Apr 24, 2010

Perkongsian : Sepetang Bersama Shoutul Harokah

Malam ini Kembara Sufi yang ke-8 akan diadakan di UTP. Memang setiap tahun akan diadakan konsert ini namun kali ini ada sedikit kelainan yang dibawa. Jemputan istimewanya adalah artis nasyid yang tidak asing lagi namanya di Indonesia dan juga bagi mereka yang meminati nasyid-nasyid bertemakan dakwah dan jihad.

Shoutul Harokah

Nasib kami baik kerana dapat bertemu langsung dengan Ustaz Taufiq Ridlo, salah penyanyi utama Shoutul Harokah. Beliau yang sememangnya kenalan Akh Hizul Azri kemudiannya menjemput kami untuk bertemu dengan teman-temannya di dalam rumah tumpangan UTP. (Pertama kali menginjaki rumah tumpangan UTP setelah 3 tahun di sini!)

Teman lama kembali bertemu.  Akh Hizul berbaju biru dan Uztaz Taufiq berbaju hitam.

Akh Azahar dan Ustaz Taufiq, dalam rumah tumpangan.

Asalnya kami menjemput Ustaz Hilman Rosyad, juga salah seorang penyanyi Shoutul Harokah untuk memberi sedikit perkongsian dalam majlis ilmu yang dirancang untuk diadakan pada keesokan harinya, Ahad, 25 April 2010. Namun Ustaz Hilman tiba-tiba tidak dapat hadir. Beliau sebenarnya baru sahaja pulang daripada menunaikan umrah, dan masih belum bersedia untuk hadir bersama dalam persembahan pada malam ini.

Lalu Ustaz Taufiq diminta untuk mengganti. Sayangnya, tiket pulang mereka adalah jam 7 pagi esok di LCCT!. Mereka akan bertolak sejurus sahaja selesai persembahan pada malam ini. Nampaknya tiadalah rezeki ikhwah UTP untuk mendengar perkongsian daripada ustaz-ustaz penyanyi ini.

Fakhrullah turut menyertai. Tengok apa tu ba..

Namun pertemuan dengan orang seperti mereka ini amat bermakna. Walaupun Ustaz Taufiq ini adalah wakil Dewan Perwakilan Wilayah (DPW) PKS di Jawa Barat namun tidak pernah kekok untuk bersama dengan kami yang entah siapa-siapa ini. Kerendahan hati dan kebesaran jiwanya begitu memikat hati kami.

Jadilah petang itu kami hanya bersilaturrahim dengan penyanyi-penyanyi Shoutul Harokah. Walaupun singkat tetapi amat bermakna. Tak sabar untuk menghadiri konsert mereka pada malam ini. Jom kawan-kawan, Kembara Sufi. Berdakwah sambil berhibur, jangan tersilap ya. Bukan berhibur sambil berdakwah. (^_^)

Dari kiri : Akh Dr. Hussaini, Akh Fakhrullah, Akh Umair (ana la..), Ustaz Taufiq Ridlo, Akh Dr. Hizul Azri, Akh Azahar.




P/S : Sesuatu yang ana dan Fakhrullah bingungkan...Kami diberitahu oleh (.....) Esok katanya telah ada sesi perkongsian antara ahli-ahli Shoutul Harokah dengan Persatuan Pelajar Indonesia (PPI) UTP yang dirancang olehnya, sehingga kami dikatakan tidak sepatutnya menjemput ustaz-ustaz ini untuk mengisi. Tetapi ustaz-ustaz ini dah kena bertolak awal-awal lagi. Hurm...Boleh sesiapa tolong terangkan keadaan yang berlaku? (^_^)


Teruskan membaca... Share

Apr 22, 2010

Cerpen : Kejutan Budaya

Telefon bimbit bergetar. Mesej masuk.

Salam. Zikr, maaflah mengganggu. Saja nak tanya. Kau ada balik sekolah baru-baru ni kan?

Salam. Haah, kenapa?

Tak adalah, aku dengar kau ada cerita fasal kami pada junior-junior. Betulke?

Cerita yang macam mana tu?

Kau mesti lagi tahu.

Teruskan membaca... Share

Apr 12, 2010

Luahan : Tragedi Oktober

Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarokatuh...

Entri kali ini khas buat teman-teman seperjuangan yang masih bersama dan yang telah tidak bersama.
Saya tidak pernah tahu ada lagu ini. Baru 2 hari lepas dimainkan oleh telefon bimbit seorang teman group ETP.
Saya gubah sedikit. Rentak lagu asal dikekalkan.

Terimalah :

TRAGEDI OKTOBER – VERSI IKHWAH

Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku

Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

( korus )
Sesalan aku hanya untukmu teman
Ampunilah segala dosa-dosaku
Bagiku kau bukanlah lawanku
Saudaraku...

Hanya satu ku pinta
Kujujuran darimu
Teruskanlah perjalanan hidupmu

Aku rela sendiri
Meranjau onak duka
Bermula kembali hendaknya

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

( korus )
Sesalan aku hanya untukmu teman
Ampunilah segala dosa-dosaku
Bagiku kau bukanlah lawanku
Saudaraku...

p/s : lagu asal boleh didengar di sini.
Teruskan membaca... Share
Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP