Tazkirah : Pilihan Di Tangan Kita
"Umair, tengok tu.." Seorang kawan study group saya menjuihkan bibir arah hadapan.
"Astaghfirullahal'azim.." Spontan bibir saya mengucapkan.
"Hahaha..lawak la kau ni Umair. Kau memang nak tengok kan?"
Saya hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum tawar kepadanya. Kawan yang seorang ini memang suka bergurau. Tetapi kali ini perkara yang dimainkannya agak menyentap hati saya.
Wanita berpakaian tetapi seolah-olah telanjang. Berpakaian, tetapi hanya sekadar mahu menutup apa yang perlu. Apakah kurang ongkos untuk membeli pakaian lebih sehingga terpaksa meminjam 'baju adik'? Wallahua'lam. Allah lebih tahu niat mereka.
Namun, menjadi tanggungjawab kita kemudiannya untuk memilih sama ada mahu melihat atau tidak. Dan pilihan kita itu akan dipertanggungjawabkan.
Antara Mampu dan Mahu
"Alah, orang dah pakai, mestilah untuk tunjuk. Kita nak buat macam mana, tengok je la."
Wah, mudahnya!
"Kalau macam tu, nanti kalau orang hidang babi panggang atas meja, kau terus makanlah ye. Dah orang hidang, nak buat macam mana?"
"Hehehe..."
Ha, jawab-jawab!
Setiap daripada kita belum tahu sekadar apa kemampuan kita. Namun saya yakin yang setiap daripada kita tahu apa kemahuan kita. Orang-orang tua berpesan "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih." Dan ia teramat benar. Jika kita mahu, pasti kita akan melakukan apa sahaja demi mendapatkan kemahuan kita. Tetapi jika kita jumpa orang yang tidak mahu ini, sila perhatikan alasan-alasan yang bakal dikemukakannya. Sampai yang tidak logik seperti perbualan di atas pun akan dikeluarkannya.
"Aku bukan apa. Aku ni teruk, tak layak rasanya nak ikut halaqoh dengan korang ni. Korang ni geng-geng malaikat. Korang dengan Malaikat Jibril tu agak-agak dah nak sama taraf dah. Aku ni pula geng-geng syaitan. Hahaha..."
"Sebab kita ni teruklah kita kena berkawan dengan Malaikat Jibril. Kurang-kurang dapatlah dengar-dengar macam mana nak berusaha masuk syurga. Dah tahu diri teruk, nak jadi kawan syaitan pula. Dah sedia nak masuk neraka ke?"
Ops, pedas ke? Kenyataan bro. Pilih-pilih..
Isu Kebebasan
"Alah, sekarang dunia dah maju. Kita kena bebaskan fikiran kita daripada belenggu-belenggu yang menghambat pemikiran kita ke arah kemajuan. Kita boleh buat apa yang kita suka, hak kebebasan manusia!"
Ya manusia perlu kebebasan. Tetapi jika kebebasan yang dimaksudkan ialah dengan menggadaikan maruah, saya kata itu bukan kebebasan, tetapi propaganda yang menjerumuskan kita kembali ke tamadun rimba. Cara hidup binatang. Kerana yang diperjuangkan adalah kebebasan hawa nafsu. Keseronokan dan kepuasan nafsu belaka. Padahal hawa nafsu sentiasa menjerumuskan manusia ke dalam kesesatan dan kehancuran.
Akal yang ada hanya digunakan untuk mencari kepuasan bagi perut dan 'benda' di bawahnya! Lalu apa bezanya kita dengan binatang? Apa mulianya kita berbanding makhluk tuhan yang tidak berakal itu?
Allah menciptakan kita dengan nafsu dan akal. Kita diberikan peluang untuk menjadi lebih baik daripada malaikat, tetapi juga mempunyai risiko menjadi lebih hina daripada binatang. Allah menciptakan malaikat tanpa nafsu, maka wajarlah mereka beribadah tanpa henti dan tidak berkeinginan untuk bermaksiat. Haiwan pula diciptakan dengan nafsu tanpa akal, maka hidupnya hanya berpandukan keinginan hawa nafsunya. Jika kita manusia yang mempunyai akal ini dapat menggunakan akal bagi mengawal nafsu, maka kita lebih baik daripada malaikat. Tetapi jika kita hanya menjadikan hawa nafsu nakhoda, maka kita jauh lebih hina daripada binatang yang tidak berakal.
Pilih, nak jadi hina atau mulia? Pilihan di tangan kita.
Saya berfikir ayat yang sesuai untuk disampaikan kepada teman tadi.
"Bukan aku tak bernafsu nak tengok. Tapi aku memilih untuk tidak melepaskan peluang untuk tengok wanita syurga yang jauh lebih indah semata-mata untuk melihat kecantikan wanita dunia macam dia tu."
"Wah..tinggi falsafah kau!"
Saya hanya tersenyum.
Ya-Allah, peliharalah hatiku!
Share
6 comments:
nice
jzkk..
ada stadi grup ke?ngan sapa?haha
slm
nice writing.
ske..sempoi tp ckup terkesan
thumbs up!
analogi yang bagus..
hmmm.... btkn diri berfikir sejenak! menarik... terkesan. jzkllh, akhi~
Post a Comment