Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?
Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.
“Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.
Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur. Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.
Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.
Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?
Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.
Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.
Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.
Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.
Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.
Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.
Tips 4: Disiplin
Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.
Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.
Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.
Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.
Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.
Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.
18 comments:
ya akhi. semoga ukhuwwah islamiyyah itu tetap bertaut dengan tautan aqidah. tiada yang mampu memutuskannya walau di belahan bumi mana kita berada.
biarlah apa terjadi, walau betapa pahit untuk dihadapi, namun dengan tiket ukhuwwah itulah kita mengharapkan dihimpunkan kelak di jannah-NYA, ameen.
ana+antum,1+1=3, bukan 2 jawapannya, kerana 2 individu bergabung atas keimanan mereka, akan melahirkan suatu yang luar biasa, hingga dapat mengubah dunia, itulah sinergi kita, sinergi manusia yang beriman kepadaNya. semoga tambahn 1 yang menjadikan sinergi iaitu iman dapat kita pacu sebaik mungkin, tangisan iman atas dasar cinta kita alirkan dihadapan Allah Penyatu Hati mukminun.kita bersama mengonak amanah yang Allah berikan. syukur kepada Illahi diatas peluang yang lebih untuk kita corakkan..I'll b always with u..=)
...
~Sahabat... Kan kukenang, teruskan berjuang!~
Ku mencari-cari,
Hala tuju diri,
Kadang kala terhantuk,
Ada kalanya tersembam sungkur,
Lalu diri ini terus mengkaji,
Dan mengkaji lagi,
Akhirnya,
Terbit sebuah keputusan.
Duhai sahabat,
Bukan tujuan ataupun niatku mencoret,
Agar engkau bisa memahami diriku,
Bukan, bukan,
Bukan juga niatku menagih belas dan simpati darimu.
Namun dikau mengertilah,
Akan sentiasa ada tempat untuk dirimu di hatiku...
Akan kuingat,
Tatkala diriku terlena,
Engkau jualah yang menyedarkan.
Tatkala diriku terlupa,
Engkau jualah yang mengingatkan,
Tatkala diriku hiba,
Engkau jualah menghiburkan,
Tatkala diriku terjatuh,
Engkau jualah yang memapahkan...
Biarpun pelbagai simpulan perlu engkau leraikan,
Namun diriku, tidak sekali dikau pandang beban.
Apa yang engkau mahu,
Hanya agar diriku terus melangkah,
Tetap berjuang, saling berpimpin tangan,
Dan sesekali tidak akan dikau lepas,
Selagi kedua kakiku dan kakimu,
Menginjak ke syurga Tuhan.
Namun sahabat,
Keputusan telah bulat,
Takdir telah terikat,
Adakah ianya satu kesilapan,
ataupun sekadar ujian,
Namun diri ini telah berusaha,
Selain pinta dan tawakkalku kepada-Nya,
Moga-moga ianya terbaik buat dirimu dan diriku jua.
Wahai teman yang kucinta,
Biar berbeza bahtera,
Biar ribut taufan melanda,
Biar terpisah tak berperantara,
Namun hati-hati kita tetap bersama,
Dalam perjuangan beribu batu,
Laluan berbeza namun destinasi satu,
Mengajak manusia menuju yang Satu.
Terus berjuang wahai sahabatku,
Doa dan ingatan tulus dariku...
------------
Untukmu Sahabat,
Hariz Khair Ad-Deen,
19 Rabi'ul Awal 1431H,
Di Bumi-Nya.
Luahan Rindu
Terkenang masa dahulu
Memori silam ku
Kisah persahabatan
Dengarkanlah lagu ini
Kuciptakan untukmu
Moga dirimu terhibur
Kenangan dahulu mendewasakanku
Mengajar erti kehidupan
Segala pahit manis tempuhi bersama
Demi mengejar satu cita
Kenanganku..
Dengarkan luahan hatiku
Merindu keriangan dahulu
Indahnya..
Saat penuh tawa ceria
Terhapuslah segala duka
Teringat daku kembali
Saat kasih bersemi
Kita mengukir janji
Di waktu pentarbiyahan
Yang penuh impian
Kita memburu harapan
Kenangan dahulu mendewasakanku
Mengajar erti kehidupan
Segala pahit manis tempuhi bersama
Demi mengejar satu cita
Kenanganku..
Hadirlah dikau menerangi
Oh ruangan hatiku
Semoga tersirat hikmah melanda
Bersama kita selamanya
Segala keindahan jadi kenangan
Yang buruk jadikan sempadan
Biar diduga derita
Tabahkanlah sentiasa
Semoga mendapat rahmatNya
Kenanganku..
Hadirlah dikau menerangi
Oh ruangan hatiku
Semoga tersirat hikmah melanda
Bersama kita selamanya
-edited from luahan rindu, devotees-
rindu sahabat2 seiringan dahulu...
moga Allah kuatkan hati ini
insyaAllah, tidak Allah jd kn sesuatu dgn sia2..
shoutul ikhwah:ana blum ada idea bkaitan cerpen tu. isu sensitif mungkin
Wah.. kebetulan sama. Tregedi di bulan Oktober.
Moga tragedi itu merupakan pencetus bagi kita untuk terus melangkah laju, starter kepada dakwah luar biasa. ^_^
Rindu mendalam. Sangat-sangat dalam. Rindu keimanan, rindu ukhwah, rindu bi'ah.
Biarkan tragedi berlalu. Tiada makna mengenang kembali. Jalan di hadapan nun jauh lagi.
Kita cukuplah ambil hikmah tragedi itu..
Sebab tragedi itu tetap kekal tragedi. Ia akan tercatat dalam kitab sejarah perjalanan kita..hanya sebagai satu kisah tentunya..
Biar berlalu..
Moga tabah menghadapi setiap ujian dan dugaan.
Ana turut mendoakan Allah memberikan kekuatan dalam melangkah biar apa pun yang terjadi...
usaha yang luar biasa mampu mengubah hati-hati manusia... Teruskan dengan niat yang ikhlas...
Assalamu'alaikum Semua...
Tak sangka ramai reply post ni..(^_^)
To hisyam_mujahid : Ya, ukhuwah islamiyah itu akan kekal..saling doa-mendoakanlah kita...
To Fakhrullah Bin Mawardi : dikau mengingatkan daku kepada dialog kita di Gtalk...ketika mula-mulanya tinggal kita berdua..huhu~
insya-Allah...kepada yang membaca, fakhrullah tengah demam sekarang...tolong doakan dia sihat cepat ye...die nk berdakwah ni...huhu~
To ibnusarha : ni ape tulis kod morse ni..ana xphm..hehe
To sLave_oF_Almighty : cantik sajak ni...(^_^)
To syauqina ridho : siapa ni ya? dan apa maksud "shoutul ikhwah:ana blum ada idea bkaitan cerpen tu. isu sensitif mungkin"?
To analytical_blue : tarikhnya sbnanrnya dalam bulan september sbnanye..tapi bundarkanlah kepada puluh yang terdekat...
apa-apapun...tetap bersemangat!
bulatkan tekad!
Ikhlaskan niat!
Teruskan berjihad!
To FRESHIE : Apakah freshie bermadah? Lukislah sesuatu ttg tragedi itu? xpe..btul kata nti..biarkan berlalu...
To ummu_abdullah : insya-Allah...
saya pernah melukiskannya. lukisan itu sukar dikesan kecuali kpd yg meneliti
Perit juga jika mengingat kembali tragedi oktober yang pernah berlaku..
Moga kita lebih tsabat & yakin dengan jalan yang dipilih.
suatu kisah yang dianggap tragedi pada satu-satu pihak,
suatu kisah yang dianggap pencetus nafas baru pada satu-satu pihak,
suatu kisah yang dijadikan alasan untuk meninggalkan terus arena dakwah yang merunsingkan,
"walakum a'malukum,walana a'maluna"-satu kata-kata menusuk, ibarat kita bukan lagi saudara,
senyuman perit yang asyik diberikan menambahkan lagi,
kepahitan perpisahan.
sampai bila nak jadi macam tu, terpulang pada empunya
diri menanggapi segala erti.
kalau tidak diambil secara positif,hati itu akan terus
merana.
tetapi kalau tidak diambil secara negatif,hati itu akan
bangkit kembali dengan semangat baru.
Kalau sibuk dengan anggapan,"ini fitnah",maka
tidak akan ada sebarang perbaikan.
Tetapi kalau percaya dengan anggapan,"ini salah kita sendiri",maka pasti ada proses taubat dan pengislahan.
wallahua'lam,kisah ini tidak perlu disebarkan.
kerana bagi kita apa sebenarnya perkara yang nak disampaikan?rasa sedih?rasa marah?meraih simpati?
sampai bila hendak ditangisi?
apa yang sebenarnya kita cari?
.........
To FRESHIE : ok, dah tengok..nnt mungkin boleh diupload sekali..
To satuKALIMAH : Tiada apa yang perit...semuanya baik-baik sahaja...dalam dakwah perkara biasa berlakunya pengurangan dan pertambahan rakan-rakan sefikrah..dan itu perlu disikapi dengan benar dan baik...
To ibnu ghazali : segala yang berlaku kepada seorang mukmin itu baik. Ditimpa musibah, dia bersabar..diberi kemudahan dia bersyukur...siapa yang sesuatu berlaku kepadanya kemudian dia tertekan, rasa nak bunuh diri, rasa tak mahu hidup lagi...makanya sifat-sifat orang mukmin masih belum tertanam dengan baik. Bersangka baiklah dengan semua pihak. Jika kita merasakan orang menjauhi kita, kitalah yang mendekati mereka.
Namun fikir-fikirkanlah perasaan mereka yang ditinggalkan. Sudah pasti luka yang dialaminya berLAINan dengan apa kita cuma LIHAT. Kerana lukanya dalam HATI.
Tugas da'i adalah memahami, lalu memberi bimbingan serta mendoakan lalu bertawakkal..usah ditambah peran menghukum dan melabel...
Jangan dirisau..kita semua berusaha menjadi mu'min sejati..mari berlumba-lumba menuju syurga Ilahi..
(^_^)v
akh umair, ana tumpang baca sahaja, no comment...
sepertinya.. pengkarya2 muda sedang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di sini.. ^__^ benar ibnu ghazali, kita mengambilnya secara positif sahaja.
(quoted dari lirik umair)
Wahai teman yang kucinta,
Biar berbeza bahtera,
Biar ribut taufan melanda,
Biar terpisah tak berperantara,
Namun hati-hati kita tetap bersama,
Dalam perjuangan beribu batu,
Laluan berbeza namun destinasi satu,
Mengajak manusia menuju yang Satu.
*maaf, quoted dari bait yg ditulis Hariz Khair Ad-Deen
Benar katanya akhi umair...
segala yang berlaku kepada seorang mukmin itu baik.
Tinggal cara mukmin itu mencernanya...
umairzulkefli, April 14, 2010 2:07 PM
Bersangka baiklah dengan semua pihak. Jika kita merasakan orang menjauhi kita, kitalah yang mendekati mereka.
Namun fikir-fikirkanlah perasaan mereka yang ditinggalkan. Sudah pasti luka yang dialaminya berLAINan dengan apa kita cuma LIHAT. Kerana lukanya dalam HATI.
Tugas da'i adalah memahami, lalu memberi bimbingan serta mendoakan lalu bertawakkal..usah ditambah peran menghukum dan melabel...
p/s: sungguh, semuanya merasai luka yg dialami..
sungguh, semua sedar lukanya dalam hati...
Post a Comment