Sep 29, 2009

Kenapa Tak Update Blog?

"Umair, lama betul kau tak update blog kau. Kau dah malas menulis ke?"


"Idea tu ada je. Tapi sibukla."


"Sibuk bukan alasan, kalau nak menulis, boleh je. Pandai-pandaila uruskan masa."


"Erm.."

Mungkin ini delema yang dihadapi oleh beberapa blogger yang ada di tanah air.


Pada hakikatnya mereka bukan tidak mahu menulis, tetapi mungkin ada di antara mereka yang terlalu mementingkan kualiti. Namun akibatnya blog dibiarkan bersawang di alam maya.


Tiada artikel baru.


Tiada cerita terkini.


Tiada apa yang menarik untuk disinggahi lagi.


Cuma yang tinggal adalah koleksi artikel-artikel lama.


Mungkin saya adalah salah seorang daripada mereka yang bersikap seperti itu. Idea yang datang mencurah-curah tetapi tidak pernah diabadikan ke dalam blog.

Juga mungkin kerana saya amat mencuba mengurangkan penulisan 'Open Diary Blog'. Menceritakan hari-hari kehidupan diri sendiri. Saya lebih cenderung untuk menulis perkara-perkara yang 'difikirkan' berfaedah namun hakikatnya saya terkurung dalam cara berfikir yang sempit.


Menulis hanya artikel ilmiah.


Menulis hanya artikel tazkirah.


Menulis hanya cerpen dakwah.


Ramai yang terlupa bahawa teknik penceritaan boleh mendatangkan kesan yang baik kepada pembaca. Dan semua orang pasti suka membaca cerita. Sebab itu artikel-artikel berbentuk cerpen amat diminati ramai orang. Lihat sahaja top artikel di iluvislam.com, semuanya cerpen-cerpen. Dan tambahan, artikel tentang percintaan.^_^

Remaja Malaysia amat sensitif tentang cinta. Saya akan bahas dalam post yang berlainan tentang soal cinta ini.


Untuk kawan-kawan yang menulis blog, mari sama-sama cuba menyampaikan yang terbaik kepada para pembaca.


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Semoga kita sama-sama kembali kepada fitarah insani.

Fitrah seorang hamba.


Ampun maaf dipinta.


Sekian Share

4 comments:

Pena Mujahid September 29, 2009 at 6:14 PM  

Ana bersetuju dengan pandangan antum, kita tidak perlu rigid dengan cuma ingin menyampaikan tulisan tulisan yang terlalu ilmiah di dalam penulisan..

Sikap manusia itu pelbagai,

1. Yang bersungguh sungguh hendak tahu (mencari ilmu) maka mereka ini akan berusaha bersungguh mencari dalil dalil yang berkaitan hukum dan mereka mungkin akan cenderung kepada blog minda tajdid, salafi on-line, al-ahkam.net dsb dan golongan ini tidak mewakili majoriti

2. Yang kurang bersungguh mencari ilmu, tetapi masih bersemangat untuk mendapatkan ilmu, maka golongan ini lebih cenderung membaca kisah kisah dan cerpen crpen pengajaran di mana setiap cerpen itu diselitkan pengajaran pengajaran dan disertakan dalil yang berkaitan, golongan ini munkin cenderung untuk baca saifulislam.com, iluvislam, cerpen dan karya kang abik dsb, golongan ini golongan pertengahan.

3. Yang hanya membaca untuk sekadar mendapatkan berita berita terkini dan keadaan politik semasa, maka mereka ini mungkin cenderung membaca harakahdaily.net, suara keadilan-online dsb. golongan ini juga golongan pertengahan


4. Yang hanya membaca untuk keseronokan dan tidak berfikir apayang dibaca, mereka ini lebih suka baca gosip gosip artis, perkembanan muzik dan perfileman tanah air dan luar negeri, mereka ini juga mendownload cerita cerita dan lagu lagu tak bermanfaat. .Golongan in golongan majoriti.

Oleh itu, kita harus bijak menyeimbangkan bentuk penulisan supaya penulisan itu dapat diambil manfaatnya oleh ramai orang

Sekadar pandangan ana

Abu redha

along rufaidah September 29, 2009 at 7:12 PM  

ana sgt fhm perasaan tu
byk sgt idea yg dtg utk dicoret dalam blog..namun idea tinggal idea...bila bukak blogspot nk menaip, terhenti sekerat jalan (sbb tu la...terlalu fikirkan kualiti..mcm susah sgt jadinya nk menulis..dgn nk jaga bahasa lagi)

bila tiap kali cuti baru sempat nk mencoret buang habuk kt blog tu

jadi satu approach baru harus diambil..dulu ana mmg try tak nk buat blog saya-bgn-pagi-mandi-minum-kopi-makan-roti-canai tapi mungkin di sebalik kisah2 yg dianggap kisah hidup sehari2 yg biasa tu kita boleh selitkan apa yg patut

lebih appealing utk pembaca mungkin daripada tulis artikel yg heavy atau post blog yg pjg meleret (ana selalu mcm ni..dr dulu lg.). so just be creative dan pandai2 la menarik hati pembaca.

sekadar pandangan seposen dua

AhMiEzZ September 30, 2009 at 3:38 PM  

camon bro..just spend a few minutes to update..hehe.. ana pon same je..ade je idea nak menulis..when it's come to certain point, its stuck..

umairzulkefli October 1, 2009 at 12:38 AM  

Sebenarnya kadang-kadang tu memang dah nak tulis...
Nak sangat sambung novel Sentiasa Ingat Siapa Dirimu(SISD)tu..
Tapi bila mengenang, keadaan diri sekarang tak serupa dengan apa yang nak diceritakan, takut tergolong jadi orang-orang yang hanya tahu bercakap...

Jadi terbantut-bantutlah.

Doakan ana dapat menyambungnya dengan baik..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP