Aug 31, 2008

Sedarlah Remaja Islam

Satu generasi yang sangat ditakuti oleh golongan kafir…iaitu generasi Rabbani di kalangan umat Islam. Apa generasi Rabbani ini? Generasi Rabbani ialah generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Firman Allah dalam surah Ali Imran, surah 3 ayat 79:

Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.


Generasi inilah yang menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi’ tabiin..yang kini sudah semakin hilang.

Mengapa generasi ini hilang? Ini semua adalah angkara kafir laknatullah..mereka telah menjauhkan umat Islam sekarang dengan menanamkan penyakit yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang akan menjangkiti umat akhir zaman..iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Mereka telah menanamkan penyakit ini dgn menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. Tv, radio, internet dan media massa adalah antara alat-alat yang digunakan. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firman Allah dalam surah ke-41 ayat ke-26:

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).


Inilah yang menyebabkan umat Islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi, dihormati dan digeruni..tetapi sekarang umat Islam disembelih sesuka hati. Dulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga. Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah, terbalik dengan Umat Islam sekarang.



Umat Islam sekarang, cinta dunia. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu, mereka takut untuk menegakkan kebenaran,takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan Islam yang sebenar. Mereka takut, jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta, pangkat, pekerjaan dan juga rezeki. Para ustaz dan ustazah takut untuk menegur kerajaan kerana takut dipecat, orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Secara ringkasnya,mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia! Sedarlah umat Islam. Agama kita sekarang diperlekeh orang..mereka menghina nabi..membunuh rakyat Palestin, Iraq dan banyak lagi umat Islam di serata dunia. Mereka disiksa dan dibunuh dengan kejam. Pernahkah anda mendengar kisah-kisahnya?

Di palestin, peristiwa Shabra & Shatila misalnya. Pada 16 September 1982, Israel dengan rakusnya membunuh beribu-ribu mangsa di kem yang menempatkan kira-kira 6000 orang pelarian Palestin. Peristiwa pembantaian ini adalah antara peristiwa yang paling kejam yang pernah terakam dalam sejarah dunia. Dalam peristiwa itu, seorang wanita dan bayinya telah disembelih hidup-hidup. Sesiapa sahaja yang terlihat di jalanan turut disembelih. Seorang pemberita Britain Robert Fisk, yang membuat liputan mengenai peristiwa itu berkata:

"Saya menelusuri jalan yang amat mengerikan buat pertama kali dalam hidup saya di kem Sabra Shatila ketika militia masih melakukan pembunuhan dan merogol. Mayat bertaburan dipenuhi lalat, mayat wanita sudah bengkak, jasad bayi bergelimpangan dengan kesan peluru di kepala."



Di Ambon, kisah pembunuhan beramai-ramai umat Islam Indonesia oleh puak pelampau Kristian. Satu kekejaman yang tidak dapat dilupakan, seorang ibu yang sedang sarat mengandung ditahan dan diikat di tiang. Perutnya dibelah dengan pisau sedangkan dia dalam keadaan sedar. Anaknya dikeluar dan dicincang di depan matanya sendiri. Si ibu menjerit-jerit meminta tolong, namun tidak diendahkan. Tidak cukup dengan itu, diambil seekor kucing liar lalu dimasukkan ke dalam perut yang dibelah tadi, lalu bukaan itu dijahit semula. Ibu malang itu dibiarkan di tiang itu lalu dia meningal di situ. Bayangkan betapa tersiksanya ibu itu.


Di Penjara Abu Gharib. Tahanan-tahanan di sini rata-ratanya adalah umat Islam yang dikaitkan dengan peristiwa 11 September dan terlibat dengan Taliban. Mereka disiksa dengan begitu teruk sekali. Diceritakan oleh tahanan-tahanan yang sudah dilepaskan, kafir-kafir Amerika memperlakukan mereka seperti binatang. Mereka dibelasah sesuka hati. Al-Quran dihina di hadapan mata mereka sendiri. Mereka mengoyakkan Al-Quran lalu diguna untuk mengelap kasut, dicampak ke lubang tandas dan bermacam-macam lagi. Seorang tahanan yang baru selesai melakukan pembedahan di perut, dipijak perutnya beramai-ramai oleh tentera-tentera Amerika, sehinga luka jahitan itu terkoyak semula. Seorang tahanan lain, sengaja dibiarkan kelaparan, lalu apabila meminta makanan, dimasukkan tiub ke hidungnya, dan disalurkan cecair najis. Tiub itu ditolak-tolak sehingga terasa di perunya. Tahanan itu mengalami kesakitan yang luar biasa muntah darah.



Itu baru sedikit yang diceritakan, Masih banyak dan kejam lagi yang telah dan masih terus berlaku. Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama Islam tercinta ini.

Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat? Jika rakyat palestin dan iraq menentang dan mati, insya-Allah mereka akan syahid dan masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku,apakah umat Islam di Malaysia akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka? Fikirkanlah…

Sekarang kalau kita keluar ke masyarakat..kita dapat lihat bermacam-macam gejala sosial dan maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk, rata-ratanya berlaku di kalangan umat Islam kita ini sendiri. Maksiat dilakukan terang-terangan,tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa salah dengan apa yang dilakukan.

Sekarang maksiat berleluasa. Sana-sini terdapat lelaki perempuan yang berkepit-kepit, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah laksana suami isteri bahkan lebih daripada itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin banyak dan tidak terkawal. Pengalaman seorang rakan saya yang mendengar kawan di kelas tuisyennya berbual. Rakan saya ini telah mendengar mereka berbual mengenai kehebatan mereka yang telah berzina dengan ramai gadis-gadis sebaya mereka. Mereka ini sudahlah tidak berasa malu malah boleh berbangga dengan apa yang mereka lakukan itu! Pulak tu, kalau ada anak zina dilahirkan, mereka ada yang membuangnya dalam mangkuk tandas, tong sampah dan ada yang menggugurkannya. Apa hendak jadi dengan umat Islam sekarang? Ini adalah salah satu tanda-tanda kiamat sudah hampir. Tidakkah kita sedar?

Seorang senior menceritakan. Dia jual burger untuk dapat duit poket tambahan. Jual bilik ke bilik. Satu malam ni, dia ketuk-ketuk satu bilik ni, tak buka-buka. Dia pun pulasla tombol dan membuka pintu sndiri. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat dua orang siswa itu sedang melakukan perbuatan terkutuk kaum sadom di atas katil (homoseks). Senior ini kemudian kembali menutup pintu, dan kaku di situ. Teruk?

Ada banyak lagi cerita. Sampai tak larat saya hendak mnceritakan. Ada remaja yang ditangkap berzina dalam surau (pelajar sekolah agama). Ada perempuan 14 tahun paksa boyfriendnya yang baru 12 tahun buat hubungan seks dengannya.

Kawan saya, masa baru habis SPM buat part time, ajar tution budak-budak sekolah rendah. Dia nampa budak-budak ni handphonenya, N-Gage, sabun, daun dan yang lain-lain yang mahal tu. Dia pulak 3310 je. Bukan tu yang nak jadi ceritanya. Tapi sekali masa habis tution, budak kecik tu datang kat dia, smbil cakap, “Sir, awek Sir ade yang seksi macam ni tak?” sambil menunjukkan gambar-gambar lucah yang ada dalam HPnya. Kawan saya ni terkejut beruklah. Tergamam dia di situ. Ni budak-budak sekolah rendah! Baru-baru ini pula, seorang remaja mengaku merogol neneknya sendiri, dan ini adalah kisah yang paling saya tidak dapat terima!



Kalau yang kita lihat sekarang adalah remaja Islam, maka bayangkan 5-7 tahun lagi..mereka ini akan menginjak dewasa! Ya, kita akan dikelilingi oleh mereka yang pada zaman remajanya pernah berzina, minum arak dan macam-macam lagi perkara yang tak terbayang dek kepala otak kita. Mereka ini akan bernikah, dan berkeluarga serta bekerja. Boleh anda bayangkan kita dikelilingi oleh masyarakat-masyarakat yang seperti ini? Saidina Umar Al-Khattab berkata, kalau nak lihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan remajanya sekarang. Bagaimana remaja kita?


Kebanyakkan Umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka. Mereka menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan. Lalu Allah sendiri yang MEMBIARKAN MEREKA SESAT. Allah berfirman dalam surah Aj-Jasiah, surah ke 45 ayat ke 23,

”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”


Sedarlah saudara-saudara seIslamku..umat Islam kini semakin teruk, Sangat teruk. Mereka tidak lagi takut kepada dosa dan pahala. Inilah tugas kita sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-A’raf,surah ke-7 ayat ke-164.:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".


Allah juga memerintahkan kita untuk sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman:

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.
(surah Adz-Dzaariayat, surah ke-51 ayat ke 55).

Jadi,tugas kitalah untuk mengubah masyarakat, membina masyarakat, dan akhirnya menahirkan kembali generasi rabbani. Imam Hassan Al-Hudhaibi pernah berkata..

”Tegakkanlah daulah Islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu.”

Maksudnya, kalau kita nak kembalikan kegemilangan Islam, pertamanya, tegakkan Islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak Islam di dadanya, sudah terbinalah negara Islam. Bukan susah pun. Apa yang kita kena buat, sedarkan kawan-kawan, adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak kita. Macam mana nak buat? Ceritalah apa yang kita faham mengenai keadaan masyarakat sekarang. Semoga dengan itu mereka tersedar dan ingin mengubah diri.

Maaf, sekarang anda semua mungkin membaca kisah keruntuhan akhlak dan moral orang lain. Mungkin kisah anak orang lain. Mungkin kisah kakak atau adik orang lain. Mungkin kisah saudara orang lain. Tetapi kalau hal ini dibiarkan berterusan, tidak mustahil suatu hari nanti anda akan mendengar kisah adik anda sendiri terlibat dengan hal-hal yang disebutkan tadi. Maaf, saya bukan mendoakan, tetapi ini adalah kenyataan.

Kalau anda yang sedang membaca ini tak mahu mengambil tahu, rasa tak perlu nk susah pikir pasal orang lain, terserah. Jika kita kedekut untuk mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk menyedarkan masalah umat ni, kita yang rugi. Firman Allah :

Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).

(Surah Muhammad, surah 47, ayat 38)

Allah akan menggantikan kita yang kedekut ini dengan satu generasi yang tidak akan kedekut macam kita. Mereka ini lebih menyintai Allah dan agamaNya lebih daripada kita dan Allah juga menyintai mereka. Firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.

(Surah Al-Maidah, Surah 5, ayat 54)

Jadi sedarlah wahai umat Islam!! Sedarlah Remaja Islam!! Kalau bukan kita yang akan mengembalikan Islam, siapa lagi!!?? Mulakan dengan diri kita! Ya, diri kita! Mulakan sekarang juga!! Ya, Sekarang! Kalau bukan sekarang, bila lagi!? Para sahabat dahulu telah membuktikan mereka mampu menegakkan Islam. Mereka juga remaja. Mengapa tidak kita?

SEDARLAH...

(p/s : Semua kisah dan contoh yang saya bawakan di atas adalah benar-benar belaka)

Share

20 comments:

www.hanaazzahra.blogspot.com February 19, 2009 at 4:24 PM  

salamULLAH...syukron ana ucapkan pd anta..ana harap titik yang anta telah cipta ini takkan berhentu dan istiqomahlah pd jalan da'wah fi sabiLILLAH...TAKBIR ! ALLAHU AKBAR !!! SALAM MUJAHADAH MIN ANA ana bersyukur sangat...

Abu Huzaifah August 20, 2009 at 5:16 PM  

ah.....ape aku nk comment ar...aku sthulah ngan pndpat umair,tp kalo sume nk brubah,xleh drastiklah,prlhan2,take time

Unknown August 21, 2009 at 11:00 PM  

salam umair,
very nice blog..kagum n sgt brsemangat!!if stiap umat islam ad ksedaran mcm ni kan bgus.ad lagi x?i want more...:-D

weetameal September 5, 2009 at 11:50 AM  

salam.
Apakah tindakan saudara seterusnya?
Boleh listkan tak supaya dapat kita bertindak bersama. Kerana hari ini, mereka tahu umat Islam harus bertindak, tapi tindakan yang macam mana yang mereka perlu lakukan. Bagaimana hendak bawa mereka kepada amal sunnah dan pemikiran yang khusyuk kepada Allah.

wallahu'alam.

umairzulkefli September 5, 2009 at 12:10 PM  

Wa'alaikumussalam Weetameal@Ridwan

Sememangnya banyak langkah2 yang boleh dilakukan. Tetapi mulakanlah dengan perbaikan diri. Mula memperbaiki diri dan seterusnya mengajak orang lain memperbaiki diri.

Itulah asas kepada dakwah. Dan dakwah kepada Allah hanyalah satu-satunya penyelesaian kepada masalah-masalah ini.

Tugas kita sekarang ialah menundukkan hati kita agar menta'ati Allah dari segi zahir dan batin, dan kemudian mengajak semua orang yang kita mampu untuk sama-sama tunduk dan patuh kepada Allah, dari sudut zahir dan batin.

Langkah-langkah operasional yang boleh diambil:

1. Tinggalkan segala maksiat yang masih dilakukan. Pastikan kita amat sensitif dengan maksiat, biar sekecil apapun ia.

2. Lakukan segala ibadah-ibadah yang mampu. Mulakan dengan memperhebat yang wajib. Kemudian, lakukan yang sunat semampu yang boleh.

3. Dekatkan diri dengan Allah. Kenali siapakah Allah sebenarnya. Siapakah Allah dalam kehidupan seharian kita. Di mana kita meletakkan Allah dalam hidup kita selama ini.

4. Berusaha memperbaiki diri. Wujudkan suasana islami di sekeliling kita. Bergaul dengan mereka yang turut ingin memperbaiki diri. Menyertai usrah merupakan langkah yang amat disarankan.

Wallahua'lam.

p/s : kalau berminat sertai usrah boleh hubungi saya

weetameal September 5, 2009 at 12:18 PM  

Bagaimana dengan orang2 yang tidak mempunyai pemikiran islami? Jika mereka tidak mahu mendekati anda, Apakah tindakan anda?

Apakah sumbangan2 yang kita boleh bagi untuk masalah2 yang melanda di palestin?

umairzulkefli September 5, 2009 at 12:27 PM  

Buat mereka yang tidak mempunyai fikrah islami, maka kitalah yang perlu mewarnai fikiran mereka..

Jika mereka jauh dengan kita, maka kitalah yang perlu mendekati mereka. Bukankah kita Da'i? Da'i itu sendiri bermaksud pengajak. Mengajak kepada apa? Kepada Allah. Semoga mereka menjadi hamba Allah yang sebenarnya.

Untuk Palestin, apa yang boleh kita lakukan adalah dengan menaikkan tahap kesedaran masyarakat kita akan keadaan saudara2 kita di Palestin. Jika mampu, berikan sumbangan kepada mereka. Sebarkan tentang hal boikot.
Untuk bangkit berjihad ke sana, itu bukanlah prioriti kita. Di Malaysia ini marilah kita bangunkan dakwah dan sedarkan masyarakat kita agar mereka turut bangkit membela Islam, bermula dengan diri mereka.

Insya-Allah, jika kita terus bekerja, suatu hari nanti kita akan melihat hasilnya. Apabila telah ramai manusia2 yang ditarbiyah di Malaysia ini, kita juga akan mampu untuk menghantar tentera berani mati untuk syahid berjuang di Palestin, insya-Allah.

weetameal September 5, 2009 at 12:47 PM  

Dalam kita mengajak seseorang hampir kepada islam. Apakah yang kita perlu lakukan di awal, di pertengahan dan di akhir ajakan itu?

Perkara apa yang paling utama yang perlu kita dakwahkan?

umairzulkefli September 5, 2009 at 12:53 PM  

Di awal ajakan itu, mulakan dengan memperbaiki akidahnya. Lalu bentuk jati diri islamnya. Ajarkan dia cara bersikap sebagai seorang Muslim. Tingkatkan kecintaannya kepada Allah dengan indikasi peningkatan ibadahnya. Bertambahnya ibadah=Bertambahnya keimanan. Maka galakkan dirinya untuk beribadah sebagai tanda syukur dan cinta kepada Allah.

Yang paling penting, ajaklah seseorang itu kepada Islam, bukan apa yang memperjuangkan Islam itu. Bukan mengajak seseorang itu bergabung dengan kita, tetapi mengajaknya agar mendekatkan diri kepada Allah. Lalu perlahan-lahan kita ajak agar dia sama-sama berdakwah bersama dengan kita.

wallhua'lam

p/s: untuk maklumat lanjut tentang bagaimana berdakwah, boleh baca Fiqh Dakwah oleh Jum'ah Amin.

weetameal September 5, 2009 at 1:02 PM  

Di dalam memperbaiki akidahnya, perkara apa yang paling utama yang kita harus utamakan dari segi akidah itu?

Dan di antara iman dan ibadah, mana satu yang perlu kita beri lebih penekanan dalam dakwah kita?

Kemudian, setelah selesai di awal dakwah, apakah yang perlu lakukan di tengah dan akhir dakwah itu?

umairzulkefli September 5, 2009 at 1:04 PM  

wah...bnyknye soalan...
ape kata on gtalk n kita berbicara pnjang..pnt nk tulis2 kt sini...

maaf ye kalau lmbt reply..

umairzulkefli September 5, 2009 at 1:05 PM  

lagipun ridwan ni student UTP kn?
skg ade kt UTP?
Mari kita jumpa terus, boleh berdiskusi...

Jap lg zohor..mai ke surau v3
(^_^)

umairzulkefli September 5, 2009 at 2:10 PM  

Awal akidah adalah tauhid.
Pastikan kita semua faham tentang kalimah tauhid yang kita ungkapkan.
La Ilah Illa Allah...

Perkataan yang mengubah seluruh hidup manusia kepada penghambaan total. Penghambaan hakiki, penghambaan kepada ilahi, tuhan yang satu.
Penghambaan bukan bererti ibadah ritual semata, tetapi juga dalam seluruh cara hidup.

Iman adalah keyakinan dan keyakinan itu akan terbukti dengan pengabdian. Makanya kedua perkara ini perlu sentiasa ditekankan. Saling berkait rapat. Orang yang beriman, pasti akan beribadah. Tetapi orang yang beribadah belum pasti beriman. Tetapi orang yang tidak beribadah sudah pasti bukan orang yang sempurna imannya. Kerana dai tidak meyakini akan pahala dan dosa. Jika dia yakin, makanya dia tidak akan sanggup meninggalkan ibadahnya, kerana rindu akan syurga, takut akan neraka.

Dan dakwah itu perlu berterusan, tiada akhirnya. Akhirnya dakwah itu adalah apabila kedua kaki kita telah menginjaki syurga. Seseorang yang ditarbiyah, perlu sentiasa ditarbiyah, sehingga hujung nyawanya. Kita perlu jadi generasi Rabbani, yang sentiasa mempelajari Islam dan sentiasa mengajarkannya.

weetameal September 5, 2009 at 2:46 PM  

apakah hakikat di sebalik kalimah lailahaillah itu? kerana semua orang faham, barangsiapa yang punya kalimah itu dia islam, tetapi kenapa dia masih lagi tidak mampu menjalankan tanggungjawab terhadap perintah Allah?

Kemudian, bukankah MuhammadarRasulullah itu juga termasuk dalam kalimah tauhid itu?

Apakah maksud iman? Apakah bahagian2 iman? Apakah maksud yakin? apakah beza di antara kedua2 itu?

Bagaimana jikalau seseorang itu, setelah kita dakwah, dia tetap tidak mahu mengikut anda? Apakah tindakan kita selepas itu?

Maaf, lebih suka berbincang di sini, kerana kita punya lebih masa untuk berfikir sebelum bercakap. Take your time. =p

umairzulkefli September 5, 2009 at 3:30 PM  

Setelah mengucap Lailahaillallah, segala ketundukan hanya kepada Allah. Ilah itu bererti tuhan yang disembah, berasal daripada perkataan Aliha, yang mempunyai banyak maksud, antaranya yang mententeramkan,sesuatu yang melindungi, sesuatu yang dirindui, dan sesuatu yang dicintai serta cenderung kepadanya dan lain2 lagi. Jika seseorang merasakan ada yang lain selain Allah memberikan kepadanya perkara2 tadi, maka dia sebenarnya bukan ber'ilah'kan Allah, tetapi perkara2 tadi. Semua ini menjawab mengapa mereka tidak menjalankan tanggungjawab sebagai muslim, kerana mereka masih belum mengerti Lailahaillallah.

Ya, kalimah Muhammad terdapat dalam kalimah tauhid itu.

Keimanan adalah keyakinan. Keimanan terhadap Allah adalah keyakinan kita terhadap Allah, merangkumi segala sesuatu yang berkait dengan Allah; sifatnya, tuntutannya, larangannya dan lain-lain. Walaupun ada perbezaaan antara iman dan yakin, tetapi saya tidak mahu bahaskan di sini kerana kekurangan ilmu.
Memang ada tahap-tahap keimanan. Orang yang tinggi imannya kepada Allah sehingga mampu bergetar hati mereka apabila kalimah Allah disebutkan:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan
[8:2]

Semoga kita sentiasa berusaha mencapai tahap keimanan tertinggi ini. Berdoa selalu ketika membaca ma'thurat : Allahumma inna nasaluka imanan kamilan
Ya Allah berikan aku iman yang sempurna.

Jika seseorang itu kita dakwahi namun tetap tidak mahu mengikut, teruslah mendakwahinya dengan apa cara yang mampu. Tetapi utamakan kepada mereka yang mahu mendengar dakwah kita. Dalam erti kata, kalau sebelum ini tumpuan kita kepadanya 100%, kini kurangkan kepada 50% atau kurang daripada itu dan lebihkan fokus kepada orang yang lebih bersedia mendengan dan ingin memperbaiki diri.
Sedangkan nabi tidak mampu mengislamkan pakciknya, sedangkan nabi nuh berdakwah 950 tahun tetapi masih sedikit pengikutnya, inikan pula kita, manusia biasa yang penuh kekurangan. Yang mampu kita lakukan hanyalah berusaha dan berdoa.

Sekarang izinkan saya bertanya...
Saudara bertanya soalan-soalan ini adakah untuk menguji saya atau memerlukan penjelasan tentang sesuatu yang tidak difahami?
Kerana kelihatan saudara sudah mempunyai ilmu agama yang cukup. Sepatutnya mencari subjek-subjek dakwah untuk didakwahi.
Saya akui masih banyak kelemahan, tetapi tetap cuba untuk menyampaikan apa yang saya fahami, insya-Allah.

Maaf, sekadar bertanya.

Mari sama-sama kita perbaiki ummat.

weetameal September 5, 2009 at 4:19 PM  

Saya tidak ada niat utk menguji saudara dan hanya bertanya kerana saya mahu mendengar. Sebab, seseoran yang menyampaikan, dia berkata apa yang dia tahu. Bagi yang mendengar, dia dapat dua, apa yang diri dia sendiri tahu dan orang yang menyampaikan itu.

Sesungguhnya Islam itu mudah, bagi mereka yang mengetahui. Mudahkanlah kata2mu wahai si pendakwah. Sama2 kita cari ilmu se dalam2nya, dengan taufik dan hidayah Allah, sehingga tercapai tahap mengetahui hakikat ilmu dan amal itu. InsyaAllah. Supaya kelak kata2 kita kukuh dan mudah utk proses amal kendiri.

Wallahu'alam. Salam perkenalan =p

umairzulkefli September 6, 2009 at 12:41 AM  

Semoga...
daoakan saya menjadi orang yang pertama berbuat apa yang ditulis dan dikata..

Unknown September 12, 2009 at 7:28 AM  

steady a umair..truskn mmbawa dakwah!!yeyeah~~

Anonymous,  July 2, 2010 at 3:45 AM  

Seperkara di sini. golongan Kafir dan Yahudi telah benar2 menghancurkan umat Islam sehingga tidak mampu bangkit semula. Percaturan mereka terlalu halus. Dunia ini dicorakkan mereka, sebab itulah mereka kuat dan kita lemah. Pemimpin Islam sujud pada barat. Tidak mampu menentang kehendak Barat. Saya berpendapat, ini semua adalah kerana pemimpin kita. Contohnya di Mesir, rakyatnya tidak mahu sekatan ke atas Gaza. Namun atas desakan USA, dibina tembok besi oleh Mesir sendiri. Di Arab Saudi pula, rakyat mereka tidak senang kerana Raja Arab Saudi baik dgn Barat. Di pakistan pula, serangan roket USA ke atas tanah Pakistan membunuh ramai rakyat mereka yg x bersalah. namun kepimpinan mereka tidak mengendahkan itu semua dan tetap tunduk pada USA. Kita x patut menyalahkan Barat, yahudi or Amerika. Sebaliknya salahkan diri kita sendiri. Kita x mahu bersatu. Arab dilanda bala kerana berperang sesama sendiri atas nama kebangsaan sedangkan Islam x mengenal bangsa. Orang Arab sendiri berpindah ke M'sia kerana di sini mereka bebas membeli arak. Percayalah, jika muncul pemimpin2 Islam yg anti barat dan memihak Islam, pasti yahudi akan membunuh mereka atau menjatuhkan mereka. Contohnya Prime Minister Turkey. Bagi saya, adalah amat mustahil utk 100% memusnahkan masalah sosial yg ada dan mengajak remaja2 skarang benar2 kembali kpd Islam kerana semakin hari semakin canggih teknologi, hiburan dan ibu bapa semakin sibuk utk mengajar ilmu agama kpd anak2. Dunia ini dipegang oleh Yahudi dan Barat. Sistem pendidikan adalah barat. Bagi saya, kesatuan Islam adalah satu2nya pengubat kpd seluruh masalah umat islam kini. Jika umat islam bersatu di bawah satu kepimpinan, undang2 Islam mudah dilaksanakan dan diselaraskan. Masalah Zina etc, etc, etc dapat ditangani. Saya mengesyorkan kita tinggalkan sahaja orang2 Munafik yg hanya bertopengkan islam ini jika mereka x mahu menerima dakwah dan fokuskan usaha kita menyatukan dan mendamaikan negara2 Islam. OIC perlu dihidupkan semula. Sayap bersenjata OIC perlu diwujudkan. Saya mencadangkan OIC perlu melaksanakan latihan ketenteraan yg melibatkan seluruh negara islam. Selain itu, gunakan matawang Islam seperti Dinar bg seluruh negara Islam (Cadangan Tun Mahathir). Igtlah potensi Dinar ini. Umat islam memegang 40% sumber emas dunia dan 60% sumber minyak dunia. dgn mewujudkan matawang Dinar (seperti Euro dlm Kesatuan Eropah) negara2 Islam yg miskin akan menjadi kaya dlm sekelip mata. Kukuhkan ekonomi, tingkatkan pencapaian dlm bidang sains dan teknologi (terutama Ketenteraan) seperti negara Iran. Sudah tiba masanya kita melupakan golongn Syiah dan Sunnah. Jgnlah kita mengkafirkan sesama sendiri. itu semua kerja Allah. saya nampak ekonomi, teknologi kita semua bergantung pada barat. Jika umat Islam bergantung sesama sendiri, kita x perlu berjumpa pun dgn Barat. Sesungguhnya, Barat amat takutkan umat Islam yg boleh menghasilkan sesuatu yg mereka perlukan. Umat islam perlu produktif. Ketepikan umat Islam yg x mahu menyahut seruan kita. kerana barat menyerang kita dgn penyakit2 sebegini supaya kita sibuk memikirkannya dan lupa membangunkan negara Islam. Ingatlah, kedatangan Imam Mahadi hanyalah selepas umat islam bersatu (mengikut sesetengah pendapat). Imam Mahadi mewarisi kepimpinan Khalifah yg telah terbentuk. Jadi, sekiranya umat islam x bersatu, bagaimana Imam Mahadi akan muncul? Fikir2 kannya.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP