Jun 2, 2011

Dakwah : Maaf, saya sibuk

"Aku bukan tak mahu ikut halaqoh dengan kau, tapi aku sibuk. Banyak assignment dan group discussion."

"Maaf akh, ana rasa ana tak dapat nak komitmen lagi dengan tarbiyah. Prestasi pelajaran ana merosot teruk."

S

I

B

U

K

SIBUK. Satu daripada 1001 macam alasan lagi yang sering diterima ketika seseorang diajak untuk ke program-program tarbiyah dan dakwah. Alasan sibuk memang terdengarnya relevan. Tetapi sungguh tidak rasional bagi mereka yang mahu menggunakan otak mereka untuk berfikir. Mengapa?



Semua Orang Sibuk

Jika namanya manusia, apatah lagi seorang pelajar, tentulah kita sibuk. Kuliah yang perlu dihadiri, tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan, dan pelbagai lagi tanggungjawab-tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa.

Seorang bapa pula, jauh lebih sibuk. Mencari nafkah untuk meyara keluarga. Mendidik dan membimbing keluarga. Membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya.

Namun yang pasti, mereka sentiasa ada masa untuk makan. Sentiasa ada masa untuk berehat dan tidur. Sentiasa ada masa untuk membaca surat khabar. Sentiasa ada masa untuk bermain bola di waktu petang. Sentiasa ada waktu untuk macam-macam lagi, kecuali hal-hal yang berkaitan dengan Islam, Dakwah dan Tarbiyah. Mengapa?

Realitinya

Sesibuk apapun kita, kita sentiasa punya 24 jam sehari untuk dihabiskan. Namun yang berbezanya adalah bagaimana cara ianya dihabiskan.

Ada yang biasa tidur 6 jam sehari di waktu malam. Bahkan ada yang tidur lebih lagi hingga 8 ke 9 jam sehari dicampur dengan tidur siang dan tidur dalam dewan kuliah.

Ada yang berbual-bual kosong, melayari internet, facebook dan bersosial ria hingga tanpa sedar, 3 jam berlalu sia-sia.

Jika kita ambil 1 jam sebagai contoh, pelbagai perkara boleh berlaku.

Dalam masa 1 jam, beberapa pasangan telah berzina dan beberapa orang anak luar nikah telah dilahirkan.
Dalam masa yang singkat itu juga, berapa banyak botol arak telah dituang,dan berapa ramai yang mengambil dadah dan ganja.
Dalam masa 1 jam juga,beberapa orang telah dibunuh, dirompak,diragut,dan dipukul.
Segalanya berlaku dalam masa 1 jam!

Pada sisi lain pula, banyak kebaikan berlaku dalam masa 1 jam. Bagi seorang pelajar, dalam masa 60 minit itu, sebuah sesi kuliah di sesebuah universiti berjalan. Bagi seorang suri rumah, sebuah lauk utama, sayur, dan nasi selesai dimasak dalam masa 1 jam.
Sebuah halaqah dapat dijalankan walau hanya sesi tilawah dan taujih.
Sebuah perbincangan telah selesai dengan satu agenda.
Sebuah perjalanan bas Plusliner daripada Seri Iskandar menuju ke Kuala Lumpur telahpun sampai Tapah!
Bagi mereka yang bertilawah, telahpun mendapat 1 juz tilawah serta tadabbur hanya dalam masa 1 jam. Bagi mereka yang berdakwah, beberapa orang mad'u telah diziarahi dan disentuh hatinya dalam masa 1 jam.

Pengalaman Saya

Ramai mad'u saya yang tidak lagi mahu ditarbiyah bersama dengan alasan kesibukan. Masing-masing beralasan mahu fokus dengan pelajaran dan akan menjaga diri sendiri. Namun tidak sedikit yang saya temui membuktikan sebaliknya.

Ada yang sekarang tiap-tiap minggu turun ke Kuala Lumpur untuk sesi seminar Multi Level Marketing (MLM). Apa bezanya dengan kesibukan ikhwah-ikhwah yang setiap minggu berulang-alik dari Perak ke Selangor untuk mentarbiyah mad'u?

Ada yang sibuk dengan aktiviti persatuan. Mesyuarat berjam-jam, kadang-kadang hingga larut malam. Lepas mesyuarat singgah kedai mamak minum-minum bercampur lelaki perempuan bukan mahram sehingga jam 2 ke 3 pagi. Apa bezanya dengan kesibukan ikhwah-ikhwah yang berhalaqoh sehingga jam 3 pagi?

Benarlah kata-kata seorang ikhwah:

"Manusia ini, kalau tidak disibukkan dengan hal-hal dakwah, mereka tetap akan sibuk dengan hal-hal keduniaan."

Dan untuk hal-hal keduniaan, apatahlagi untuk hal-hal yang disukai oleh hawa nafsu, tidak pernah ada masalah atau alasan yang dikemukakan. Hanya untuk hal-hal yang berbau keislaman sahaja yang akan menjadi masalah. Kerana syaitan telah memainkan peranannya.

Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengatahui.
[Al-Baqarah, 2:268]

Untuk urusan keislaman, rugi terasa meluangkan masa.
Cuba kalau tiba-tiba kawan ajak main game atau tengok movie dan anime? Sukar sekali untuk ditolak. Walaupun esok ada test! Nampak sangat menipunye!

Nampak sangat menipunye~


Penyelesaiannya : Letakkan Prioriti

Mengapa orang masih boleh makan walau sesibuk apapun dirinya? Kerana dia merasakan makan itu prioriti dan meninggalkannya suatu masalah.

Mengapa jika tiba-tiba seseorang sakit perut, dia pasti akan cari tempat tersorok untuk menyelesaikan hajatnya? Mengapa tidak beri alasan sibuk dan tiada masa lalu buang sahaja di mana-mana? Kerana malu dan maruah diri menjadi prioriti hidupnya.

Begitu juga jika kita menjadikan Dakwah dan Tarbiyah sebagai prioriti dalam hidup kita. Hendak atau tidak, kita tetap akan melapangkan masa. Jika kita mahu, semuanya boleh berlaku. Namun jika memang tidak mahu, tiada siapapun yang boleh membantu.

Kesibukan sudak pasti bukan alasan. Ia hanya perkataan busuk yang digunakan oleh mereka yang kontot akal fikirannya untuk melarikan diri daripada dakwah dan tarbiyah.

Kata-kata Ustaz Zikro:
"Simpalah alasan-alasan kamu itu dalam pendrive baik-baik. Nanti depan Allah SWT di akhirat, keluarkan, semoga Allah menerima alasanmu itu."

Ya-Allah, kekalkanlah kami untuk bersabar dalam kesibukan mempertahankan keimanan diri, keluarga, ikhwah-akhwat dan orang-orang yang beriman.

Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.
[Al-Kahfi, 18:28]

~End Of Post~
Share

13 comments:

dr. mujahidah June 2, 2011 at 7:26 AM  

salam..baca juga.. saje nak share.. http://akhwatmedic.blogspot.com/2011/05/kesibukan-yang-tidak-akan-berakhir.html

zubair ghazali June 2, 2011 at 8:47 AM  

bismillah..

didiklah mad'u tu sesabar mungkin.
kerana dakwah kita masih panjang. beralasan itu fitrah, tapi didiklah dengan sabar agar suatu hari nanti mereka tidak beralasan lagi.

rasulullah saw pun mendidik sahabat dalam tempoh yang agak lama, tak ramai yang setia tapi tetap ada yang berusaha~

wallahua'lam`

Zikir Din June 2, 2011 at 9:36 AM  

moga kesibukan kita dipenuhi perkara2 bermanfaat.

lawak juga penyataan ustaz zikro, simpan alasan dalam pendrive..owh, maka Alaah akan tetap mendedahkannya saat perhitungan di hari kelak..

Bashir IbnDzul June 2, 2011 at 11:31 AM  

salam,

kes mad'u baru mungkin tak kisah sangat. tapi kalau yang lama-lama ni macam mana ya?

MI June 2, 2011 at 11:49 AM  

huhu... simpan dlm pendrive ye....
ana stuju dgn antum, ksibukan mmg prkra biasa bg kita, students... tp kita y spttnye kne pndai urus prioriti kita.... truskn akh...

umairzulkefli June 3, 2011 at 3:07 AM  

To dr. mujahidah:
Kebetulan tema yang sama. Ana tulis sebelum membacanya. Sama-sama saling melengkapi. Semoga ramai yang mengambil iktibar.

To Ibnu_ghazali:
Beralasan itu cuma fitrah bagi orang-orang munafiq. Itulah kefahaman yang dapat digarap melalui Al-Quran dan Sunnah. Mereka yang memberi alasan itu kerana didorongi sifat nifaq yang mula menebal dalam jiwanya. Maka jangan pernah mendidik mad'u kita memberi alasan.

To zikri said:
Semoga..doakan agar kita semua terus tersibukkan dengan hal-hal dakwah dan tarbiyah.

To kahfi8:
Kes mad'u lama yang masih memberi alasan itu adalah disebabkan sejak mereka masih baru tidak pernah terdidik untuk tidak memberi alasan.

To Akh Megat:
Amiin...teruskan doanya.

To Mohamad Khir Bin Johari:
Sibuk itu biasa,
Kekal berdakwah dalam kesibukan itu luar biasa,
Beralasan sibuk untuk tidak berdakwah mengundang binasa.

To e~w@n:
Antum sibuk berdakwah kan..bagusnye..anak halaqoh siapa tu ye..(^_^)

Nur Hayatul Akmal June 15, 2011 at 12:16 PM  

peringatan bt diri ni...
shukran ^^

Nur Hayatul Akmal June 15, 2011 at 12:17 PM  

peringatan buat diri ini..
shukran..

K June 27, 2011 at 8:22 PM  

peringatan buat diri sendiri yang sentiasa sibuk dan lupa akan janji allah...Allah swt telah berjanji akan menolong orang yang menolong agamanya...semoga dipermudahkan olehNYA..

Anonymous,  September 18, 2011 at 6:30 PM  

salam. saya juga seorang ikhwah yang baru sahaja menjejakkan kaki ke realiti yang sebenar. akan tetapi, saya di dalam dilema antara keluarga dan dakwah. ibu saya menyatakan kebimbangannya kerana saya terlalu sibuk mengikut daurah dan beranggapan itu punca banyak kerja saya tertangguh. Sebenarnya saya juga punya tuntutan yang lain sebagai seorang wakil pelajar.saya turut sibuk dalam pelbagai perkara yang berkaitan dengan kolej. Seterusnya, seorang ikhwah saya kini menyangka saya tidak lagi komited dengan tarbiyah. apa yang saya harus lakukan, walhal saya sedang mencuba yang terbaik memuaskan hati semua pihak?

umairzulkefli September 19, 2011 at 2:47 AM  

To mr human said:
Salam...memang hakikat orang yang ingin menapaki jalan menjaga dan memperjuangkan keimanan ini akan diuji dan dicubga dengan pelbagai cabaran dan dugaan. [29:2-3]
Cuma kita perlu menyikapinya dengan baik.

Adapun ibubapa yang merisaukan kita, itu wajar. Tetapi itu bukan alasan untuk kita mengurangkan atau meninggalkan tanggungjawab berdakwah. Yang perlu kita lakukan adalah dengan membuktikan kepada mereka bahawa bukan dakwah yang menyebabkan prestasi kita menurun. Caranya adalah dengan meningkatkan kembali prestasi yang dilihat oleh mereka telah menurun itu.

Begitu juga dengan hal kolej. Kita perlu menyelesaikan semua tanggungjawab yang berkaitan dengan kita sesegera mungkin agar kita tidak meninggalkan amanah. Oleh kerana itu, sebagai da'i yang sibuk dengan hal-hal dakwah dan tarbiyah, kurangkan kesibukan kita dalam hal-hal yang masih ramai orang umum boleh lakukan. Kita ada kesibukan lain yang tidak dapat digantikan orang umum.

Dan untuk ikhwah yang mula menyangka antum tidak lagi komited, berbincanglah empat mata dengannya. Sepatutnya sebagai ikhwah, tugasnya adalah membantu antum mengurangkan bebanan yang ditanggung, bukan sekadar bersangka yang bukan-bukan. Bertemulah dengannya dan berbincang serta luahkanlah isi hati. Semoga ukhuwah kalian semakin erat dan masalah yang dihadapi semakin mudah diselesaikan.

Insya-Allah...

Wallahua'lam

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP