Aug 30, 2008

Nukilan Di Akhir Sya'ban

Setinggi manapun kita berada
Sehebat apapun kejayaan kita
Sebahagia manapun hidup yang dicari
Sekuat apapun usaha yang diletakkan
Semuanya tidak akan berguna tanpa niat yang tulus untuk mengharap redho Allah
Kerana itulah sahaja yang menjadi kayu ukur kita di dunia ini
Sama ada 'BERJAYA' ataupun 'GAGAL'

Kerana saudaraku...

HIDUP ini hanyalah ujian
Dan MATI adalah penamatnya
Tujuan diciptakan dua perkara ini hanyalah untuk menguji kita
Siapakah yang terbaik amalannya
Firman Allah:


Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

[Al-Mulk - 67:2]

Oleh itu, kembalilah kepada fitrah penciptaan kita
Diciptakan untuk menjadi hamba
Hanya untuk mematuhi aturan dan ketetapan pencipta kita
Allah yang Maha Berkuasa, Maha Pencipta
FirmanNya:


Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka (beribadah) menyembah-Ku.

[Adz-Dzariyaat - 51:56]

Maka ujiannya adalah untuk mengikuti segala perintahNya
Juga ujiannya adalah untuk meninggalkan segala laranganNya
Yang semua itu dilakukan
Demi semata-mata untuk mendapatkan redhoNya

Kerana Dialah yang mencipta kita
Maka Dialah yang paling tahu mengapa ditetapkan kita perlu berbuat sesuai dengan ketetapanNya
Umpama seorang jurutera kereta yang menciptakan kereta
Menetapkan bahan bakarnya adalah petrol
Maka jika kita berkeras ingin menggunakan diesel sebagai bahan bakarnya
Dengan alasan ia lebih murah dan menjimatkan
Maka sudah pastilah kereta itu akan rosak teruk dan terpaksa di'overhaul'
Dan begitu jugalah dengan diri kita
Bukan semua kehendak serta keinginan kita boleh dituruti
Juga perkara yang kita rasakan baik itu sememangnya baik untuk kita
Dan bukan semua yang kita bencikan itu tidak baik untuk kita
Tetapi yang terbaik untuk kita adalah apa yang telah ditetapkan oleh Allah
Kerana Dia yang Maha Tahu
Sedangkan kita tidak mengetahui
Firman Allah:


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

[Al-Baqarah - 2:216]

Oleh itu saudaraku
Berhentilah daripada menolak fitrahmu
Sesungguhnya jiwamu inginkan kedamaian
Jiwamu inginkan ketenangan
Jiwamu inginkan kebahagiaan sejati
Kebahagiaan abadi
Dan pastinya kebahagiaan abadi adalah sesuatu yang kekal
Dan pastinya dunia bukan kebahagiaan yang dicari
Meskipun kau berjaya meraihnya
Ia hanyalah sementara
Kesenangan yang memperdaya :


Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan
['Ali-Imran - 3:185]

Maka KETENANGAN serta KEBAHAGIAAN yang sebenar itu hanyalah apabila kau mengingat Allah:


Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram

[Ar-Ra'du - 13:28]

Dan kembali kepadanya dengan jiwa yang tenang
Bersama hamba-hambanya yang lain
Lalu memasuki SYURGA-Nya yang dikejar oleh setiap makhluk:


Hai jiwa yang tenang, Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku.

[Al-Fajr - 89:27-30]

Dengan mempergunakan setiap detak jantungmu
Setiap kerdipan kelopak matamu
Setiap sedutan nafasmu
Setiap tutur katamu
Setiap cetusan fikiranmu
Setiap setiap langkah kakimu
Setiap apa sahaja yang kau ingin lakukan

Hanya untuk mendapatkan redhoNya
Hanya untuk mendapatkan hanya perhatianNya
Hanya untuk mendapatkan tempat di sisiNya

Bangkitlah wahai jiwa yang mempunyai fitrah yang suci
Tinggalkanlah segala kejahiliyahan yang bersarang dalam diri
Tinggalkanlah segala kemaksiatan yang membelenggu diri
Jangan tertunggu-tunggu lagi
Apakah kauyakin kaumasih hidup selepas detik ini?
Sedarlah wahai diri
Insaflah wahai diri
Temukanlah kebahagiaan hakiki
Cinta sejati
Cinta Ilahi


Bermusafirlah demi mencari kedamaian abadi...


TIADA YANG LEBIH INDAH DARIPADA MENDAPAT REDHA ILAHI
SEINDAH APAPUN SESUATU ITU DALAM PANDANGAN MANUSIAWI
IA TIDAK AKAN BERMAKNA TANPA KEREDHAAN-NYA


..::Marhaban Ya Ramadhan::..


-Nukilan di Akhir Sya'ban-

Share

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP