Showing posts with label Blog Teman. Show all posts
Showing posts with label Blog Teman. Show all posts

Aug 25, 2010

Muhasabah : Valentine Hidupan Liar


14 Ramadhan baru sahaja berlalu. Walaupun bukan 14 Februari, tetapi tanggal 14 mengingatkan saya tentang Valentine. Saya ingin berkongsi sebuah dokumentari daripada National Geographic yang dikongsikan oleh teman saya, Ahmad Ibrahim Yahaya. Dengan sebuah tajuk; 'Valentine Hidupan Liar.' Mungkin anda sudah mula menggambarkan seperti apa tajuk perbahasan kita daripada tajuk tersebut.

Cuma beberapa idea daripada dokumentari tersebut yang bakal dikongsikan, harap kita sama-sama dapat mengagak apa yang akan disimpulkan di akhir post ini. Semoga bermanfaat, insya-Allah.

Teruskan membaca... Share

Aug 12, 2010

Bedah Buku : Penyatuan Gerak Kerja Islam

Assalamu'alaikum WBT...

Kebelakangan ini terlampau banyak pihak yang menyodor Shoutul Ikhwah dengan pertanyaan-pertanyaan mengenai jemaah. Pertanyaan-pertanyaan yang saya kira sepatutnya telah dihadam dan menjadi kefahaman semua mereka yang mengaku diri mereka sebagai Da'i. Namun tetap sahaja soalan-soalan sebegitu disodorkan.

Siapalah saya untuk berhujah, namun ada baiknya kita sama-sama menelusuri bedah buku daripada kitab Penyatuan Kerja Gerakan Islam; Di Antara Kenyataan Dan Harapan oleh Dr Muhammad Abu Al Fath Al Bayanuniy. Semoga sama-sama kita mengambil manfaatnya.

Teruskan membaca... Share

May 31, 2010

Semasa : Dunia, tidakkah kau melihat mereka?

Kapal Lifeline For Gaza diserang. Sungguh kejam lagi tidak berperikemanusiaan. Di sini saya bawakan artikel daripada Hilal Asyraf tentang isu ini. Mari ambil tindakan dan mula bergerak.


Saya masih ingat saat-saat intifada Palestin kedua bermula pada September 2000, saat pejuang-pejuang Palestina memulakan serangan menggunakan bom manusia, ada suara-suara busuk yang berkata:
“Apa la mereka itu, Israel juga manusia”
“Pengganas. Tidak berbelas kasihan. Tak ada common sense”
“Mujahidin ni pelampau. Ada patut sampai nak bom Israel. Tak fikir ke itu negara orang?”
Hari ini, berita telah sampai kepada saya bahawa Kapal yang membawa bantuan kemanusiaan bawah kelolaan projek Lifeline4Gaza telah diserang oleh askar zionis pada jam 10.30pagi Malaysia, 31hb Mei 2010. Memburukkan keadaan, sekurang-kurangnya 10 aktivis telah terbunuh manakala 30 orang pula tercedera.
Apa salah bantuan kemanusiaan itu? Adakah mereka membawa senjata? Apa salah orang yang terbunuh? Apa silap orang yang tercedera?
Dunia, saya hari ini saya ingin sekali lagi mendengar suara-suara kamu.
Apakah tidak kau melihat kepada mereka?



Teruskan membaca... Share
Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP