Dec 28, 2012

Perkongsian: Bersih

Hari ini saya ingin cerita tentang bersih.
Bila sebut tentang bersih, mungkin kita akan tergambarkan orang ramai berkumpul dengan pakaian berwarna kuning.
Namun saya ingin berbicara bukan tentang itu, tetapi sesuatu yang jauh lebih penting.

Khutbah Jumaat tadi berbicara sekitar tema kebersihan.

“Sebagai seorang Muslim, kita perlulah menjaga kebersihan diri kita.”

“Kebersihan pakaian dan tempat ibadah dapat menjamin ibadah yang lebih tenang dan khusyuk.”

“Banyak ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang berbicara tentang kebersihan. Ini menunjukkan Islam merupakan sebuah agama yang mementingkan kebersihan.”

Saya mengakui kebersihan pakaian, tempat tinggal, tempat ibadah, pemakanan dan diri adalah amat penting. Namun saya lebih suka untuk membahaskan bersih ini melalui sudut yang sedikit berbeza.


Teruskan membaca... Share

Nov 27, 2012

Istimewa: Planner 2013


Assalamualaikum WBT

Miliki PLANNER 2013 versi SHOUTUL IKHWAH ini!
Istimewa untuk semua follower SHOUTUL IKHWAH,
Sesiapa yang membuat tempahan melalui blog, akan mendapat diskaun 10%!!!

Mudah-mudahan azam baru kita bermula Maal Hijrah ini adalah memperbaiki sisi dan urusan kehidupan menjadi lebih baik.

"Life is all about planning, if you fail to plan, you plan to fail"

Ayuh, hubungi kami untuk membeli dan menjadi pengedar dengan komisen menarik.


Akan berada di pasaran Disember nanti.
Tempahan bermula sekarang.
Sila sebarkan di rangkaian facebook anda.
(^_^)

Harga Pengedar

Unit
100
50
20
10
5
Harga/unit (RM)
10
12
13
13.5
14
Jumlah Bayaran (RM)
1000
600
260
135
70
Deposit (RM)
500
300
130
67.5
35



~End Of Post~
Teruskan membaca... Share

Oct 3, 2012

Cerpen: Tiada Henti

“Akhi, boleh tak kalau kita berhenti daripada ikut halaqoh sekejap?”

Darah saya menyirap.

‘Dia nak keluar halaqoh ke?’


Macam tidak percaya

Saya menyangka perjalanan hari ini cukup dengan masalah menguruskan penyelesaian borang ‘Submission of Progress Report’ dan ‘Submision for Symposium’ untuk evaluasi master saya sahaja. Setiap semester pelajar pascasiswazah di UTP akan dievaluasi melalui sesi simposium. Simposium adalah suatu sesi di mana seluruh perkembangan sepanjang semester akan dibentangkan dan dievaluasi oleh dua orang, seorang pensyarah sebagai pemeriksa dan seorang lagi adalah penyelia pelajar pascasiswazah tersebut.


Rupanya Allah SWT berkehendak supaya saya memikirkan sesuatu perkara yang lebih besar pada tengah hari ini.
Teruskan membaca... Share

Aug 3, 2012

Cerpen: Rokok dan Kopiah

Hari ini tulis cerpen.
Dapat inspirasi daripada sebuah video.
Ringkas, tetapi mendalam maksudnya.
Terimalah:

Rokok dan Kopiah



Pintu dikuak. Masuk seorang yang berbadan kurus. Rambut panjang sampai ke bahu. Memakai kemeja putih dan seluar jeans kelabu.

“Hai, tak bagi salam?” Seorang yang berbadan gempal tiba-tiba menegur. Sedang duduk di atas sofa dan meriba sebuah laptop. Matanya tidak beralih dari skrin laptop.
Teruskan membaca... Share

Aug 1, 2012

Luahan: Ramadhan

“Akh, tulislah sesuatu untuk Ramadhan.”


“Akh, antum nak biarkan ramadhan ini berlalu tanpa apa-apa karya dari antum?”


“Akh, bila nak tulis cerpen lagi?”

Dan pelbagai lagi luahan yang saya terima. Diri menjadi serba salah. Dulu memang persoalannya saya tidak bersedia untuk menulis, tetapi sampai bila baru akan datang kekuatan untuk kembali menulis?



Teruskan membaca... Share

Apr 4, 2012

Dakwah: Menata Kesibukan Dalam Kehidupan


Lama tak kemas kini blog.
Ini post istimewa.
Artikel daripada zaujah tercinta.
Atifah Ahmad Yusoff @ Mrs. Umair
Terimalah:

MENATA KESIBUKAN DALAM KEHIDUPAN

Teruskan membaca... Share

Mar 12, 2012

Perkongsian: Lingkaran Keimanan

Assalamu'alaikum WBT
Sekali lagi meniup habuk.
Maafkan saya sekali lagi atas penyepian sekian lama.
Para pembaca, artikel kali ini memang agak panjang.
Tetapi saya yakin ia merupakan jawapan yang dicari oleh ramai daripada kita.
Punca dan penyelesaian buat masalah ummah yang sedang kita hadapi.
Selamat Membaca. Semoga Allah redha.

problem-solution by ~desig9 of deviantart

Teruskan membaca... Share

Feb 7, 2012

Istimewa: Kehadiran Itu

Sunyi betul blog ini.
Sapu habuk sikit.
(^_^)
Kali ini nak cerita tentang orang baru.
Seorang yang telah hadir ke dunia.
Anak saya yang telah ditunggu-tunggu telah tiba!

Alhamdulillah

Saya tulis full story, siap gambar lagi.
(n_n)

Kehadiran Itu


Teruskan membaca... Share

Jan 30, 2012

Pengumuman: Ikhwah Masuk Radio Lagi


Jemputan Berkongsi @ Radio IKIM.FM (Episod Ke-2) Live Esok Malam!!!
Monday, January 30, 2012 | Author: Fakhrullah Bin Mawardi
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Pengumuman Asli : SaBaHaNmUsLiM



Assalamu'alaikum wbt, Alhamdullillah, saya dijemput sekali lagi membuat perkongsian dalam slot remaja di Radio IKIM.FM (Pilihan Utama Anda) pada esok malam, 31 Januari 2012 dari jam10.00PM - 11.00PM secara LIVE (LANGSUNG)..Episod pertama dulu boleh didapati di link ini -> Al-Quran Sumber Motivasi @ Radio IKIM.

Mohon doakan agar saya mampu berikan yang terbaik kepada semua pendengar Radio IKIM pada esok malam ya! Jangan lupa untuk menjadi salah seorang dari pendengar pada esok malam dan bantu sebarkan lagi kepada keluarga dan kawan untuk dengar bersama ya..^.^..tajuk yang diberikan kali ini adalah mengenai "Remaja & Rasulullah", InsyaAllah.

Semoga perkongsian esok saya mampu menyampaikan dan menyedarkan remaja sekalian perihal contoh solid yang perlu kita teladani dalam menjadi remaja acuan al-Quran dan as-Sunnah, Amin Ya Hadid.

Terima kasih kepada pihak IKIM atas kesudian menjemput saya lagi membuat sedikit perkongsian kepada semua generasi muda harapan agama, bangsa dan negara.

source: http://sabahanmuslim.blogspot.com


~End Of Post~
Teruskan membaca... Share
Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP