Diari : Masa Untuk Memperkukuh Persediaan!
Sekali lagi seminggu Shoutul Ikhwah menyepi
Beribu kemaafan dipinta
Pelbagai kesibukan baik secara lahir mahupun batin dihadapi
Menyebabkan blog tercinta ini tidak terkendali-kendali
Namun doakan selepas ini tidak berlaku lagi
Kerana momentum-momentum yang dibina sudah semakin utuh
Tidak dilupakan, doa daripada ibu dan ayah tercinta yang kini sedang berada di Madinah Al-Munawwarah.
Proses menunaikan haji menyahut seruan Ilahi.
Dan sedikit cerita yang ingin dibingkis.
Cerita indah buat diri ini.
Insya-Allah, juga buat teman-teman yang sering mendoakan.
17 Oktober 2010, 6:30PM
"Ma, ni senarai doa Umair. Nanti tolong doakan ya."
"Tulis je. Nanti Mama doakanlah."
"Dah tulis pun. Ni nak terangkan sedikit, biar nanti Mama lebih menjiwai." Saya sedikit berseloroh. Tawa kecil mengiringi. Ibu saya hanya tersenyum. Lalu saya membacakan senarai-senarai doa yang ditulis dalam buku kecil itu. Tiba-tiba,
"Doa untuk dapat isteri solehah tak ada ke?"
Aik, Mama?
"Boleh je. Ni nak tulis sekali la ni. Doakan Umair dapat isteri solehah, penyejuk hati, penyegar iman! Tarikh nikah nak letak sekali ke ni?" Sengaja menambah perisa. Orang dah mula, kita tolong sambung je. Saja-saja test. Kalau marah, gelak-gelak je la.
"Hah, dah ada nama calon ke?"
Aik Mama...agresifnye?
"Nama calon? Ada je...hehe.."
Atte kome...ni nak bagi green light ke apa nih?
"Siapa?"
Aisey...kenapalah topik ni yang jadi perbualan ke Klana Jaya petang ni.
Usaid sedang steady memandu van. Pak Uda Zul atau lebih mesra dengan gelaran Pokde yang di sebelahnya sibuk memerhati GPS barunya. Ayatnya "Korang nak pergi mana-mana pun boleh lepas ni. Tanya je Pokde!" Seronok betul Doktor Falsafah UPM ini dengan teknologi barunya.
"Alah..Mama pergi je haji dulu. Nanti balik taula."
Ape aku nak cakap dah ni. Hai ibuku yang satu...
"Zul!" tiba-tiba ibu melaung ke hadapan. Pokde menoleh sambil mengangkat kening.
"Nanti aku balik haji kau ikut aku pergi meminang ye."
Pokde yang tidak tahu usul cerita hanya terpinga-pinga. Abah yang sedari tadi berdiam diri di sebelah ibu kini tersengih-sengih. Saya semakin tidak keruan. Cuba mencubit-cubit pipi. Mungkin mimpi barangkali. Tetap berada di sebelah ibu, di dalam van.
Bukan mimpi! Provokasi apakah ini!?
"Ma, doakan je Umair jadi lelaki soleh, beriman dan bertaqwa. Sentiasa istiqomah memperjuangkan jalan Allah. Bersedia menjadi suami yang soleh dan bertanggungjawab."
"Amiin.." Ibu saya menjawab sambil tersenyum.
Dan saya hanya terdiam. Hati bertahmid syukur. Muka merah jangan ceritalah! Terus tundukkan muka! Malu!
17 Oktober 2010, 8:50PM
"Mama, yang paling penting, doakanlah Umair tetap kekal dalam keimanan dan ketaqwaan. Hidup dan mati dalam iman. Dapat tinggalkan semua dosa dan sempat bertaubat sebelum mati."
"Along jaga adik-adik baik-baik ya. Be gentle on them. Especially Uzair. Selalu-selalu telefon rumah."
Saya memeluk erat ibu. Kemudian Abah.
"Abah, doakan agar Allah kekalkan hidayah-Nya kepada kita. Takut sangat kalau kita kembali jauh daripada rahmat-Nya. Doakan juga adik-beradik kita semua diberi hidayah ye."
"Insya-Allah Umair. Insya-Allah."
Air mata begenang. Semua mata yang mengerti basah. Sibuk menyampaikan amanat-amanat terakhir buat ayah dan bonda tercinta. Cuma Uzair yang sibuk dengan pistol buih dan belon hidrogen bercorak 'Ipin'nya. Tergelak-gelak sendirian mentertawakan abang kembarnya yang sedang menangis.
17 Oktober 2010, 9:30PM
Kami melambai-lambai keberangkatan mereka dari sebalik pagar. Abah dan Mama menyeret beg sambil melambai-lambai kepada kami. Semakin lama semakin jauh. Tidak lama kemudian mereka hilang di sebalik bangunan. Air mata telahpun kering. Namun hati tetap basah dengan doa dan pengharapan agar Allah memelihara mereka.
Ya-Allah! Kurniakanlah mereka berdua haji yang mabrur!
18 Oktober 2010, 9:15AM
Toyota Vios J meluncur laju di Lebuhraya Utara-Selatan. Kelajuan dikekalkan pada 130km/j. Terkadang menginjak 150km/j tanpa disedari. Maklumlah naik kereta. Sukar membezakan perubahan kelajuan, apatah lagi kalau termenung-menung. Selalunya kalau naik motor, makin laju motor, makin kuat daya tujahan angin.
Membuang sunyi, telinga disumbat dengan earphone Sony Ericsson K800i. Lagu diputar secara rambang. Tiba-tiba kedengaran lagu Menunggu Di Sayup Rindu.
Saya jadi teringat kisah semalam.
Mungkinkah aku lebih dahulu daripada Ibrahim? Apa-apapun, ini masanya untuk memperkukuhkan persediaan!
Saya hanya melirik senyum. Penantian itu bakal berakhir. Insya-Allah.
Toyota VIOS terus meluncur.
Lagu kumpulan Maidany itu terus diputar.
p/s: Mohon doanya...Semoga dikurniakan keikhlasan hati. Semoga mampu merpersiapkan diri. Ya-Allah, perkenankanlah doaku ini...
Share

Menunggu Di Sayup RinduMaidanyooo... burungpun bernyanyimelepas sgala rinduyang terendam maludi balik qolbuooo...anginpun menarimencari artiapakah ini fitrahataukah hiasan nafsudidalam sepi ia selalu hadirdidalam sendiri ia selalu menyindirkadang meronta bersama air mataseolah tak kuasa menahan dukabiarlah semua mengalirberikanlah kepada ikhtiar dan sabaruntuk mengejar...sabarlah menunggujanji ALLAh kan pastihadir tuk datangmenjemput hatimusabarlah menantiusahlah ragukekasihkan datang sesuaidengan iman di hatibila di dunia ia tiadamoga di syrga ia telah menantibila di dunia ia tiadamoga di syurga ia telah menunggu
When the parent says "Yes."
And he says, "Just wait."
And I say, "It is just around the corner!"
Happiness 01 by *Adila of deviant art
p/s: Mohon doanya...Semoga dikurniakan keikhlasan hati. Semoga mampu merpersiapkan diri. Ya-Allah, perkenankanlah doaku ini...
Share
5 comments:
Salam, KT brapa? Semalam pun ada di sana. Ziarah menakan. Setiap tahun dapat melihat Tetamu2 Allah d komplek TH.
Salam,
KT 31.
Semoga semua umat Islam mampu mengambil iktibar daripada ritual ibadah haji..
Insya Allah KT31 berangkat pulang 2 dis. Jika ada kesempatan, boleh la jumpa. last time jumpa nta muqayyam 08.
release, antum ni siapa ya?
Zubair, ikhwah uitm puncak alam.. dulu satu batch dgn shahrizal uum. satu matrik kat pahang dulu,...
Post a Comment