Dec 8, 2009

Cerpen : Kupinang Engkau Dengan Al-Quran

"Aduh..doktor, tolong..mannyak sakit ini kaki woo.."

"Itulah lu..apa pasal pegi bawak motor laju-laju. Itu kalau lu bawak slow-slow pun boleh sampai jugak apa..sabar sikitla..kami kalau orang Islam, nabi kami ajar sabar tu separuh daripada iman!"

"Wa bukan bawak laju pasal wa talak sabar doktor. Wa mau pegi tandas woo..sula talak tahan lagi."

"Wo..itu pasal ka..lain kali lu jangan tahan-tahan tau. Bahaya, boleh kena batu karang!"


Suasana wad umum hospital amat sibuk. Pagi yang amat memenatkan bagi mereka yang berkhidmat mengabdikan diri buat orang lain. Suatu pekerjaan yang amat berat jika dilakukan hanya demi ganjaran berupa gaji ataupun wang semata. Tetapi akan menjadi sesuatu yang amat membahagiakan jika dilakukan untuk membahagiakan orang lain.

Apakah yang lebih membahagiakan apabila melihat manusia-manusia yang kembali sihat dengan asbab bantuan daripada diri kita? Itulah erti hidup pada memberi. Kita akan paling bahagia apabila dapat membahagiakan orang lain.

'Ya-Allah, bantulah aku untuk memberikan yang terbaik kepada para pesakit ini. Sihatkanlah mereka dan jadikan mereka hamba-hamba yang bersyukur.' Azrif bermonolog.

Merupakan tugas bagi graduan sekolah perubatan untuk mengabdikan diri di hospital kerajaan di tanah air. Tahun-tahun awal bagi pelajar perubatan yang baru menamatkan pengajian amat memenatkan. Melayan karenah pesakit, on call yang tidak mengenal erti kepenatan dan kelelahan, tugas-tugas yang perlu dilaksanakan yang terkadang melebihi 36 jam kerja lalu pulang ke rumah nyawa-nyawa ikan dan 1001 lagi bentuk 'penyiksaan' bagi seseorang yang bergelar doktor perlu dihadapi.

Namun jika semua itu dianggap sebagai ibadah, bahawa segala pengorbanan ini diganjari pahala sebanyak-banyaknya oleh Allah SWT dan betapa ramai manusia yang bakal meneruskan kehidupan dengan sinar harapan baru, semua 'penyiksaan' tadi akan bertukar menjadi 'kebahagiaan' yang tidak tergambarkan.

"Assalamu'alaikum. Pakcik Jamal apa khabar?" sapanya ketika menghampiri sebuah katil pesakit. Namanya diketahui daripada senarai daftar pesakit yang ada di dalam failnya. Pesakit kencing manis.

"Baik doktor. Kebas-kebas kaki sikit je."

"Takpe, pakcik banyak-banyakkan bersabar ye. Nanti makan ubat okaylah. Biar saya periksa kejap ye.

Azrif meletakkan eartips stetoskop ke telinga. Ketika sedang membongkok untuk meletakkan muncung stetoskop ke belakang badan Pakcik Jamal tiba-tiba sesuatu terjatuh daripada saku kotnya ke atas katil. Sebuah objek kecil berwarna biru tua. Kelihatan berzip. Di zipnya tergantung sebuah keychain berwarna silver.


"Opocot! Ape ni!?" Kata Si Pakcik separuh menjerit.

"Maaf pakcik. Ni Al-Quran saya. Maaf kalau saya buat pakcik terkejut."

"Quran? Ada pulak quran kecik-kecik macam ni ye?" Sambil menatap quran kecil berzip itu. Hanya menatap, tidak memegang. Tiada wudhu.

"Quran sekarang ada macam-macam saiz pakcik, senang nak bawa ke mana-mana."

"Owh, doktor selalu bawa Al-Quran ke mana-mana?"

"Em, alhamdulillah. Saya memang biasa bawa Al-Quran ke mana-mana, senang nak baca. Nak hafal, saya bukan hafiz quran. Ye la, saya ni muda lagi, bukan banyak sangat amal. Amal ada, banyak cacat pulak tu. Dengan bawak quran ni leh la saya baca-baca, tambah amalan. Er, maaf pakcik, saya nak periksa tekanan darah kejap ye." Bicaranya lembut. Ramah. Dia membalut tangan Pakcik Jamal dengan Cuff sphygmomanometer (alat mengambil bacaan tekanan darah).

"Ooo..doktor selalu baca? Banyak ke?"

"Alhamdulillah, dengan izin Allah, selama ni saya selalu khatamkan bacaan saya sebulan sekali. Saya cuba buktikan kepada Allah yang saya tidak akan memberikan alasan kesibukan saya sebagai doktor untuk tidak menunaikan hak Al-Quran. Lagipun ustaz saya pernah mengingatkan, dalam Al-Quran Allah ada pesan, mereka yang jauh daripada Al-Quran akan didatangkan syaitan untuk menjadi teman karibnya."


Azrif terus menerangkan tentang Al-Quran kepada si pakcik sambil tangannya sambil tangannya cekap mengepam sphygmomanometer. Pakcik Jamal hanya terdiam, sambil membiarkan bacaan diambil. Namun diamnya memberi seribu makna. Penjelasan berkenaan Al-Quran amat-amat menyentuh hatinya. Seumur hidupnya, itulah pertama kali dia bertemu dengan seseorang yang begitu menghargai Al-Quran sebegitu sekali. Tidak semena-mena, airmatanya bergenang. Namun segera dikesat dengan lengan baju.

‘Ya-Allah...lamanya aku tak baca Al-Quran. Nak dapat seminggu sekali pun susah. Agaknya inilah sebab aku merasakan kekosongan selama ini. Allah...’ Pak Jamal bermonolog di dalam hatinya.

“Doktor yang sibuk-sibuk melayan kami, periksa kami, keluar masuk wad, sempat lagi nak baca quran ye. Saya yang tak buat apa-apa pun ni, hampir tak pernah baca Al-Quran. Pakcik bertekad, Insya-Allah, lepas ni pakcik nak belajar balik baca Al-Quran, dan pakcik akan selalu baca Al-Quran.” Pakcik Jamal berkata dalam suara yang agak serak basah.

“Er, pakcik cakap apa tadi pakcik? Maaf, saya sibuk mencatat bacaan ni tadi, tak dengar.” Jamal kembali bertanya.

“Takde, pakcik cuma kata dah lama pakcik tak baca Al-Quran. Terima kasih ya sebab cerita pasal Al-Quran tadi.”

“Takde masalah pakcik. Okay pakcik, tekanan darah normal, pernafasan pun ok. Insya-Allah kalau tiada aral melintang, pakcik boleh keluar tak lama lagi. Tapi pakcik kena banyak rehat dan makan ubat ye. Saya pergi dulu ye pakcik. Assalamu’alaikum.”

“Wa’alaikumussalam..”

‘Bagusnya doktor ni. Ya-Allah..berikanlah aku kesempatan untuk mempelajari Al-Quran..’ Pak Jamal terus berkata-kata di dalam hatinya. Airmatanya kembali bercucuran .

Seketika kemudian Azrif bergerak keluar daripada wad untuk ke pejabat. Dia menerima panggilan kecemasan. Dia diperlukan di wad tingkat 4. Ketika melangkah keluar, tiba-tiba dia dipanggil oleh jururawat yang bertugas di kaunter.

“Dr. Azrif, tanya sikit.”

“Ya, kenapa? Saya kena cepat ni.”

“Maafkan saya, tadi doktor cakap apa kat Pakcik Jamal katil no 15 tu? Saya nampak dia menangis tadi lepas doktor beredar dari katil dia.”

“Em, entahlah. Saya pun tak pasti. Dia teringatkan anak-anaknya rasanya. Maaf, saya kena pergi dulu. Awak pergilah temankan dia berbual. Mungkin dia ok sikit nanti.”

Sebetulnya dia tidak berapa mendengan soalan jururawat tadi. Dijawabnya soalan acuh tidak acuh. Dia perlu segera ke tingkat 4.


*****

Masa berlalu begitu pantas. Tanpa disedari tiga tahun sudah berlalu.

Dugaan dan cabaran sebagai seorang pengabdi perubatan bukanlah perkara yang mudah. Tahun-tahun awal yang penuh dengan onak dan duri dihadapinya dengan penuh kesabaran dan air mata. Bukan mudah mengawal emosi bekerja sebagai doktor. Terkadang seorang doktor di hospital yang bekerja sebelum pukul 8 pagi lagi dan hanya akan pulang tidak tepat pada pukul 5 petang. Sekiranya oncall akan terus celik sehingga keesokan harinya dan terus masuk kerja sehingga petang seterusnya.

Diikutkan hati, beban kerja fizikal dan mental yang diletakkan di bahu seorang doktor memang tidak mampu dipikulnya. Bayangkan sekiranya setiap hari bekerja melihat seseorang itu mendapat serangan jantung. Panik melanda tetapi perlu dikuatkan diri melawannya bagi membantu si pesakit. Dan tidak jarang menghadapi pesakit yang menemui ajal kerana ketidakmampuan si doktor.

Terkadang dia menangis sendirian di dalam bilik air wad bedah. Bahkan lebih banyak lagi airmatanya tumpah ketika sedang melaksanakan solat malam. Memohon secebis kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi hari-hari seterusnya bagi memberikan yang terbaik untuk para pesakitnya.

Kini Azrif bertugas di Out Patient Department (OPD). Hanya menunggu pesakit datang ke bilik untuk di diagnosis dan diberi cadangan ubat yang sesuai. Tidak perlu keluar masuk wad. Bebannya sudah tidak seberat dahulu.


‘Tak sangka dah tiga tahun lebih aku berkhidmat di jalan ini. Ya-Allah..aku mohon kau terus kuatkan aku untuk terus ikhlas memberi sebanyak-banyaknya hanya untuk-Mu Ya-Allah..’ Hatinya berdoa.

Lamunannya ditamatkan apabila pintu biliknya diketuk.

“Masuk!”

Seorang pesakit masuk. Lelaki. Usianya separuh baya, mungkin melebihi separuh abad. Rambutnya yang memutih telah menceritakan segalanya. Namun raut wajahnya bersih. Terpancar ketenangan.

“Assalamu’alaikum pakcik. Jemput duduk. Apa yang boleh saya bantu?”

“Wa’alaikumussalam. Macam biasalah doktor. Penyakit tua-tua ni..” Tiba-tiba kata-katanya terhenti. Objek kecil di suatu sudut meja itu amat menarik perhatiannya. Lalu dicapainya objek kecil berwarna biru itu. Ditatapnya seketika, lalu diletakkannya kembali. Dia yakin, dia pernah menatap objek itu tiga tahun yang lalu. Dan dia yakin dia pasti mengenal doktor yang berada di hadapannya. Lalu dia tersenyum.

“Kenapa pakcik? Itu Al-Quran saya. Memang saiznya kecil, mudah di bawa ke mana-mana.”

“Doktor, doktor ingat lagi tak dengan saya?”

‘Alamak, apa kena pulak pakcik ni. Berapa juta orang aku dah jumpa. Manalah aku nak ingat. Nak kata tak ingat nanti kecik pulak hati dia. Tengok sikit kad kesihatan dia ni...’

“Owh pakcik..pakcik macam mana sekarang? Kencing manis dah surut? Ada pitam-pitam ke?” Azrif hanya berbasa-basi setelah mengetahui penyakit yang dihidapi orang tua itu melalui kad kesihatannya.

“Bukan itu yang saya nak doktor ingat. Ingat tak saya pernah masuk wad dulu?”

‘Wad la pulak..lagi lah aku tak ingat..bila ye aku jumpa dia..’ Azrif cuba-cuba mengingat.

“Yang Al-Quran doktor terjatuh tu?”

‘Al-Quran? Ya-Allah...pakcik ni rupanya. 3 tahun dah, dia ingat lagi kat aku ye.’ Azrif agak terharu yang pakcik itu masih mengingatinya.

“Owh...ya, saya ingat. Pakcik Jamal..apa khabar pakcik sekarang?”

“Alhamdulillah doktor. Sejak berjumpa dengan doktor dulu, saya dah banyak berubah. Tengok ni.” Sambil tangannya mengeluarkan sesuatu daripada saku baju kemejanya.

‘Subhanallah! Al-Quran..maksudnya pakcik ni..’

“Alhamdulillah doktor, sekarang saya dah rutin baca Al-Quran. Cuma saya taklah macam doktor, boleh khatam sebulan sekali. Kalau saya 3 bulan sekali ke, baru khatam."

“Takpe pakcik. Daripada tak baca langsung.”

Credit To FRESHIE

Air mata mereka bergenang. Azrif tersenym. Hatinya bertahmid syukur yang tidak terkira tingginya. Segala pengorbanannya yang berdarah-darah selama ini terasa amat ringan. Jiwanya berbunga-bunga bahagia.

‘Ya-Allah..apakah yang lebih membahagiakan daripada melihat seseorang yang berubah menyintai kalam suci-Mu..sesungguhnya inilah saat paling membahagiakan dalam hidup ini!’ Monolog hatinya bermadah indah.

Sambil melakukan pemeriksaan, mereka berbual ke mana-mana. Saling bertukar cerita, nombor telefon, laksana saudara yang telah lama berpisah dipertemukan semula. Keakraban begitu cepat terjalin.

“Eh, doktor, kenal tak dengan Dr. Nurul Iman? Dia kerja kat sini.”

‘Nurul Iman? Dia ke?’

Tiba-tiba Azrif teringat pertemuan di surau hospital dua minggu sudah.

Azrif baru sahaja menunaikan solat dhuha. Rutin yang memang jarang sekali ditinggalkannya sejak dari bangku sekolah. Ganjaran pahala dan kemurahan rezeki yang dijanjikan nabi sangat memotivasikannya untuk menyempatkan barang seminit dua untuk melakukannya walaupun masanya amat sempit. Keluar sahaja daripada surau, terdengar bunyi pintu surau perempuan dibuka.

‘Aik, ada juga minah hospital ni solat dhuha?’ Bisik hatinya.

Lalu keluar seorang wanita berbaju kurung biru gelap. Tudungnya biru muda. Labuh.

‘Aik, ustazah mana pulak ni? Tak pe lah. Aku dah lambat ni. Nanti marah pulak patient tunggu.’


“Maaf saudara,” Tiba-tiba perempuan itu bersuara.


'Erk? Dia panggil aku ke?'

Azrif menoleh dan memandang wanita itu sekilas. Wajahnya tertunduk. Matanya memandang ke lantai. Di tangannya tergantung sebuah kot. Milik seorang doktor. Ada stetoskop terjulur keluar daripada poket kot itu.

“Ya?”

“Pen awak, jatuh.” Sambil menunjukkan ke arah lantai. Matanya masih tertunduk.

"Owh, terima kasih."

'Nasib baik dia ingatkan. Dahlah pen kesayangan aku ni.'

Secara tidak sengaja Azrif terpandang tag nama yang terlekat pada kot itu. Dalam keadaan terbalik, namun masih dapat dibacanya.

NURUL

Owh, doktor rupanya dia ni. Bagusnya, solat dhuha lagi. Pakaian pun sopan. Lawa pulak tu. Astaghfirullah..bahaya hati aku ni.

"Sama-sama."

“Er, saya pergi dulu. Assalamu’alaikum.”

“Baik. Wa’alaikumussalam.”

Sejak hari itu Azrif tertanya-tanya, siapakah sebenarnya Dr. Nurul? Ataupun sebenarnya tertunggu-tunggu, bilakah dapat bertemu lagi dengan doktor perempuan yang bertudung labuh itu. Dia mengakui wanita itu mempunyai pesonanya yang tersendiri. Pakaian labuhnya itu amat menambat hatinya. Matanya yang sentiasa tertunduk itu amat menambat hatinya. Sukar dicari wanita apatah lagi doktor yang masih mahu menutup aurat dengan sempurna dan menjaga pandangan seperti Dr. Nurul.

Seringkali tatkala bersendirian dia akan terfikir akan wanita itu. Namun hatinya segera beristighfar. Dia tidak mahu hatinya larut dengan bayangan wanita yang masih belum ada apa-apa hubungan yang sah dengannya. Dia mencuba melupakan bayangan wajah manis yang sering berkunjung itu. Terkadang berjaya, tetapi biasanya dia tewas.


Pernah terniat di hatinya untuk mengenali lebih Nurul dengan lebih dekat, tetapi niatnya itu diurungkannya.  ‘Nanti aku orang ingat aku ni tak tahu malu pulak. Entah-entah dia tu dah kahwin, tak pun dah mesti bertunang.’


“Eh, doktor! Ni apa pasal mengelamun nih? Kenal tak Dr. Nurul Iman?”

‘Astaghfirullah..teringat dia lagi..’

“Maafkan saya pakcik. Termengelamun pulak. Bukan apa, cuba ingat-ingat, pernah tak dengar nama tu.” Azrif cuba mencipta alasan.

“Dia pakai tudung labuh.”

“Pakai tudung labuh? Kulit cerah-cerah, pakai cermin mata bingkai hitam tebal?”

“Haah, dia la tu. Doktor kenal ke?”

“Takde lah kenal. Tapi pernah terjumpa la. Pakcik kenal dia ke?”

“Lebih daripada kenal. Dia tu anak perempuan saya. Dulu belajar kat Mesir, Dia ambil medic kat Cairo University, Kasr El-Ainy.

“Owh, tak sangka, dunia ni kecik rupanya. Dia dah kahwin ke pakcik?”

“Ha, ni yang pakcik nak tanya sebenarnya. Dia belum kahwin. Kalau doktor pula?”

“Belum ada jodoh. Jadi doktor ni sibuk pakcik, mana ada masa nak cari calon..”

“Ha, pakcik memang dah lama nak kahwinkan anak pakcik ni. Tapi dia kata kata calon yang soleh tak muncul-muncul. Sebenarnya sejak pakcik jumpa doktor 3 tahun lepas, pakcik dah lama berhajat menjodohkan doktor dengannya. Dia ni solehah, insya-Allah. Kat mesir dulu ada juga pergi menadah kitab. Alhamdulillah, dah 10 juz dia hafal.”

Azrif terdiam seribu bahasa. Bagai tidak percaya apa yang baru didengarinya. Entah apa yang bermain dalam benaknya. Terkejut? Bahagia?

“Macam mana doktor? Setuju? Lagipun doktor dah tengok siapa orangnya.”

“Er..macam ni lah pakcik. Biar saya istikharah dulu. Insya-Allah minggu ni saya bagi jawapan. Lagipun ibubapa saya pun dah bertanya bila saya nak menikah.” Katanya bersahaja, menutupi gugupnya. Terkejutnya masih belum hilang.

“Baiklah. Nanti kalau dah ada jawapan, telefonlah pakcik. Pakcik harap doktor terima. Pakcik anggap doktor dah pun meminang Nurul Iman ketika doktor menyampaikan ilmu tentang Al-Quran kepada pakcik 3 tahun yang lalu. Pakcik balik dulu. Assalamu’alaikum.”

“Wa’alaikumussalam..”

Azrif bagai tidak percaya apa yang baru dilaluinya. Terasa Allah begitu baik kepadanya. Airmata bahagia mengalir ke pipi. Dia tersandar di kerusinya. Terpandang akan Al-Quran kecilnya yang berwarna biru itu. Di tatapnya seketika, lalu diambilnya. Dicium dengan penuh ta’zim. Tidak semena-mena hatinya mengungkap sebuah bait,

Kupinang Engkau Dengan Al-Quran


Azrif terus melirik senyum.

Kupinang Engkau Dengan Al-Quran
~Gradasi~

Kupinang engkau dengan Al Quran
Kokoh suci ikatan cinta
Kutambatkan penuh marhamah
Harungi bersama samudra dunia
 
Jika terhempas di lautan duka
Tegar dan sabarlah tawakal pada-Nya
Jika berlayar di sukacita
Ingatlah tuk selalu syukur padaNya
 
Hadapi gelombang ujian
Sabarlah tegal tawakal
Harungi samudra kehidupan
Ingatlah syukur pada-Nya




Share

42 comments:

FRESHIE December 8, 2009 at 3:54 PM  

sangat menarik. cantik betul doktor yang merawat hati pesakit dengan al-quran. subhanallah. senyuman doktor yang beriman pun cukup membuat hati pesakit jadi lupa akan kesakitannya

t-reemau... December 8, 2009 at 3:58 PM  

alhamdulillah..bes btul cerpen nie...rse nk trus bcer jer..truskn mnukis cerpen terbaek...

izaanirfan December 8, 2009 at 4:13 PM  

subhanaAllah.. akhi, lepas grad jadi penulis la.. :P

p/s: moga2 kisah menjadi kenyataan.. amin.. jgn byk berangan sudah la ye.. uhu..

zubair ghazali December 8, 2009 at 4:14 PM  

herm..karya yang baik.
tapi ingat akh,walaupun antum dipuji
dan sebagainya..teruskanlah ikhlas menulis.
jangan mengharapkan pujian,
kerana takut akan bernanah penyakit ujub.

tapi memang menarik lah~

Naqeb Sulaiman December 8, 2009 at 6:21 PM  

salam.
sedikit komentar, cerpen sebegini memang menarik untuk golongan tertentu seperti yang meminati
ayat2 cinta dan ketika cinta bertasbih.
ada latar belakang agama, belajar dari mesir.
saya juga antara yang meminati cerpen genre sebegini, tetapi untuk menjadi penulis yang bagus,
kita harus cuba mevariasi penulisan, mencari khalayak baru dan membuka ruang pemikiran dalam penulisan.
ni sekadar perkongsian pandangan dari orang yang juga baru belajar menulis.

anyway.
keep writing.
usaha yang bagus. :)

Al-Fateh Enterprise December 8, 2009 at 7:57 PM  

salam..
wajar ke dr nurul iman tu berbual dengan dr azrif tentang dhuha?sepertinya nampak tiada keperluan? atau ada komen laen?

along rufaidah December 8, 2009 at 8:57 PM  

menarik2...not bad.
pandai jugak oleh lagu gradasi tu jd cerpen ye

cuma persoalan yg sama seperti di atas jgk la..mcm pelik la nurul iman tu nk sembang2 pasal solat dhuha pulak tibe2.

Amin Baek December 8, 2009 at 9:05 PM  

umair yang part last tu btol ke??
tambah kn??

tp nice la ble dibuat jadi cte..hehe

Ashraf CeriTakaful December 8, 2009 at 10:07 PM  

nak gak berkenalan ngan Dr. Azrif...

cumanya, agak heran camner plak Dr. Azrif berjaya ngubah Pak Cik Jamal instead of anak dia sendiri, Dr. Nurul Iman, kan dia sendiri admit anak dia solehah (tudng labuh, blaja Mesir, ngaji kitab, hfl 10 juz, bla3)...?

btw, umair, sangat berlainan from ur previous short stories... inspirasi from siapa? mamat ek?

8 out of 10...

umairzulkefli December 8, 2009 at 10:47 PM  

Assalamu'alaikum Warahmatullah...
Wah...ramainya komen...
jazakallah atas komen-komen, iA try mnjawab apa yg patut.
Background, inpired by a doctor from bandung, padjajaran univ. Diubah untuk bacaan umum.

To FRESHIE : Jzkk krn mnjadi pembaca terawal. Truskan memeberi kritikan membina. Pinjam graphic baru ye. Menambah seri post.

To t-reemau...: Jzkk atas sokongan. Mohon doanya.

izaanirfan : Jadi penulis? Insya-Allah..semoga darah penulis yang mengalir dalam jiwa ini dimanfaatkan untuk tarbiyyah dan dakwah.

ibnu ghazali : berat tu nak jaga keikhlasan. Mohon doa yang berterusan daripada antum semua. Doakan performance ana semakin baik, semakin ramai yang boleh mengambil manfaat daripada penulisan.
(nantikan kisah itu wahai ibnu ghazali..huhu~)

mahasiswa : Jzkk atas masukan. IA akan dipertingkat dan dipelbagai. Cerpen kedua berbentuk umum. Semoga semakin baik.

Al-Fateh Enterprise : ha..ini yang nak komen ni..masa tu mungkin Dr. Nurul Iman sudah merasakan dia telah menemui seseorang yang baik, dan segera ingin mengenalnya. Dia dah baca KCB dan tak mahu mengulang sejarah Anna Anthafunnisa yg frust menangis tak berlagu.(T_T)
Tapi sebab terbesarnya adalah teruja untuk mngetahui siapakah yang berada di hadapannya, lalu tersilap bertindak. Pasti dia kemudiannya bermuhasabah sendirian atas tidakannya itu.

Other comment..afwan, memang dah ketandusan idea dah nak buat pertemuan antara Dr. Azrif dan Dr. Nurul. Semoga di lain waktu akan lebih bermakna.

Jzkk atas keritikan.

To along rufaidah : Ada 2 jenis penulisan, ada yang tulis shj apa yang terlintas di fikiran, baru pilih tajuk yang sesuai. Ada yang dah pilih tajuk, olah daripada tajuk tu. Dan cerpen ni adalah jenis pertama..(^_^)

To Amin Baek : Part last tu betul ke? Part mana yang betul sbnanye? Huhu~ saje menambah perisa. Biar sedap skit cerita.

To ahmad ashraf zafrullah : Last but not least..my bro ashraf..sory, xde sang kancil dlm cite nih..huhu~ Itulah yang namanya hidayah dalam kehidupan - unexpected & inpredictable. Dia admit anak dia solehah, dia tu tak tentu soleh lagi. Iman tak dapat diwarisi..(^_^)

Thanks a lot fot the commentators...

[amiza malik] December 9, 2009 at 12:23 AM  

salam umer.

1)nice try menulis pasal life as a doctor. hebat gak kau tahu nama2 mnde tuh. kalau dpt buat research lebih sket pasal kehidupan doktor ni, masukkan terms yg sesuai untuk menampakkan lagi penjiwaan watak.

2)tak senang hati jugak baca doktor2 tu borak pasal solat dhuha.

3)u r really into cerpen2 mcm ni yek? bagus untuk bacaan golongan umum. untuk didik erti makna cinta yg sebenar. cuma kalau daie melayan cite2 ni slalu, terbuai gak la :D

4)kasr el ainy. haha.

alf mabruk. i wonder mcm mana kau punya banyak masa untuk siapkan punya lah banyak cerpen. jeles nya. teruskan menulis ok?

=(

Anonymous,  December 9, 2009 at 10:19 AM  

Salam.
Pd pandangan ana, cerpen ni ok.

Anyway, ana kurg setuju Dr Nurul tu tegur Dr Azrif tu after solat dhuha.

Bole kot klw buat waktu keluar dr surau tu,
Dr Azrif tu pakai kasut kat luar, ada barang die terjatuh tanpa die sedar ke.
N, Dr Nurul tu ternampak barang yg jatuh time tu, die terus panggil Dr tu. Dr Azrif menoleh, dan time tu baru ter'kenal' dgn Dr Nurul tu. Tp, xde tanye nama pun.. just ucap terima kasih n die tengok nama dari nametage Dr Nurul tu je.

K, just cadangan perbaikan.
Sbb yg KCB tu, anna tu tanye nama at least ade reason, sbb azam tu tlg die. Klw tegur cmtu je, mcm kurg best plk.

N, ana perasan something la...
warna yg sama:
"baju biru tua, tudung biru muda" ^_^

faza4peace December 9, 2009 at 11:42 AM  

adei akh, meremang masa baca kejadian kt surau tuh...

geli geliman pun ada ahaks.

eh kasih cerita lain lak.

cam cerpen membangkit semangat tak pernah mati,

=)

'Abid Sakina December 9, 2009 at 6:24 PM  

Alhamdulillah..
mabruk..

dah ok cara pertemuannya..
moga cerpen yg akan datang lebih baik..

penulisan yg dtgnya dari hati, akan membekas ke dlm hati juga..

moga bakal2 doktor..atau bakal2 apa sekali pun akan menjadikan medan kerjaya sebagai 1 wasilah utk kita beraksi sebagai hambaNya & khalifah di muka bumi ni..ameen~

umairzulkefli December 9, 2009 at 6:35 PM  

Jazakallah Khair atas komen-komen yang membina tentang cerpen Kupinang Engkau Dengan Al-Quran. Babak pertemuan antara Dr. Azrif & Dr. Nurul telah diubah. Harap lebih terjaga di sisi syariat.Wallahua'lam.

p/s : jzkk analyticalblue atas cadangannya. Nak buat method lain sbnanye, tp nanti jadi lain pulak cerpennya. Mybe save utk cerpen baru.

along rufaidah December 9, 2009 at 7:44 PM  

pembaikan yg bagus...
much better mcm ni

smlm time nk komen tu..ada terfikir jgk mcm analyticalblue tu...dh masuk kali kedua dh baca gandingan baju/jubah biru tua + tudung biru muda ni. tp time tu tak jd nk komen sbb takut diri sendiri je perasan detail sgt...tp ada org lain jgk dh komen cmtu. heh.

Anonymous,  December 9, 2009 at 8:24 PM  

Assalamualaikum...ish ish rasa semalam ade dah bg komen tah macam mana tak betul send kot heheh...by the way cerpen yang sanggat menarik dan harap boleh jadi kenyataan hehehe....moga diri ini dapat jadi terus macam Dr Azrif...bagus nye anta istilah semua benda medic semua antum letak..wat research dulu ker? ke mmg bijak hehehe ana perkataan ni(sphygmomanometer) nak sebut pun kadang terbelit lidah hehe...teruskan akh...nnt compile wat buku leh dijual

umairzulkefli December 9, 2009 at 8:25 PM  

To along rufaidah : pasal baju biru ni...no comment...ade sejarahnya mungkin?

umairzulkefli December 9, 2009 at 8:29 PM  

To ibnu sarha : sphygmomanometer tu, actually ana pun tak pernah sebut..pernah baca je..huhu~~

Anonymous,  December 10, 2009 at 12:30 PM  

Ok, good job mr umair.
Moga sentiasa dapat menjaga hati dalam mengejar cinta ILAHI.

zubair ghazali December 10, 2009 at 8:01 PM  

oh..banyaknye komen,
ni sume kipas susah mati antum ni.

pepehal,ana dah tak minat sangat novel-novel
cinta ni.rasa cam berangan lebih-lebih lak.
hati-hati dalam menulis ye,
elakkan penyakit-penyakit hati..

kadang-kadang kita menulis kerana nak
orang gelar kita penulis yang hebat,
kadang-kadang kita menulis kerana nak
jadi fofuler di seantero negeri.

wallahua'lam..
tanamkan jiwa tawadu',
tanamkan jiwa wara' dan zuhud..
sesungguhnya rasulullah saw juga begitu..

umairzulkefli December 10, 2009 at 11:28 PM  

To ibnu ghazali : Jazakallah atas peringatan..
Doakan ana tidak akan tersasar daripada matlamat asal..
kembara diri mencari tuhan..
menjadikan diri semakin mengenal siapakah diri ini..
sehingga berjaya mengungkai rahsia diri...
menyebabkan diri tersungkur bersujud keharuan..
kerana menyedari hakikat hidup bertuhan..

yang ingin kembali merindui Allah seperti dahulu..
-umairzulkefli-

[Harapan/Cita-cita yang mulia] December 14, 2009 at 5:24 PM  

salam'alaik..
kenapa macam pernah dengar nama akh ni..

apa-apa pun, cerpen yang mantap..jarang sekali cerpen ditulis berlatarbelakangkan dunia perubatan ini. Semoga kelak diri ini akan menjadi doktor seperti watak cerpen ini, bernadikan al-Quran. Semoga istiqamah dalam penulisan pentarbiyyahan. Insya-Allah.

Minta izin untuk men'convert' cerpen ini dalam bentuk PDF untuk blog ana. Wassalam.

Jazakallahu khair..

huda December 16, 2009 at 1:31 AM  

salam aleykum

cerpen2 ko ni kbanyakannye ringan.mebi target ko pon utk org2 umum jugak kot? i'm expecting sumtin bigger.tp xpe..ade bakat.

doktor ni mmg ade pengaruh y sgt besar dlm mykt.cakap la ape pun.mst patient dengar. dats quality in daawah kan?

tringat kisah sorg junior kat cni, mak ayah die tau die join usrah2 kat cni. then parent die ngamuk2 x bg join sbb ganggu study kononnye. bile mak die ngadu kat kawan die, which is also a doctor y alhamdulillah, akhawat y join trbyah jugak, doctor tu crite kat mak die..y usrah2 ni bagus.baiki diri bla3
n guess wut, mak die tros call anak die kat mesir.soh jgn keluar dr usrah..teruskan..

huhu. a power of a doctor. hope can b like dat, a muslimah murabbiah tobibah :)

umairzulkefli December 16, 2009 at 1:45 AM  

To ~alhuda~ : be a true muslim doctor...cure not just the physical disease..but also inner disease..

anfal December 16, 2009 at 10:23 AM  

betul2...memberi smgt
agar terus mnjaga hak ALLAH
teruskan menulis...
wallhua'lam
Jg lah ALLAH, ALLAH psti mnjgamu

Ashraf CeriTakaful December 16, 2009 at 8:11 PM  

akh mamat puny crite xde smpi jump doc. 'nurul iman' ek??? haish sedap2 dia nambah jer... hahaha...

umer, pasni kalo nak buat drama doc, tmbh ah ckit perisa dia, means doc azrif n nurl iman puny real works as muslim docs, crite drpd doctor pakar mata drpd ukm ker (xingt nama), pengasas mercy ker (xingt nama), dr. rantisi ker, ikhwah indon ker, coz kalo stakat cenggini, houseman jer, x kompleks mana... juz my opinion...

(still having high expectation on your writings)

iwanttogotojannah April 16, 2010 at 10:22 PM  

assalamualaikum wbt
sgt kagum dgn watak dr azrif:)
dapat sembuhkan patient bkn penyakit die je tp bnde laen jgk..mashaAllah..
btw, tajuk cerpen mmg creative *like*

CikWardah April 22, 2010 at 11:51 PM  

nice artikel..suke ble dgar ade doktor muslimah yg berperwatakan solehah..m0ga akan lhir lebih ramai doktor yg soleh dan solehah..moga ana jua tergolong di antara mereka..amin ya rabb..

umairzulkefli April 23, 2010 at 7:00 AM  

Assalamu'alaikumu WBT...

Afwan, baru sempat reply utk post nih..

To anfal : Jzkk atas doanya..semoga diri ini kekal istiqomah, insya-Allah..

To ahmad ashraf zafrullah : Jzkk too atas masukan2 yang bernas. Afwan, pemikiran belum sampai ke tahap tu lagi. Teman amek engine bro, nak cari term2 medic ni pun dh naik pusing..(^_^). Tengoklah nnt kalau sempat crite psl ikhwah bekerja kt pelantar minyak ke..:P

To iwanttogotojannah : iwanttogotojannahtoo..(^_^)
Semoga kita dapat mengadaptasi Islam sebagai cara hidup yang sebenar..amiin..

To nurul : Amiin..insya-Allah...

Niniey Lai April 23, 2010 at 10:15 PM  

salam...hehehe,memandangkn ada byk nini2, jdi saya komen lar. btw, crta ni best..sungguh menginsafkan dan ada part romantik jgk =) ni nini yg pertama komen tdi kt chat box. kui2~

Anonymous,  May 1, 2010 at 8:48 AM  

Subhanallah
cantik sekali :D

KD May 24, 2010 at 2:20 AM  

awal2 baca, teringat waktu penulis eksiden sampai jari patah.. ingat nak buat cerita lawak... 'bawak moto slow2 ar'

sampai tengah, cerita sebenar yang diolah dgn baik.. tambah 'f' pun boleh... hehehehe.. xde kene mengene ngan yang hidup @ yang dah meninggal dunia.. huhuhu~

at the end, ade pulak nama Iman... x puas hati btul... x credit pn... haha... ingat name Iman utk pmpuan je ke? >=(

k, jzkk... yg paling penting ade mesej yang nak dibawa..

Sharifah Syahirah TSM May 24, 2010 at 2:25 AM  

menaikkan semangat untuk jadi muslim doc.
walaupun ringan ceritanya,
tetap memberi kesan pada jiwa2, insyaAllah.

insyaAllah.
menulis dengan hati agar terus sampai ke hati.

musafirtibbi May 24, 2010 at 7:51 PM  

Um..speechless...xtau nak kata apa..nice one :)

Ahyana Solehah May 25, 2010 at 12:51 PM  

Salam umair.

two thumbs up! =)

[menulis seolah2 seorang yg pro dlm bidang medik]

semoga trus istiqamah berdakwah melalui hati.
jzkk

p/s: ana mohon copy paste kat blog, mg lbh rmai yg terkesan terutamanya pd kami2 yg berkecimpung dlm bdg ni. mg lbh rmai 'Dr azriff' dpt dilahirkan. =j bukan sng mnjdi Dr yg 'luar biasa', mnjadi Al-Quran berjalan yg dakwahnya sentiasa dbwa bersama dlm kehidupan. Smg Allah beri kekuatan kpd kita smua utk mnjadi yg terbaik kpd ummah, insyaallah.

AminYa Rabb.

Ahyana
Kuliyyah Tibb,
Misr.

umairzulkefli May 25, 2010 at 5:29 PM  

To Nooraini Lai : Semoga bermanfaat. Teruskan doa dan memberi masukan.

To K.A : Alhamdulillah

To ImanCo : Hang memang, ingat ikhwah semua dah baca, skali hang plak yang blum. Tak supportive la..huhu~ BTW, nama Nurul Iman tu nama adik ana la. Jangan nak perasan. Memang saja include nama dia, sbb dia nk ke ke Mesir amek Tibb..Tapi dapat Alexenderia la. Bkn Kasr El-Aini.

To sharifah syahirah TSM [chep]: Alhamdulillah, ambillah manfaat sebanyak-banyaknya. Tolonglah sebarkan pada kawan-kawan. Cuma letakkan link blog ni sekali.

To Farid Nazmi : Segala keindahan itu milik Allah. Ucaplah Subhanallah~

To ubay : Alhamdulillah (^_^) Yang penting pengajarannya. Baca Quran selalu tau.

To Ahyana Solehah : Salam'alayk. [Banyak rujukan, alhamdulillah. Jazakallah kepada doktor2 bloggers.]
Nak copy silakan. Sertakanlah alamat blog ini utk rujukan. Semoga lebih ramai yang dapat mengambil manfaat.

Anonymous,  July 2, 2010 at 1:26 PM  

alamak...lepas habis bace asyik nak senyum jee..ngeh ngeh2

Rasydan Nazri November 20, 2011 at 6:46 PM  

Ana pun nak jadi macam ni gak, tapi ana x nak jadi dokter, nak jadi engineer. crita la pulak pasal engineer bertemu jodoh.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP