang mengharukanmu.
Sehingga kuyakin,
Sesiapa sahaja yang membacanya pasti merasa,
Bertapa dalamnya cintamu kepadanya,
Dan tiada siapa yang mungkin mengingkarinya.
Tetapi...
Terharukah aku membacanya? Terharukah aku?
Lalu mengapa air mata ini mengalir?
Mengapa?
Namun hatiku membisikkan,
kau bukan terharu..
Sebenarnya kau sedang terkesima umairzulkefli..
Terkesima melihat cinta seseorang yang diletakkan bukan pada tempatnya yang sebenar...
Sesungguhnya aku akan hanya terharu...
Jika yang kauucintakan itu adalah Rabb-mu...
Jika yang kau sayangi itu adalah tuhanmu...
Pencipta dirimu...
Yang menciptakan segala yang ada pada dirimu,
Keluargamu,
Ibumu,
Ayahmu,
Kekasihmu,
bahkan PERASAAN yang kau rasakan saat ini...
Kerana aku yang hina ini melihat...
Kau tidak meletakkan Allah sebagai cinta terATASmu...
Yang lebih kaudambakan hanyalah cinta dia,
manusia biasa...
Walaupun dia Amat MenCintaimu..
Tapi ingatlah..
ALLAH LEBIH MENCINTAIMU...
kerana DIA yang memberimu kebahagiaan yang kaukecapi kini...
Namun kerana cintamu kepada dia,
Seakan-akan kau melupakan DIA,
Kau lebih mahu memenangi hatinya,
Daripada memenangi diriNYA,
Kau lebih ingin menyenangkan diri kekasihmu,
Tetapi kau telah mengingkari kasih KEKASIH sebenarmu...
Kau lebih ingin memenuhi kehendak dirimu serta kekasihmu,
Tetapi kaumeninggalkan kehendak KEKASIH sebenarmu.
Kau amat takut andai kauterguris hati kekasihmu.
Tetapi sedarkah kau yang kau telah menoreh-noreh KEKASIH SEBENARMU,
dengan melakukan larangan-laranganNYA...?
Satu analogi mudah buat situasimu ini...
Bayangkan jika kaumencintai kekasihmu itu,
Lalu kauberikan segalanya kepadanya,
Dan kaumendapati dia turut mencintai dirimu,
Dia juga memberikan segalanya kepada dirimu,
Namun akhirnya kausedari,
Cintanya padamu hanya kerana rupa parasmu yang anggun,
Suaramu yang lunak-merdu,
Hanya itu!
Hanya kerana fizikalmu!
Dan seandainya fizikalmu hilang,
Cinta kekasihmu buatmu turut hilang...
Lalu kaumenyedari itu bukan cinta sebenar,
Kaumenyedari bukan dirimu yang dicintai dan dipuja selama ini,
Kau menyedari yang dirimu terasa dikhianati...
Bagaimana perasaanmu ketika itu?
Dan itulah analoginya,
Ketika tuhanmu menyintaimu lalu memberikan segalanya padamu,
Lalu yang kaukembalikan,
Hanyalah cintamu kepada hambaNYA yang biasa,
Kau rasa bersyukur,
Hanya kerana memiliki hambaNYA,
Kau rasa gembira kerana layanan hambaNYA kepadamu,
Bukan sebenarnya kepadaNYA...
Kaumerasakan kekasihmulah ang menghilangkan deritamu selama ini,
Tetapi sebenarnya DIAlah yang menghilangkannya.
Kaumerasakan kekasihmu memberimu semangat untuk bangun kembali mengharungi hidup ini,
Tetapi sebenarnya DIAlah yang meniupkan semangat kepada jiwamu.
Kaumerasakan kekasihmu itu yang membahagiakanmu selama ini,
Tetapi sebenarnya DIAlah yang meniupkan kebahagiaan kepadamu.
Kaumerasakan kau sangat bahagia apabila dicintai dan dkasihi kekasihmu,
Tetapi siapakah yang menciptakan perasaan cinta dan perasaan kasih itu?
Siapakah sebenarnya yang meniupkan perasaan cinta itu keadalam dirimu dan kekasihmu?
Juga yang meniupkan sifat pengasih kepada ibumu,
Juga kepada sesiapa sahaja yang mencintaimu.
Siapa?
Siapakah Ar-Rahim itu?
Siapakah Yang Maha Penyayang itu!?
Siapakah yang sebenarnya mencintaimu itu?
SIAPA!!??
DIAlah ALLAH!!!
ALLAH....
Ya...DIAlah ALLAH..
ALLAHlah yang menyintaimu sebenarnya,
ALLAHlah yang menyintaimu selama ini...
Lalu mengapakah kau tega melukakan diriNYA,
Dengan perbuatan-perbuatanmu,
Hanya kerana dikaburi cinta kepada kekasihmu itu...?
Sahabatku...
kau hanyalah hamba ALLAH,
kekasihmu juga hanyalah hamba ALLAH,
aku juga hanyalah hamba ALLAH,
hambaNYA yang sangat hina,
mungkin sahaja aku lebih hina daripada kalian,
namun...
Cinta kita kepadaNYA perlu melebihi segalanya,
Bukan setakat lafaz di bibir,
Tetapi dengan pembuktian pengabdian yang nyata,
Melakukan yang diperintah,
Meninggalkan yang dilarang...
Tidakkah kaumerisaukan,
Tibanya suatu hari,
Di mana kau dan kekasihmu berseteru di hadapan ALLAH,
Saling menyalahkan antara satu sama lain,
Masing-masing mengatakan diri sendiri tidak bersalah,
Kau sehabis mungkin mengatakan bahawa kekasihmu itulah yang menjerumuskanmu,
Menjermuskan dirimu kedalam lembah kesilapan ini,
Dan ketika itu pasti dia menjadi orang yang paling kaubenci sekali.
Tidak risaukah kau?
Sanggupkah kau?
Kerana inilah yang difirmankan oleh KEKASIH SEBENARMU,
"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali
orang-orang yang bertakwa."
[Surah Az-Zukhruf, 43:67]
Sahabatku...
To love somebody is nothing,
To be love by somebody is something,
To be love by somebody you loved is interesting,
But...
To be loved by ALLAH is EVERYTHING...
Remember always my friend...
ALLAH LOVES YOU...
MORE than you yourself... Teruskan membaca... Share
Jun 19, 2008
Cerpen : Untukmu
Lepas tu saya
Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi.
Saya mula berfikir, "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.
..::Inspirasi::..
Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.
Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT
Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.
Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?
“Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.
Tips 2: Kerendahan Hati
Tips 5: Istiqomah
Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.
ms.langitilahi.com