Oct 21, 2009

Cerpen : The Unforgettable Moment




It was the most unforgettable moment in my life. I’ve been through an experience which I don’t think I can handle it anymore in the future. May Allah will always guide me to have a this strong faith and belief  towards what’s right in His side. I admit, you are really precious in my life, but I’ve realized there is something that is way more important and valuable from our love. And in order to reach the most precious and important, I need to choose either one…

******

Teruskan membaca... Share

Oct 20, 2009

Royal Plural - Suatu Kaedah Bahasa Arab Yang Perlu Difahami




"Assalamu'alaikum saudara. Saya nak tegur sikit. Saudara telah menggunakan tatabahasa Arab yang salah dalam menulis cerpen saudara."

"Wa'alaikumussalam. Hah, yang mana salahnya?" Sengaja bertanya walaupun telah mengagak apa yang ingin disampaikannya.

"Penggunaan kata ganti diri antum kepada seorang individu. Sepatutnya untuk bercakap dengan seorang, kita akan menggunakan perkataan anta, jika kita sedang bercakap dengan lelaki. Jika dengan perempuan pula, anti. Manakala apabila bercakap dengan lelaki yang ramai pula, barulah kita akan menggunakan antum, untuk perempuan pula antunna," ceritanya panjang lebar.



'Tepat sekali!' jerit hati kecil saya.

"Owh. Itu rupanya, sebenarnya..." saya merespon.

"Jadi harapnya saudara segera membetulkan kesalahan-kesalahan itu, nanti ramai pula kawan-kawan kita yang salah faham dengan penggunaan kata ganti diri Bahasa Arab ini," terangnya terus, sebelum saya sempat meneruskan bicara. Katanya dengan begitu yakin sekali.

"Baik, pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas keperihatinan saudara. Juga ini membuktikan yang saudara membaca cerpen dan artikel-artikel saya. Diharap jika sudah membaca, tinggalkanlah komen. Cikgu saya kata, siapa yang baca blog orang lepas tu tak tinggalkan komen, macam orang buang air besar, tapi tak flush! Haha..tapi itu tiada kaitannya dengan apa yang kita bincangkan sekarang. Kalau saudara nak tahu, saudara adalah orang yang ke-9 yang bertanyakan saya tentang hal ini." Dan kini saya terpaksa menulisnya di dalam salah satu entry blog saya untuk menerangkan kepada semua agar saya tidak perlu lagi menerangkan kepada yang lain tentang hal yang sama. (^_^)

"Hah, kenapa? Salah ke apa yang saya cakap ni? Inilah yang saya belajar di sekolah dulu."



"Ya, apa yang saudara katakan itu ada benarnya. Tetapi jika kita mungkin tidak pernah mendengar tentang Royal Plural."

"Royal Plural? Apa tu? Tak pernah dengar pun?"

"Memang tatabahasa ini jarang dibahaskan oleh orang ramai. Ini merupakan suatu tahap dalam keindahan bahasa-bahasa yang ada dalam dunia ini. Begini. Penggunaan kata jamak ada dua jenis. Plural biasa yang memberi maksud jamak dan Royal Plural yang digunakan untuk menunjukkan pangkat kebesaran seseorang yang dipakai sebagai kata ganti diri bagi mereka-mereka yang berpangkat serta dimuliakan dan mempunyai kebesaran. Konsep ini yang selalu kita baca dalam Al-Quran apabila ada tempat yang Allah membahasakan diriNya sebagai Nahnu yang membawa maksud Kami. Tetapi 'Kami' yang dimaksudkan di situ bukanlah Allah itu ada banyak, tetapi menunjukkan KebesaranNya dan KehebatanNya. Sebab itu ketika Al-Quran ini diturunkan kepada masyarakat Arab, mereka tidak pernah merasa keliru dengan perkara ini kerana memang mereka sudah sedia maklum dalam tatabahasa mereka adanya dua jenis jamak."


"Owh, macam tu ke...tapi tu untuk Allah, macam mana pula dengan kes ini?" Tanyanya kembali.

"Sama juga, kerana bahasa kita agak 'miskin' perbendaharaan kata. Banyak perkataan-perkataan yang menggunakan tatabahasa peringkat tinggi dalam bahasa-bahasa lain yang tidak kita gunakan. Contohnya dalam Bahasa Inggeris, Queen Elizabeth iaitu Ratu United Kingdom juga menggunakan kata ganti diri bagi namanya dengan perkataan 'we' dalam ucapan rasminya yang menunjukkan kebesaran kuasanya dan bukan membawa maksud dia menjadi wakil kepada beberapa raja dan ratu. Untuk pengunaan kata ganti diri kedua yang sama kes dengan penggunaan antum untuk satu individu ini, Bahasa Perancis telah menunjukkan contoh yang baik."

"Oh ya, saya pun pernah ambil Bahasa Perancis. Saya tahu apa yang awak cuba maksudkan. Perkataan 'you' dalam bahasa perancis adalah 'tu'. Tetapi ketika bercakap dengan seseorang yang kita hormat atau orang-orang yang terhormat, kita akan menggunakan 'plural you' iaitu 'vous'. Betulkan apa yang saya cakap ni?"

"Hah..pandai pun. Itulah yang saya cuba maksudkan. Jadi, kesimpulan yang boleh kita bawa di sini adalah, mari belajar Bahasa Arab! Haiyya bil Arabiyah!"

"Betul tu, banyak lagi yang kita perlu pelajari kan? Terima kasih. Pelajaran yang sangat bermakna hari ini. Jazakumullah Khairan Katsiro!"

"Wa-iyya-kum!" Kami bersalaman dan meneruskan urusan masing-masing.



Teruskan membaca... Share

Oct 15, 2009

Who am I?

I am your constant companion. I am your greatest helper or heaviest burden. I will push you onward or drag you down to failure.I am completely at your command. Half the things you do you might just as well turn over to me and I will be able to do them quickly and correctly.





I am easily managed - you must be firm with me. Show me exactly how you want something done and after a few lessons I will do it automatically. I am the servant of all great individuals and, alas, of all failures, as well. Those who are great, I have made great. Those who are failures, I have made failures.


I am not a machine, though I work with all the precision of a machine plus the intelligence of a human. You may run me for a profit or run me for ruin - it makes no difference to me.


Take me, train me, be firm with me, and I will place the world at your feet. 
Be easy with me and I will destroy you.

Who am I?




































I am Habit.

Insya-Allah saya akan membahaskan sekitar masalah 'habit' ataupun dalam bahasa ibunda kita, yakni Tabiat. Ia merupakan sesuatu yang amat hebat jika dapat digunakan dengan baik, namun ia merupakan sesuatu yang teramat bahaya apabila diabaikan. Sama-sama kita nantikannya.


 

Teruskan membaca... Share

Oct 3, 2009

Cerpen : Maafkan Aku

Suatu pagi di tahun 2006.
Salam
Umair, kenapa kau senyap je sekarang? Lama betul tak sms aku? Kau ade problem ke?

Sebuah sms tiba-tiba menerjah masuk ke inbox. Sesaat aku terdiam memikirkannya. Terjemahan Al-Quran yang sedang dibaca, diletakkan ke tepi. Lalu jemariku mula menekan-nekan papan kekunci handphone 3310 ku.

Salam,
Takde la. Biasa je. Sibuk dengan SPM yang dah nak dekat kut.

Ye la nk SPM pn, takkanla sampai senyap macam ni. Pelik aku tengok ko sekarang, dah tak mesra macam dulu.


Alamak, macam mana la aku nak terang kat minah sorang ni. Ya Allah, bantulah aku menyampaikannya.

Alah, biasa je. Prasaan ko je kut. Em, ko tau aku clash kn?

Ade gak dengar. Tapi kau tak cakap apa-apa pun. Aku diam je la. Selalu kan kau cerita semua masalah kat aku. Kata kawan.

'Memang kau kawan aku. Tapi kau perempuan. Aku lelaki. Aku tak senang nak luahkan perasaan kat kau.' Kata-kata tu hanya terlintas di dalam hati.

Erm, kau tau kenapa aku clash kan..?

Teruskan membaca... Share
Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP