May 31, 2010

Semasa : Dunia, tidakkah kau melihat mereka?

Kapal Lifeline For Gaza diserang. Sungguh kejam lagi tidak berperikemanusiaan. Di sini saya bawakan artikel daripada Hilal Asyraf tentang isu ini. Mari ambil tindakan dan mula bergerak.


Saya masih ingat saat-saat intifada Palestin kedua bermula pada September 2000, saat pejuang-pejuang Palestina memulakan serangan menggunakan bom manusia, ada suara-suara busuk yang berkata:
“Apa la mereka itu, Israel juga manusia”
“Pengganas. Tidak berbelas kasihan. Tak ada common sense”
“Mujahidin ni pelampau. Ada patut sampai nak bom Israel. Tak fikir ke itu negara orang?”
Hari ini, berita telah sampai kepada saya bahawa Kapal yang membawa bantuan kemanusiaan bawah kelolaan projek Lifeline4Gaza telah diserang oleh askar zionis pada jam 10.30pagi Malaysia, 31hb Mei 2010. Memburukkan keadaan, sekurang-kurangnya 10 aktivis telah terbunuh manakala 30 orang pula tercedera.
Apa salah bantuan kemanusiaan itu? Adakah mereka membawa senjata? Apa salah orang yang terbunuh? Apa silap orang yang tercedera?
Dunia, saya hari ini saya ingin sekali lagi mendengar suara-suara kamu.
Apakah tidak kau melihat kepada mereka?



Teruskan membaca... Share

May 30, 2010

Tazkirah : Pilihan Di Tangan Kita

"Umair, tengok tu.." Seorang kawan study group saya menjuihkan bibir arah hadapan.

"Astaghfirullahal'azim.." Spontan bibir saya mengucapkan.

"Hahaha..lawak la kau ni Umair. Kau memang nak tengok kan?"

Saya hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum tawar kepadanya. Kawan yang seorang ini memang suka bergurau. Tetapi kali ini perkara yang dimainkannya agak menyentap hati saya.

Wanita berpakaian tetapi seolah-olah telanjang. Berpakaian, tetapi hanya sekadar mahu menutup apa yang perlu. Apakah kurang ongkos untuk membeli pakaian lebih sehingga terpaksa meminjam 'baju adik'? Wallahua'lam. Allah lebih tahu niat mereka.

Namun, menjadi tanggungjawab kita kemudiannya untuk memilih sama ada mahu melihat atau tidak. Dan pilihan kita itu akan dipertanggungjawabkan.

Teruskan membaca... Share

May 22, 2010

Gubahan : Kami Tidak Akan Mengalah!

Cerita tentang boikot mengingatkan saya tentang Palestin, khususnya Gaza.
Gaza terus dibantai tanpa belas kasihan, sedangkan kita di sini masih berdalih-dalih untuk memboikot barangan yahudi zionis.
Cukuplah. Mulakan mendoakan mereka.
Mulakan langkah anda.

Mari sama-sama mengingati Gaza.
Terimalah : Kami Tidak Akan Mengalah!




Teruskan membaca... Share

Gubahan : Dia Akan Sentiasa Ada Untukmu

Rehat sebentar daripada belajar.
Sambil-sambil rengangkan jari, terdengar kawan-kawan merungut tentang final exam. Susah nak belajar, susah nak fokus, baca tak masuk-masuk. Kebetulan dengar lagu Maher Zain : Always Be There. Jadi terimalah dari saya : Dia Akan Sentiasa Ada Untukmu

 


Teruskan membaca... Share

May 21, 2010

Gubahan : Insya-Allah

Setiap kali kaumerasakan kau tidak mampu
Kaumerasakan sangat buntu
Kaumerasakan dirimu sendirian
Apa yang kaulihat hanyalah gelita malam
Dan kegelapan mula menyelubungi
Kaumerasa tiada yang mampu membantu
Kau tidak tahu ke mana harus dituju
Janganlah kecewa dan putus harap
Kerana Allah akan sentiasa bersamamu

Teruskan membaca... Share

May 20, 2010

Muhasabah : Syukurilah NikmatNya

"Umair, aku tak kisahlah kau selalu bagi tazkirah semua ni. Kau kata tengok perempuan bukan mahram tu zina hati. Tu kau sekarang. Nanti kau keluar sekolah, masuk universiti, kau tak macam ni lagi. Aku yakin. Nanti kalau aku nampak kau 'couple' balik, aku gelak je."

Berderau darah saya mendengarnya. Peristiwa lebih 3 tahun lepas disingkap.

"Apa maksud kau?"

"Ye la. Sekarang ni dalam sekolah, kau tak nampak dunia lagi. Kita ni macam katak bawah tempurung. Kau bayangkan katak. Tiba-tiba kau bawa dia masuk hotel. Agak-agak apa jadi dekat katak tu? Mesti dia terkejut beruk punya. Lepas tu mulalah tak sedar diri, lompat sana-sini."

"Maksud kau, semua orang yang baik-baik masa di sekolah ni akan jadi teruk juga bila keluar sekolah nanti?"

Teruskan membaca... Share

May 19, 2010

Muhasabah : Keimanan Kita

Menelusuri buku Arba'in Ruhiyah yang ditulis oleh Fakhruddin Nursyam, Lc. membawa saya kepada sebuah muhasabah keimanan. Di bawah bab pertama, dengan tajuk kecil Adab-Adab Beramal yang Berorientasikan Akhirat.

Ibnu Rajab Al-Hanbali berkata, sebahagian ulama' salaf berkata : 
"Barangsiapa beribadah kepada Allah semata-mata kerana mengharap syurga-Nya, maka dia adalah seorang Murji'. Barangsiapa yang beribadah smeata-mata kerana takut akan neraka-Nya, maka dia dalah seorang Hauri. Barangsiapa yang beibadah kerana mencintai Allah, maka dia adalah seorang yang Zindiq. Barangsiapa yang beribadah kerana takut, harap dan cinta, maka dia adalah seorang Mukmin. Hal itu kerana seorang Mukmin wajib beribadah kepada Allah dengan didasari ketiga-tiga aspek ini : mahabbah, khauf, dan raja'. Semua harus direalisasikannya. Barangsiapa yang mengabaikan salah satu daripada ketiga-tiga aspek ini, bererti dia telah mengabaikan sebahagian kewajiban iman."

Kebanyakan orang gemar membahas penyataan di atas sebagai sebuah sudut ilmu, bahawa seorang hamba itu beribadah dengan tiga aspek, yakni dengan dorongan cinta, takut dan harap. Mereka membahas yang ulama' salaf menyatakan bahawa bahagian cinta itu perlu melebihi yang lain dan bahagian takut dan harap itu perlu seimbang. Peratusannya adalah Cinta sebanyak 40% manakala takut dan harap masing-masing adalah 30%.

Tetapi di sini saya ingin mengungkapkannya dari sudut yang lain. Sebenarnya sudah berapakah amal yang kita lakukan berdasarkan ketiga-tiga aspek tersebut?

Teruskan membaca... Share

May 18, 2010

Luahan : Hati Yang Rapuh

"Kenapa kau suka orang komen blog kau?"

Sebuah pertanyaan yang membuatkan saya terpana seketika. Sebentar terduduk bertafakkur. Kembali memuhasabah diri. Apakah sebenarnya niat di sebalik segala perbuatan saya selama ini. Sudahkah benar-benar disucikan kerana Allah SWT semata? Ataupun masih terselit sebersit keinginan nafsu?

Seperti yang selalu dinukil dalam tulisan-tulisan, mengajak kita semua agar menjaga batas-batas pergaulan, menjaga hati, menjaga pergaulan dan segala yang sewaktu dengannya. Adakah saya benar-benar menjadi orang yang pertama-tama melakukannya dan menterjemahkannya dalam amal?

Teruskan membaca... Share

Promosi : Majalah Sinergi

Assalamualaikum WBT...



Sengaja mengambil sedikit masa di minggu peperiksaan ini. InsyaAllah untuk post kali ini saya ingin mempromosikan Majalah Sinergi. Ia merupakan hasil penulisan dan sentuhan pelbagai profesi (Ustaz/ustazah, doktor, jurutera, Pensyarah, mahasiswa/mahasiswi, dan ramai lagi)

Keluaran edisi pertama membawakan tema 'Dakwah Pena' yang pasti penuh dengan coretan indah dalam rangka menyebarkan ilmu dan kefahaman islam kepada sidang pembaca. InsyaAllah akan diterbitkan pada bulan ini (Mei 2010).

Antara rubrik yang terdapat dalam majalah ini :
  1. Dari Lubuk Hati
  2. Oasis Iman
  3. Zionisme
  4. Tafsir
  5. Sirah
  6. Qudwah
  7. Pembedahan Buku
  8. Diognosis Diri
  9. Ekonomi Islam
  10. Cerpen Islami
  11. Karya Grafik
  12. Madah Pujangga
  13. Ruangan Santai
  14. dan banyak lagi....
Alhamdulillah, majalah sinergi telah diluluskan untuk dipasarkan, insyaAllah percetakan akan dimulakan dalam minggu ini sebelum majalah sinergi akan mula berada di pasaran. Harga yang amat menarik pada edisi pertama..hanya RM3.00 di seluruh Malaysia..Majalah pertama yang menawarkan harga yang sama tidak kira tempat..pastikan anda dapatkannya..InsyaAllah disini kami ingin membuka kepada sesiapa yang ingin membantu menyebarkan ilmu dengan menjadi pengedar majalah sinergi. Sesiapa yang berminat untuk menjadi membeli, boleh berhubung terus dengan ana atau lawati Synergy Media untuk maklumat lanjut.

Kepada sesiapa yang mahu menjadi pengedar bolehlah download borang pengedar di sini dan emelkan kepada :

synergymedia2010@gmail.com

Salam perjuangan buat semua yang bakal dan sedang berjuang dalam peperiksaan akhir. Semoga Allah bersama kita.

Majulah Akademik Untuk Dakwah!

~End Of Post~
Teruskan membaca... Share

May 12, 2010

Puisi : Nukilan Final Exam

 Nukilan Final Exam
 
 
Exam juga adalah ujian
Bukti komitmen kita dengan tuhan
Apakah kita kekal bertahan
Dengan nilai-nilai keimanan
Ataupun hanyut dengan 1001 alasan kesibukan

Kitalah yang menentukan
Apakah mahu menikmati Syurga ‘Adnan
Ataupun secebis nikmat Syurga keduniaan
Di tangan kitalah terletaknya pilihan

Mari saling berpimpinan tangan
Mencari bahagia yang tiada batasan
Sudah tentu bukan dunia punya lapangan
Tetapi akhirat yang tiada sempadan

Terus jaga iman!



~End Of Post~
Teruskan membaca... Share

May 9, 2010

Puisi : Kumencintaimu Kerana Allah

Kumencintaimu Kerana Allah



Di atas takdirNya kita bertemu
Tanpa pernah terdetik kita akan bersatu
Berada di atas jalan yang jitu
Mengharapkan redha Allah yang satu

Kita beragam corak fikiran
Kita berbeza asal keturunan
Kita berlainan dialek pertuturan
Kita berbeza minat dan kecenderungan

Namun

Kita berkongsi satu keyakinan
Kita menyembah satu tuhan
Kita memperjuang satu harapan
Kita menukil satu ucapan

Kita tetap akan bersamaan
Walau berbeza medan perjuangan
Kita akan tetap bersamaan
Dengan jaringan ukhuwah tanpa sempadan

Tidak akan kubiar kauberjauhan
Walau kauterjun ke lembah kehinaan
Akan kuusahakan engkau dikeluarkan
Kerana kumencintaimu kerana tuhan

Uhibbukafillah…


~End Of Post~
Teruskan membaca... Share

May 8, 2010

Sajak : The Road Not Taken

The Road Not Taken

Two road diverge in a wood,
A group of person have taken the less traveled by,
Doing something that almost nobody have done before,
A lot of people are staring at them,
But they just continue walking as there's nothing happened.

Somebody seems to be very curious,
He can't help himself from asking,
"Why are you guys taking this road?"
One of them calmly answered,
"Because this is the right path."

The man asked again,
"Why are you guys seem so sure?;
The path is greener;
Full with undergrowth and shrubs;
Is was really less traveled by;
Aren't you guys afraid of be lost or something?"

They just simply answer with a smile,"Nope."
They seem to be very confident.
And this has increased the level of curiosity,
The guy became impatient and confused,
Eager for the certainty,

"Okay, stop all this nonsense;
Can one of you explain to me why?"
Then with a smiling face they say:
"Because we have the map"



Inspired by : Robert Frost

p/s : Days to first final exam paper countdown : 10
Hit Counter


~End Of Post~
Teruskan membaca... Share
Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP