Oct 21, 2010

Perkongsian : Jodoh Itu

Jumpa Dr. Nurul Hassan di Masjid An-Nur, UTP.

"Assalamu'alaikum Sir!"

"Wa'alaykumussalam~ Hey, how are you? Everything's fine?"

"Yeah, just fine."

"When you will get married?"




Alahai Dr. Nurul...balik-balik jumpa kau benda ni juga yang kau tanya...

"When? At the end of this year, insya-Allah!" saya menjawab selamba. Namun tekad diletakkan, mudah-mudahan diperkenankan Allah.

"Really? Who is the girl?"

"I don't know yet Sir. But there is."

"Then, how you will get married?"

"I'll get help from my Ustaz. He proposed me the girl."

"Which Ustaz? This Ustaz?" sambil menunjuki kepada Ustaz Rahmat Abu Seman, Imam Masjid An-Nur UTP.

"No Sir. Another Ustaz, living outside."

"Good. Get married soon man. You'll be safe from fitnah and today's world corruption. Best for your iman and ibadah."

"Insya-Allah."

"Have you seen the girl? Have you tell her?"

Kenapa tanya lagi ni? Tak faham ke aku kata tadi, aku tak kenal pun siapa dia!

"Not yet Sir."

"How if you are late, and the girl is taken by somebody?"

Saya terdiam seketika. Macam mana nak jawab ni ye?

"Actually, I don't mind Sir. If she's taken, there are still another girl."

"Hahaha~ Be serious man!" tergelak-gelak Dr. Nurul sambil menampar-nampar kaki saya.

"I am serious." sambil tergelak-gelak juga.

"Haha, okay. Make sure you'll invite me to your wedding eh."

"Insya-Allah Sir. You'll be the first to know. Please pray for me."

"Insya-Allah!"

"Okay, see you later Sir. Assalamu'alaikum."

"Okay. Wa'alaikumussalam."

Selepas bersalaman, saya ke belakang masjid untuk menunaikan solat sunat ba'diah.

Terngiang-ngiang soalan Dr. Nurul :

"Have you seen the girl? Have you tell her?
"How if you are late, and the girl is taken by somebody?"

Soalan yang saya tidak pernah terfikir. Yang saya tahu, Allah kata,

...dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)...
[Q.S. An-Nuur, 24:26]

Yang penting bukannya kita booking siap-siap,
"Ana nak dia ni. Reserve untuk ana."

Haha, terdesaknya.

Lelaki Yang Baik Untuk Perempuan Yang Baik, Perempuan Yang Baik Untuk Lelaki Yang Baik

Kerana janji Allah itu jelas, yang baik pasangannya yang baik juga. Maka yang perlu saya buat hanyalah berusaha. Jadi yang terbaik. Perbaiki diri. Perbaiki dan teruskan perbaikan. Bersedia dan teruskan persediaan. Beriman dan terus menguatkan keimanan. Insya-Allah, jodoh itu akan hadir, sesuai dengan iman di hati.

Macam lirik lagu Menunggu Di Sayup Rindu la pulak...


sabarlah menanti
usahlah ragu
kekasihkan datang sesuai
dengan iman di hati

Jadi jangan risau ye kawan-kawan.

Buat yang sedang berseronok bercintan-cintun, jodoh itu di tangan Allah. Berusahalah sekadarnya. Keputusan akhir tetap di tangan-Nya. Kalau yang ditakdirkan itu sesuai dengan keinginan kita, alhamdulillah. Namun kalau ketentuan takdir itu sebaliknya? Ditakdirkan kita bukan dengan insan yang dicintai? Bersediakah kita?

Mari sama-sama muhasabah.

Kesimpulan : Berusalah untuk sesuatu yang pasti

Jodoh kita siapa hanya boleh diusahakan. Kepastiannya hanya milik Allah.
Namun persiapan diri kita untuk menjadi yang terbaik dalam keimanan dan ketaqwaan, itu yang pasti. Dan Allah menjanjikan pasangan yang sesuai dengan kadar usaha kita.

Maka bersabarlah!
Teruskan berusaha!
Hindarilah maksiat!
Tingkatkanlah ibadah!

Sekali lagi:


sabarlah menanti
usahlah ragu
kekasihkan datang sesuai
dengan iman di hati




Robbana Hablana min ajwajina wadzuriiyatina kurrata 'ayyun waj'alna lilmutaqiina imama. 


"Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
[Q.S. Al-Furqaan, 25:74]


~End Of Post~
Share

9 comments:

MAN ANA? October 21, 2010 at 3:22 PM  

Salam ziarah..
seringkali tertekan dengan persoalan itu. tp, adatlah tu..

jwpn y selalu sy bg "insyaAllah, lepas raya."

raya tahun bila blm tahu lg.

jodoh itu aturan Allah, yang penting usaha. bukan terdesak.

Unknown October 24, 2010 at 5:30 PM  

betol la wanita2 yg baik utk laki2 yg baik..dan begitula sebaliknya..tapi mcm mana pulak yg ni, suami isteri saling melengkapi.. kalau sorg api sorg lgi jadi air..kalau kita panas baran isteri kita inshaAllah penyabar..mcm x fair la plak..

Mawaddah October 29, 2010 at 5:31 PM  

syauqaH..

ana sokong bila kata wanita baik utuk llki yg bek.sptmna firman Allah dlm surah 24:26.

tp pd pndpt ana,istilah sorg api sorg air adlah fair,bukannya x fair sbb suami isteri ni msg2 da kekurangan msg2.sbb tue ada istilah "suami istri slg melengkapi antara satu sma lain.istri kurang,suami lengkapkan.suami kurang,isteri tolong lengkapkan.."

akhi umair
** moga ditemukan dengan sayap kiri perjuangan dakwah.

umairzulkefli November 4, 2010 at 4:39 PM  

To MAN ANA?:
Apa yang nak terdesaknya...kita yang nak kawin, buat apa orang lain sibuk2..(^_^)

To syauqah:
Itu sikap dan kecenderungan emosi. Yang penting dalam perkahwinan ini masing2 pasangan perlu saling memahami dan terbuka untuk sebarang kritikan dan perbaikan, barulah harmoni serta diredhai. Yang penting, matlamatnya 1, redha Ilahi. iA smua akn baik2 sahaja.

To Ukhti Umar al-Khattab:
Amiin...Jzkk atas doanya.

madihah November 5, 2010 at 4:52 PM  

alhamdulillah..
perbaiki diri sendiri, semuanya telah tertulis, waktunya sahaja tidak pasti..

morsmode November 19, 2010 at 4:45 PM  

terfikir.
hari tu aku dengar ada mamat rockers ni borak dengan member dia nak kahwin dengan orang yang pakai purdah.

rockers tu aku tak kisah, tapi seluar dia atas lutut, koyak-koyak.

mungkin suatu hari nanti dia akan menjadi seorang ustaz. amin.

deeya nadiah December 2, 2010 at 2:07 PM  

as-salam..

terkena batang hidung sendiri masa baca post nie..
apa2 pun kita hanya mampu berdoa..
semoga dipermudahkan..
amin..

Muhammad Firdaus June 17, 2011 at 1:05 AM  

Nie bru cara yg btol.. sbb cinta slps khwn lbh aula drpd sblum... & insyaAllah akn brthn shgga khjg hyt..

Anonymous,  July 9, 2013 at 1:51 AM  

Yang penting bukannya kita booking siap-siap,
"Ana nak dia ni. Reserve untuk ana."

Haha, terdesaknya.

best quote ni. hehe. mungkin boleh buat satu post yang berkaitan terutama aktivis dakwah - kononnya.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP