Jun 25, 2011

Perkongsian : Muara Cinta

Cinta lagi.
Lagi-lagi cinta.
Ramai yang mungkin bosan dengan topik cinta.
Namun bagi saya, cinta tidak akan mendatangkan kebosanan.
Kerana cinta adalah bahan bakar sebuah kenderaan kehidupan.
Namun cinta yang menyemarakkan semangat kehidupan itu bukan sebarang cinta.



Mencari Cinta

"Kenapa antum mahu nikah muda?"

"Ana nak nikah segera, supaya hati tenang. Bila tenang, mudah nak cari redha Allah."

Perbualan di atas mungkin menjadi penyebab bagi ramai da'i anak muda. Jiwanya dikatakan terganggu dengan keduniaan sehingga tidak mampu menenangkan hati mencari redha Ilahi. Dan perkara yang paling merunsingkannya adalah ketertarikan kepada lawan jantinanya.

Lalu keputusan diambil.
Aku perlu nikah segera.

Benarkan selesai permasalahannya? Benarkah redha Allah dapat digapai apabila di dalam hati sudah punya tempat buat orang yang halal untuk dicintai?


Hakikat Hati

Saya antara orang yang mungkin tersilap dalam menentukan sikap. Saya merasakan dengan bernikah, kehidupan menjaga keimanan akan lebih mudah dilalui. Kerana saya beranggapan masalah terbesar dalam kehidupan adalah sukarnya menjaga hati yang mudah tertarik kepada wanita.

Namun masalah hati bukan sekadar itu. Masalah hati mencakupi ruang yang lebih besar. Hati bukan soal perasaan dan cinta semata-mata. Hati juga perlu ada dalam perkerjaan seharian kita.

Ketika menyiapkan tugasan kuliah.
Ketika menyelesaikan tugasan dakwah.
Ketika mencari rezeki untuk keluarga.
Ketika melakukan apa sahaja.

Pernah dengar ungkapan, 

Buat kerja sepenuh hati?

Hati yang kuat akan mampu untuk membuatkan diri bekerja di tahap maksimum.
Hati yang kuat akan mampu menghilangkan keletihan ketika badan lesu dimamah kepenatan.
Hati yang kuat akan mampu menenangkan fikiran yang bercelaru akibat masalah keduniaan.

Pernahkah kita terfikir mengenainya?

Meluruskan Hati

"Jadi, sebab itulah ana ingin nikah segera. Bila ada pendamping di sisi, ia akan lebih menguatkan jiwa. Ana akan lebih bersungguh-sungguh dalam kehidupan."

Benar. Anda benar.

Tetapi benarkah anda meletakkan kehadiran si dia dalam hidup HANYA sebagai 'penguat jiwa'?
Ataupun sebenarnya anda bakal meletakkannya sebagai sumber kekuatan jiwa?

Nanti bila dah nikah, insya-Allah aku jadi lebih kuat. Ada sumber cinta yang tidak akan padam!

Penyataan di atas tersilap. Sungguh-sungguh sangat tersilap.

Apa akan terjadi jika kita menghadapi masalah yang sukar diselesaikan, dan si dia tidak mampu menguatkan kita? Di kala itu, memandang wajahnya sahaja tidak mampu mendatangkan senyum. Ketika itu sukar sekali kita merasakan cintanya kita kepada si dia. Bahkan segala yang kita cintai, tidak akan mampu memberi kita kekuatan lagi untuk mengharungi kesukaran hidup ini.

Dan apa pula yang akan terjadi jika ditakdirkan dia pergi dahulu sebelum kita? Lenyapkah sumber kekuatan kita?

Ingat, pemilik cinta itu Allah.
Dialah yang mengurniakan kehidupan kepada kita.
Dialah yang memberi permasalahan kepada kita.
Dialah yang membiarkan hati kita dilanda kesukaran untuk dijaga.

Dialah yang kemudiannya akan mengambilnya semula. Kerana hanya Dialah yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.


Kesimpulan : Muara Cinta itu adalah Allah

Untuk mampu mencintai makhluk, kita perlu mencintai penciptanya dahulu.
Untuk menguatkan hati, kita perlu mencari kekuatan daripada penciptanya terlebih dahulu.
Untuk menyelesaikan masalah, kita perlu mencari pemberi masalah itu kepada kita dahulu.

"Habis, tiada gunalah kita bercinta dengan pasangan hidup? Pernikahan tidak akan menguatkan kita?"

Bukan itu maksudku wahai saudara. Pernikahan itu memang akan menguatkan, apabila ianya bermuarakan cinta Allah. Apabila segala sesuatu dipergantungkan kepada Allah. Sehingga kita lebih mudah kembali kepada Allah.

Apabila si suami sedang kekusutan menghadapi masalah kehidupan, datang si isteri menguatkan:
"Sayang, jangan risau. Kita ada Allah. Yakinlah yang masalah ini akan selesai. Mari kita berusaha dengan lebih gigih."

Apabila si isteri resah dengan masalah rumah tangga, datang si suami menguatkan:
"Sayang, masalah ini datang dari Allah. Insya-Allah akan ada penyelesaiannya. Allah tidak akan membebani hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya, kan?"

Begitulah yang sepatutnya.

Barulah selesai segala permasalahannya.
Barulah terangkat segala kekusutannya.
Barulah terasa kemanisan cinta.
Barulah kalimah uhibbukafillah punya maknanya.
Barulah kalmah uhibbukifillah puya kesan di jiwa.

Kerana ia bermuarakan Dia
Allah Muara Cinta



Yang ingin sentiasa mencari redha Ilahi
0906hrs
250611
baiti jannati
menunggu kepulangan zaujah tercinta
uhibbukifillah

~End Of Post~
Share

9 comments:

Anonymous,  June 25, 2011 at 9:35 AM  

salam.
nikah semasa belajar, tidak mengganggu kah?
sentiasa teringat dsb.untuk anak muda seperti kami.

umairzulkefli June 25, 2011 at 10:26 AM  

To siswi:
Wa'alaikumussalam WBT
Nikah semasa belajar ada baik buruknya. Persiapan menghadapinya membuatkan kita mampu melangkah dengan lebih kuat, namun ketidak siapan menyebabkan langkahan terhambat.
Sentiasa teringat perkara biasa, namun kesannya cuma dua: menyebabkan kita resah gelisah mengelamun atau akan membuatkan kita semakin bersungguh-sungguh.
Perbanyakkan bacaan, dalami ilmu dan dekatkan diri dengan Allah berterusan.

Dr. Mohamad Khir Bin Johari June 25, 2011 at 11:35 AM  

Muara Cinta itu adalah Allah
waa..
nice3x~~~

Najihah Razali June 25, 2011 at 3:06 PM  

setuju. dalam carta cinta sememangnya ALLAH yg pertama dan utama. namun untuk memilikinya penuh jerih dan payah. berusahalah demi pemilik cinta. :)

Nur Hayatul Akmal June 26, 2011 at 12:07 AM  

salam..mohon pandangan ustaz&zaujah:

sekiranya seseorg pelajar yg baru bertatih dlm tahun 1 di universiti,namun telah dilamar oleh seorg lelaki..adakah wajar utk diterima lamaran itu.

sekiranya wajar,apa yang perlu pelajar itu pertimbangkan dalam membuat keputusan?

mohon doa & pandangan..shukran.

Amin Baek June 26, 2011 at 8:14 AM  

hehe..

tu la..aku pun rasa kene pikir hal ni da..hehe

umairzulkefli June 28, 2011 at 4:08 AM  

To Mohamad Khir Bin Johari:
Jangan cuma nice, tapi marilah memastikan muara cinta itu sememangnya Allah.

To Najihah Razali:
Jerih dan payah itu semuanya pasti akan kelihatan kecil, sekiranya syurga menjadi motivasi. Mari kita bersama ke arahnya.

To Cahaya:
Wa'alaikumussalam WBT..
Soalan itu, hanya si penyoal yang mampu menjawabnya. Persediaan daripada dalam diri sendiri perlu ada. Niat, ilmu tentang pernikahan serta persiapan mental serta fizikal untuk menghadapinya, perlu cukup-cukup bersedia. Ia bukan semudah yang difikirkan. Ana sendiri, walaupun merasakan diri cukup bersedia, ternyata masih banyak yang perlu diperbaiki. Jangan hanya kerana kita sudah dikhitbah, maka kita merasakan kita perlu menikah segera. Menyegerakan pernikahan itu perlu, tetapi jangan tergesa-gesa. Bacalah artikel-artikel di saifulislam.com mengenai pernikahan. Insya-Allah banyak manfaatnya.
(Ana bukan ustaz, cuma seorang pelajar)

To Amin Baek:
Memang kena fikir min...tapi jangan fikir je..cepat-cepatla bertindak..(^_^)

Nur Hayatul Akmal June 28, 2011 at 4:33 AM  

shukran ustaz ats pndgnnya...
insyaAllah..mohon doa antum

p/s:gelaran ustaz 2 sbg tanda hormat ana kpd akhi.

Muhamad Zulhakimi bin Samsudin July 1, 2011 at 5:01 PM  

salam akhi ana teringat luahan seorang mak yang risaukan anaknya yg berada di UTP.." UTP ni keje asyik nak kawinkan orang je.." he3

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP