Jul 23, 2009

Kembali

Melangkahi detik waktu dan ketika
Seakan-akan aku tertipu dengan dunia
Merasakan diri ini sudah cukup berusaha
Bersangka dengan dakwah yang tidak seberapa
Allah lalu mengizinkan pelajaranku juga berjaya
Sedangkan keadilan Allah tiada taranya
Segala andaian didahului Sunnatullahnya
Pepatah Arab Man Jadda Wajada
Sesiapa yang berusaha pasti mendapatkannya
Maka kembali aku terduduk teraba-raba
Mencari kembali rentak dan irama

Apakah diri sudah cukup berusaha
Apakah dakwah sudah ikhlas hanya keranaNya
Lalu kusedari diri ini sungguh hina
Kerana mengambil mudah ketetapannya
Berpangku tangan tanpa berusaha
Lalu mengharap kejayaan jatuh ke riba
Oh Allah, diriku alangkah malunya

Lalu kini aku bangkit kembali
Segala kisah silam aku lupai
Cuma menjadi sejarah yang abadi
Yang menjadi iktibar buat diri
Mengingatkan bahawa jalan ini tidak akan pernah sunyi
Daripada ujian keperitan dan serta onak duri
Tiada lagi bersenang-senang duduk menyendiri
Kutahu bahawa janji Allah itu pasti
Bahawa manusia hanya akan mendapatkan apa yang dikerjai
Lalu aku kembali melangkah dengan pasti
Matlamat hidup yang jelas telah kuletaki
Hanya ingin mendamba redha Ilahi
Dan semuanya sudah jelas dan pasti
Redha Allah tidak akan mendampingi si leka ini
Akan kususun atur hidupku ini
Agar kejayaan pasti kukecapi
Dunia dan akhirat akan kumiliki
Walau berapapun yang harus kulunasi

Oleh itu saksikan wahai Ilahi
Bahawa diri ini telah kembali!

Jihad Dakwah & Study!


Ya-Allah, jadikanlah semester baruku ini semester yang terbaik buat dakwah dan studyku!


Teruskan membaca... Share

Jul 8, 2009

Sentiasa Ingat Siapa Dirimu (Part 2)

"Okey, watch Tahan ikut abang. Nama abang, Ahmad Mukrim. Panggil je Abang Mukrim."
Penampilannya agak menarik. Menyarungkan cekak rambut di kepala. Kelihatan mesra dan humor.

"Okay, kat sini kena ikut peraturan. Tak boleh ikut kepala sendiri. Sesiapa yang langgar peraturan akan dihantar balik serta merta. Barang-barang yang diharamkan adalah rokok, duit, kad pengenalan, telefon bimbit, semua jenis alat elektronik dan majalah-majalah. Kalau ada sila serahkan kepada saya. Di sini kita akan menjalani kehidupan 'back to basic'. Semua benda-benda itu tidak diperlukan di sini.



Teruskan membaca... Share

Jul 7, 2009

Sentiasa Ingat Siapa Dirimu (Part 1)


Bas bergerak laju. Semua penumpang sedang melayan diri sendiri. Ada yang berborak-borak. Ada yang sedang 'menghimpun daya' (tidur laa). Ada yang sedang membaca majalah dan ada juga yang sedang asyik melayan musik daripada MP3nya. Namun di suatu sudut, ada dua penumpang yang beraktiviti lain daripada yang lain. Mereka sedang membaca Al-Quran. Mereka memang sudah terbiasa melazimkan diri agar setiap saat yang dilalui akan cuba terpenuhi dengan perkara yang berfaedah, yang insya-Allah boleh meningkatkan tahap keimanan mereka.

"Agak-agak macam mana la kat sana nanti ye? Leh ke kita survive akh?"

"Alah, boleh punya. Aktiviti dia kayak dan whaling jer. Minggu lepas masa mukhoyyam kan kita dah berlatih berakit dari pagi sampai petang. Siap sunburn lagi. Sure senang je nanti."

"Kalau setakat aktiviti fizikal tu ana tak kesah pun. Nak sunburn ke, patah tangan ke, sakit sendi ke, semua tu boleh baik nanti."

"Habis tu?"



Teruskan membaca... Share

Jul 6, 2009

Cerpen : Laskar Dakwah

"Akh, ana dah tak tahan lagi. Ana rasa tak ada guna lagi kita teruskan buat kerja ni. Dakwah kita tak mungkin boleh hidup!"

"Astaghfirullah..Akhi, istighfar akhi. Tak elok cakap macam tu."

"Afwan, ana terlalu mengikut perasaan. Tapi ana dah tak tahan. Berapa tahun dah kita meneruskan perjuangan ni. Kita tetap berteguh dengan prinsip kita, tidak punya nama, tidak punya platform khas. Kita terus dengan cara dakwah kita, dengan tarbiyah. Kita tidak pernah memperkenalkan jemaah, tetapi memperkenalkan Islam kepada mad'u-mad'u kita. Namun apa masyarakat kampus ni buat pada kita? Kita dituduh sesat, siapa yang ikut kita scholar akan ditarik, kita underground, kita memecahbelahkan jemaah, dan macam-macam lagi, ana tak laratlah nak sebut. Kalau setakat fitnah-fitnah liar tu saja ana tak kesah, tapi tengok, anak halaqoh ana dah taknak ikut halaqoh lagi. Daripada 35 orang yang kita kumpul, habis semua lari. Adalah yang tinggal 5 orang je. Penat kita tarbiyah mereka, sekarang hilang entah ke mana."

"......"

"Bukan tu je. Sekolah-sekolah yang kita masuk untuk pelajar-pelajarnya kita tarbiyah, pun tak guna juga. Kita turun sekolah tiap-tiap minggu, tapi ada saja alasan mereka tak mahu turun halaqoh. Nak basuh baju lah, nak outing la, balik rumah la. Akh, ana dah tak larat akh. Boleh ke dakwah kita ni maju suatu hari nanti? Macam tak mungkin je. Ana dah putus harap."


Teruskan membaca... Share
Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP