Oct 18, 2010

Diari : Masa Untuk Memperkukuh Persediaan!

Sekali lagi seminggu Shoutul Ikhwah menyepi
Beribu kemaafan dipinta
Pelbagai kesibukan baik secara lahir mahupun batin dihadapi
Menyebabkan blog tercinta ini tidak terkendali-kendali
Namun doakan selepas ini tidak berlaku lagi

Kerana momentum-momentum yang dibina sudah semakin utuh
Tidak dilupakan, doa daripada ibu dan ayah tercinta yang kini sedang berada di Madinah Al-Munawwarah.
Proses menunaikan haji menyahut seruan Ilahi.

Dan sedikit cerita yang ingin dibingkis.
Cerita indah buat diri ini.
Insya-Allah, juga buat teman-teman yang sering mendoakan.


17 Oktober 2010, 6:30PM

"Ma, ni senarai doa Umair. Nanti tolong doakan ya."

"Tulis je. Nanti Mama doakanlah."

"Dah tulis pun. Ni nak terangkan sedikit, biar nanti Mama lebih menjiwai." Saya sedikit berseloroh. Tawa kecil mengiringi. Ibu saya hanya tersenyum. Lalu saya membacakan senarai-senarai doa yang ditulis dalam buku kecil itu. Tiba-tiba,

"Doa untuk dapat isteri solehah tak ada ke?"

Aik, Mama?

"Boleh je. Ni nak tulis sekali la ni. Doakan Umair dapat isteri solehah, penyejuk hati, penyegar iman! Tarikh nikah nak letak sekali ke ni?" Sengaja menambah perisa. Orang dah mula, kita tolong sambung je. Saja-saja test. Kalau marah, gelak-gelak je la.

"Hah, dah ada nama calon ke?"

Aik Mama...agresifnye?

"Nama calon? Ada je...hehe.."

Atte kome...ni nak bagi green light ke apa nih?

"Siapa?"

Aisey...kenapalah topik ni yang jadi perbualan ke Klana Jaya petang ni.

Usaid sedang steady memandu van. Pak Uda Zul atau lebih mesra dengan gelaran Pokde yang di sebelahnya sibuk memerhati GPS barunya. Ayatnya "Korang nak pergi mana-mana pun boleh lepas ni. Tanya je Pokde!" Seronok betul Doktor Falsafah UPM ini dengan teknologi barunya.

"Alah..Mama pergi je haji dulu. Nanti balik taula."

Ape aku nak cakap dah ni. Hai ibuku yang satu...

"Zul!" tiba-tiba ibu melaung ke hadapan. Pokde menoleh sambil mengangkat kening.

"Nanti aku balik haji kau ikut aku pergi meminang ye."

Pokde yang tidak tahu usul cerita hanya terpinga-pinga. Abah yang sedari tadi berdiam diri di sebelah ibu kini tersengih-sengih. Saya semakin tidak keruan. Cuba mencubit-cubit pipi. Mungkin mimpi barangkali. Tetap berada di sebelah ibu, di dalam van.

Bukan mimpi! Provokasi apakah ini!?

"Ma, doakan je Umair jadi lelaki soleh, beriman dan bertaqwa. Sentiasa istiqomah memperjuangkan jalan Allah. Bersedia menjadi suami yang soleh dan bertanggungjawab."

"Amiin.." Ibu saya menjawab sambil tersenyum.

Dan saya hanya terdiam. Hati bertahmid syukur. Muka merah jangan ceritalah! Terus tundukkan muka! Malu!

17 Oktober 2010, 8:50PM

"Mama, yang paling penting, doakanlah Umair tetap kekal dalam keimanan dan ketaqwaan. Hidup dan mati dalam iman. Dapat tinggalkan semua dosa dan sempat bertaubat sebelum mati."

"Along jaga adik-adik baik-baik ya. Be gentle on them. Especially Uzair. Selalu-selalu telefon rumah."

Saya memeluk erat ibu. Kemudian Abah.

"Abah, doakan agar Allah kekalkan hidayah-Nya kepada kita. Takut sangat kalau kita kembali jauh daripada rahmat-Nya. Doakan juga adik-beradik kita semua diberi hidayah ye."

"Insya-Allah Umair. Insya-Allah."

Air mata begenang. Semua mata yang mengerti basah. Sibuk menyampaikan amanat-amanat terakhir buat ayah dan bonda tercinta. Cuma Uzair yang sibuk dengan pistol buih dan belon hidrogen bercorak 'Ipin'nya. Tergelak-gelak sendirian mentertawakan abang kembarnya yang sedang menangis.

17 Oktober 2010, 9:30PM

Kami melambai-lambai keberangkatan mereka dari sebalik pagar. Abah dan Mama menyeret beg sambil melambai-lambai kepada kami. Semakin lama semakin jauh. Tidak lama kemudian mereka hilang di sebalik bangunan. Air mata telahpun kering. Namun hati tetap basah dengan doa dan pengharapan agar Allah memelihara mereka.

Ya-Allah! Kurniakanlah mereka berdua haji yang mabrur!

18 Oktober 2010, 9:15AM

Toyota Vios J meluncur laju di Lebuhraya Utara-Selatan. Kelajuan dikekalkan pada 130km/j. Terkadang menginjak 150km/j tanpa disedari. Maklumlah naik kereta. Sukar membezakan perubahan kelajuan, apatah lagi kalau termenung-menung. Selalunya kalau naik motor, makin laju motor, makin kuat daya tujahan angin.

Membuang sunyi, telinga disumbat dengan earphone Sony Ericsson K800i. Lagu diputar secara rambang. Tiba-tiba kedengaran lagu Menunggu Di Sayup Rindu.

Saya jadi teringat kisah semalam.

Mungkinkah aku lebih dahulu daripada Ibrahim? Apa-apapun, ini masanya untuk memperkukuhkan persediaan!

Saya hanya melirik senyum. Penantian itu bakal berakhir. Insya-Allah.

Toyota VIOS terus meluncur.

Lagu kumpulan Maidany itu terus diputar.

Menunggu Di Sayup Rindu
Maidany

ooo... burungpun bernyanyi
melepas sgala rindu
yang terendam malu
di balik qolbu

ooo...anginpun menari
mencari arti
apakah ini fitrah
ataukah hiasan nafsu

didalam sepi ia selalu hadir
didalam sendiri ia selalu menyindir
kadang meronta bersama air mata
seolah tak kuasa menahan duka

biarlah semua mengalir
berikanlah kepada ikhtiar dan sabar
untuk mengejar...

sabarlah menunggu
janji ALLAh kan pasti
hadir tuk datang
menjemput hatimu

sabarlah menanti
usahlah ragu
kekasihkan datang sesuai
dengan iman di hati

bila di dunia ia tiada
moga di syrga ia telah menanti
bila di dunia ia tiada
moga di syurga ia telah menunggu


When the parent says "Yes."
And he says, "Just wait."
And I say, "It is just around the corner!"

Happiness 01 by *Adila of deviant art

p/s: Mohon doanya...Semoga dikurniakan keikhlasan hati. Semoga mampu merpersiapkan diri. Ya-Allah, perkenankanlah doaku ini...


~End Of Post~
Share

5 comments:

zubair October 18, 2010 at 4:14 PM  

Salam, KT brapa? Semalam pun ada di sana. Ziarah menakan. Setiap tahun dapat melihat Tetamu2 Allah d komplek TH.

umairzulkefli October 18, 2010 at 5:02 PM  

Salam,
KT 31.
Semoga semua umat Islam mampu mengambil iktibar daripada ritual ibadah haji..

zubair October 19, 2010 at 9:38 PM  

Insya Allah KT31 berangkat pulang 2 dis. Jika ada kesempatan, boleh la jumpa. last time jumpa nta muqayyam 08.

zubair October 22, 2010 at 8:50 AM  

Zubair, ikhwah uitm puncak alam.. dulu satu batch dgn shahrizal uum. satu matrik kat pahang dulu,...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP