Kenapa  hubungan  dengan  Allah SWT itu diletakkan yang pertama?
 Banyak sebab. Tapi,   antara sebab yang utama  adalah, kita hendak menulis sesuatu yang  memberi  kesan pada jiwa insan.  Justeru, apakah logik kita tidak  meminta kepada  Yang Membolak Balikkan  Jiwa Insan? Kita perlu sedar  bahawa, Allahlah  TUAN kepada Hidayah.  Bukankah adalah perkara yang  normal kita tunduk  kepada-Nya agar dia  membantu kita? Sedang kita ini  tidak mampu  memberikan hidayah walau  kepada orang yang kita cintai.
 “Sesungguhnya   kau tidak akan mampu  memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai,   tetapi Allah lah yang  memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia   kehendaki…”  Surah Al-Qasas ayat 56.
Tips 2: Kerendahan  Hati
Seorang yang  ingin menggerakkan   dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah  mendidik jiwa dan hatinya   untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah  merasa kerdil di hadapan   Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan,  mengelakkan diri dari riya’,   ujub, takabbur. Riya’,  ujub,  takabbur,  semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang  keberkesanan   penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan  menyebabkan perjalanan   penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan  rasa cepat hendak   membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur,  rasa senang nak   menyalahkan orang dan sebagainya.
 Kerendahan hati  sangat  penting dalam menjamin  kebersihan perjalanan penulisan kita. 
 Apakah hati yang  hitam  mampu mencahayakan hati  yang lain?
Tips 3: Dahagakan   Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti  orang   yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah  ilmu   apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu   sentiasa  merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk   mengisi  dirinya dengan pelbagai ilmu.
 Ilmu penulisan,  ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu   bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam  ilmu lagi.
 Penulis perlu sedar    bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu    memberikan apa-apa.
   Maka seorang penulis  perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.
 Amatlah penting  bagi   seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan    sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan  ini   mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil  dan   diterjemahkan kepada idea.
 Banyak membuat  kajian, banyak membuat   pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan  banyak berfikir.   Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu  menjadi ‘trigger’   kepada idea.
Tips 4: Disiplin
Tidak akan mampu seseorang itu    menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam    menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai    penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.
 Sebab itu, apa yang    saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL. 
 Susun waktu.    Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam    itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan    24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan    kita tidak mampu melaksanakan kerja.
Tips 5: Istiqomah
Seorang   penulis yang terbaik itu,  mencapai tahapnya yang tertinggi adalah   apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah   mencapai juta, dia  mula bermalas-malasan.Orang kata, hendak    menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.
Penulis yang mampu    menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.
Istiqomah dalam    penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi    qudwah kepada ummah.