May 9, 2010

Puisi : Kumencintaimu Kerana Allah

Kumencintaimu Kerana Allah



Di atas takdirNya kita bertemu
Tanpa pernah terdetik kita akan bersatu
Berada di atas jalan yang jitu
Mengharapkan redha Allah yang satu

Kita beragam corak fikiran
Kita berbeza asal keturunan
Kita berlainan dialek pertuturan
Kita berbeza minat dan kecenderungan

Namun

Kita berkongsi satu keyakinan
Kita menyembah satu tuhan
Kita memperjuang satu harapan
Kita menukil satu ucapan

Kita tetap akan bersamaan
Walau berbeza medan perjuangan
Kita akan tetap bersamaan
Dengan jaringan ukhuwah tanpa sempadan

Tidak akan kubiar kauberjauhan
Walau kauterjun ke lembah kehinaan
Akan kuusahakan engkau dikeluarkan
Kerana kumencintaimu kerana tuhan

Uhibbukafillah…


~End Of Post~
Share

7 comments:

FRESHIE May 9, 2010 at 8:08 AM  

Rangkap2 terakhir yang syahdu.. (T.T) xsemua mampu lakukan mcm tu. Kecintasn sejati pada saudara seakidah kita..

Puisi buat para ikhwah. Nice!

Zikir Din May 9, 2010 at 9:32 AM  

"Kita beragam corak fikiran
Kita berbeza asal keturunan
Kita berlainan dialek pertuturan
Kita berbeza minat dan kecenderungan

Namun

Kita berkongsi satu keyakinan"

ya akhi, biar kita berbeza itu dan ini, tapi kita satu jalan, jalan akidah dan jalan dakwah.

alhamdulilllah.

Unknown May 9, 2010 at 11:05 AM  

Salam.

very nice!!
Moga sentiasa terus menyintai para ikhwah semata kerana ALLAH.

ukhuwah imaniyah.

AhMiEzZ May 9, 2010 at 11:50 AM  

rangkap terakhir tu, ana teringat kat 'ikhwah' tu.. mga sama doakan agar dia kembali..walaupon bukan dlm dakwah, tp sebagai org yang teguh dengan iman.. T_T

MF May 9, 2010 at 9:40 PM  

Salam akh.

Hmm....

Uhibbukafillah ^.^

Unknown May 9, 2010 at 10:04 PM  

full of meaning ...

mengapa kita berada di jalan ini, memahami perbedaan bukanlah penghalang karena kita yakin akan satu tujuan, mari saling mengingatkan dan menguatkan karena kita tidak tahu bagaimana ke depan.

'Duhai Pemilik hati, wahai Pembolak balik jiwa, teguhkanlah hati dan jiwa kami untuk senantiasa berpegang teguh pada agama-Mu dan ketaatan di jalan-Mu'...

Al-Harith Agrobusiness (AHA) May 17, 2010 at 9:06 AM  

Pabila ku berada di kejauhan,
Ada kalanya ku rasa kesepian,
Asyik terkenang kampung halaman,
Dan juga teman-teman,

Di kala itu kan ku rasa,
Agak kelemahan untuk berjuang,
Melihat mereka berbahagia,
Di samping yang tercinta kegembiraan,
Ku kesepian,

Mujur ada teman seperjuangan,
Yang menyatakan kita harus teruskan,
Perjuangan ini demi mencari,
KEREDHAAN ILAHI,

Masa muda dilalui hanya sekali,
Pergunakannya agar kau tidak kesali,
Di esok hari,

Ketenangan ada di sini,
Tak jumpa kerana kau tak mencari,
Kebahagiaan tersirat di hati,
Tak rasa kerana kau tak menghayati.

Brothers (Sepi Perantau)
(Buat ikhwah Seperjuangan : Destinasi cinta yang kita cari, sebenarnya terlalu hampir, hanya kabur kerana dosa di dalam hati)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP