Perkongsian : Sepetang Bersama Shoutul Harokah
Malam ini Kembara Sufi yang ke-8 akan diadakan di UTP. Memang setiap tahun akan diadakan konsert ini namun kali ini ada sedikit kelainan yang dibawa. Jemputan istimewanya adalah artis nasyid yang tidak asing lagi namanya di Indonesia dan juga bagi mereka yang meminati nasyid-nasyid bertemakan dakwah dan jihad.
Nasib kami baik kerana dapat bertemu langsung dengan Ustaz Taufiq Ridlo, salah penyanyi utama Shoutul Harokah. Beliau yang sememangnya kenalan Akh Hizul Azri kemudiannya menjemput kami untuk bertemu dengan teman-temannya di dalam rumah tumpangan UTP. (Pertama kali menginjaki rumah tumpangan UTP setelah 3 tahun di sini!)
P/S : Sesuatu yang ana dan Fakhrullah bingungkan...Kami diberitahu oleh (.....) Esok katanya telah ada sesi perkongsian antara ahli-ahli Shoutul Harokah dengan Persatuan Pelajar Indonesia (PPI) UTP yang dirancang olehnya, sehingga kami dikatakan tidak sepatutnya menjemput ustaz-ustaz ini untuk mengisi. Tetapi ustaz-ustaz ini dah kena bertolak awal-awal lagi. Hurm...Boleh sesiapa tolong terangkan keadaan yang berlaku? (^_^)
Share
Shoutul Harokah
Nasib kami baik kerana dapat bertemu langsung dengan Ustaz Taufiq Ridlo, salah penyanyi utama Shoutul Harokah. Beliau yang sememangnya kenalan Akh Hizul Azri kemudiannya menjemput kami untuk bertemu dengan teman-temannya di dalam rumah tumpangan UTP. (Pertama kali menginjaki rumah tumpangan UTP setelah 3 tahun di sini!)
Teman lama kembali bertemu. Akh Hizul berbaju biru dan Uztaz Taufiq berbaju hitam.
Akh Azahar dan Ustaz Taufiq, dalam rumah tumpangan.
Asalnya kami menjemput Ustaz Hilman Rosyad, juga salah seorang penyanyi Shoutul Harokah untuk memberi sedikit perkongsian dalam majlis ilmu yang dirancang untuk diadakan pada keesokan harinya, Ahad, 25 April 2010. Namun Ustaz Hilman tiba-tiba tidak dapat hadir. Beliau sebenarnya baru sahaja pulang daripada menunaikan umrah, dan masih belum bersedia untuk hadir bersama dalam persembahan pada malam ini.
Lalu Ustaz Taufiq diminta untuk mengganti. Sayangnya, tiket pulang mereka adalah jam 7 pagi esok di LCCT!. Mereka akan bertolak sejurus sahaja selesai persembahan pada malam ini. Nampaknya tiadalah rezeki ikhwah UTP untuk mendengar perkongsian daripada ustaz-ustaz penyanyi ini.
Fakhrullah turut menyertai. Tengok apa tu ba..
Namun pertemuan dengan orang seperti mereka ini amat bermakna. Walaupun Ustaz Taufiq ini adalah wakil Dewan Perwakilan Wilayah (DPW) PKS di Jawa Barat namun tidak pernah kekok untuk bersama dengan kami yang entah siapa-siapa ini. Kerendahan hati dan kebesaran jiwanya begitu memikat hati kami.
Jadilah petang itu kami hanya bersilaturrahim dengan penyanyi-penyanyi Shoutul Harokah. Walaupun singkat tetapi amat bermakna. Tak sabar untuk menghadiri konsert mereka pada malam ini. Jom kawan-kawan, Kembara Sufi. Berdakwah sambil berhibur, jangan tersilap ya. Bukan berhibur sambil berdakwah. (^_^)
Dari kiri : Akh Dr. Hussaini, Akh Fakhrullah, Akh Umair (ana la..), Ustaz Taufiq Ridlo, Akh Dr. Hizul Azri, Akh Azahar.
P/S : Sesuatu yang ana dan Fakhrullah bingungkan...Kami diberitahu oleh (.....) Esok katanya telah ada sesi perkongsian antara ahli-ahli Shoutul Harokah dengan Persatuan Pelajar Indonesia (PPI) UTP yang dirancang olehnya, sehingga kami dikatakan tidak sepatutnya menjemput ustaz-ustaz ini untuk mengisi. Tetapi ustaz-ustaz ini dah kena bertolak awal-awal lagi. Hurm...Boleh sesiapa tolong terangkan keadaan yang berlaku? (^_^)
17 comments:
Salam..
Ambik tu.. dengki-dengki, kutuk-kutuk...
Dua-dua tak dapat. Huhuhu..
Pengajaran buat kita semua. Mungkin ada salah dari segi niat, tujuan atau sebagainya.
Jadi, sama-sama ambil peristiwa ini sebagai ibroh ke hadapan.
Moga sama-sama sentiasa ikhlas berbuat kerana ALLAH dalam dakwah ini. InsyaALLAH, akan success!!
Salam..subahanallah..pergh, best gile ar dpt jumpe dgn band nasyid fav neh..
p/s: huhu..ada konflik dengan mosque frie*** ke? biasa la tu akh..
alhamdulillah dipertemukan hati kami dengan ikhwah shouhar (shoutul harakah)..walau ustaz shouhar x dpt mngisi dlm kuliah, namun rupanya ada hikmah dibalik semua ini..Allah membuktikan sesuatu kpd kami..KEBENARAN!!..moga ibroh wat kita bersama..mari menjaga ukhuwah sesama kita..berlumba dlm kebaikn tanpa niat yg menyimpang..insyaAllah..
fulamak..terbaek a..aha
To analytical_blue : Siapa tu dengki-dengki dan kutuk-kutuk..hurm...
mungkin perlu diikhlaskan lagi niat..
on the other part, kena susun program dengan lebih baik lagi..jzkk atas masukan dan bantuan. Program tetap dapat dijalankan dengan efek maksimal.
To AhMiEzZ : memang biasa..tapi takpe..asam garam dakwah. Supaya nanti bila wat sup, sup tu dah leh agak rasanye...(^_^)
To Fakhrullah Bin Mawardi : Terbaik!!
Nasyid malam tu kita dua je ke yang nyanyi kt island kita tu farul? huhu~
To Amin Baek : alhamdulillah..
Kami diberitahu oleh (.....) Esok katanya telah ada sesi perkongsian antara ahli-ahli Shoutul Harokah dengan Persatuan Pelajar Indonesia (PPI) UTP yang dirancang olehnya, sehingga kami dikatakan tidak sepatutnya menjemput ustaz-ustaz ini untuk mengisi. Tetapi ustaz-ustaz ini dah kena bertolak awal-awal lagi. Hurm...Boleh sesiapa tolong terangkan keadaan yang berlaku?
-- Ada student indonesia beritahu.. memang ade dibuat prjumpaannya. Hari Sabtu. Mungkin misscommunication kot yang menyebabkan masalah melibatkan kita ni berlaku. Wallahu a'lam --
waa..shouhar...fav2!.
terbaik! =)
salam..apa lagu shoutul harakah? bingkai kehidupan?
Best gile... Lama tak tengok wajah antum... Rindu pulak..
Dr hizul ke tu..kawan SH..erm menarik.
ana yg duk indonesia ni pun x penah jumpa lagi SH..mungkin nnt leh try jemput dorang plak..:) nway,semangat...^^
apa beza berdakwah sambil berhibur dengan berhibur sambil berdakwah?
assalamualaikum,saya menulis ni atas dasar
persaudaraan yg mana perlu menegur sikap saudara
seolah mengatakan ada kebohongan@takbur berkaitan statement saudara.mungkin benar kata hadis bahawa celaan itu akan kembali kpd org yg mengatakan. ingin saya jelaskan disini bahawa prog tazkirah mmg telah dirancang oleh ppi iaitu bro aryo & bro syahrir bukan kami yg rancang.cuma mereka menjemput kami serta meminjam peralatan speaker krn prog akan diadakan diperkarangan masjid utp.sebelum
ini pun ada beberapa prog yg dijalankan kerjasama.kita merancang tapi Allah sebaik perancang.prog spatut bermula pada jam 10 telah tertangguh sehingga jam 230 lebih katanya.
waktu tu kami dh ada prog lain.bro shoutul harakah telah kelambatan tiba.carilah kebenaran bukannya membuat tuduhan!bentuk dakwah saudara telah membentuk minda sebegitu!janganlah mendabik dada sedangkan byk lagi yg saudara belum ketahui.cukuplah keyakinan itu bg pihak saudara tetapi jgnlah memperlekehkan yg lain.jazakaAllah harap maaf jika ada terkasar bahasa
* buat saudara analytical x perlu gunakan emosi.kita berhujah cara baik & benar
*sesiapa yg solat dimasjid utp anda akan perasan ramai student indonesia menunggu utk majlis tersebut.jika anda masih tidak berpuashati kita boleh jumpa direct bro aryo @ syahrir.
Assalamu'alaikum WBT...
To analytical_blue : Memang perjumpaannya ada dibuat. Ketika kami bertemu, Ustaz Taufiq baru sahaja mengadakan sesi dengan para mahasiswa Indonesia. Tetapi memang ketika ikhwah plan untuk buat program tazkirah tu, kami dipanggil dan diberitahu "Ana dah rancang nak buat program pagi ahad tu." Dan ia memaksudkan yang kami yang merancang program itu telah mengganngu..Itu je yang dipersoalkan.
Wallahua'lam...
To duta_i : Lagu malam tu ialah ; Bingkai Kehidupan, Untukmu Palestina dan Gelombang Keadilan.
To Adakah Kau Lupa : Alhamdulillah masih rindu, tanda antum tak lupa lah tu...(^_^)
To حيفا نظيره : Mereka pernah berprogram bersama ketika Dr kuliah di bandung dahulu. Ikhwah nak berprogram dengan siapa lagi kalau bukan ikhwah. (^_^)
To nurul88 : Jemput je. Ikhwah friendly insya-Allah. Tapi kena tempah awal-awal la. Sibuk tu diorang..
To umatMuhammad : Bezanya besar tu akhi. Berdakwah sambil berhibur = berhibur itu jadi sampingan, dakwah yang utama. Berhibur sambil berdakwah = berhibur itu yang utama, berdakwah pula yang jadi sampingan.
To Kader Dakwah :
Wa'alaikumussalam WBT...
Terima kasih kerana saudara tampil untuk menegur, saya amat menghargainya. Ada yang terasa rupanya. Saya cuma menyampaikan berdasarkan apa yang diberitahu kepada saya sendiri. Mungkin saudara tahu apa yang 'Group' saudara rancangkan. Tetapi adakah saudara tahu apa pimpinan 'Group' saudara sampaikan kepada kami?
Ana dipanggil selepas solat jumaat, untuk ditanya tentang program tazkirah dengan Ustaz Hilman Rosyad pada pagi ahad, dan dikatakan kepada kami dengan jelas oleh pimpinan 'Group' saudara, "Ana sebenarnya dah plan dah pagi tu nak buat program dengan PPI dengan Shoutul Harokah." Dan dikatakan sepatutnya kami tidak buat program pada pagi ahad itu kerana dia dah ada rancangan program.
Okay, sekarang dah contradict. Antum kata bukan 'Group' antum yang rancang dan ia sepatutnya berlangsung pada jam 10 hari sabtu, tetapi pimpinan 'Group' antum kata memang dia yang rancang, dan program itu akan dibuat pada masa yang sama dengan perancangan ikhwah kami. Mana yang benar? Pergi tanya pimpinan antum.
Ana tak kisah pun. Kami hanya ingin cuba mendapatkan sedikit perkongsian ilmu dan nasihat daripada Ikhwah kami daripada medan yang berbeza, tiada niat untuk memburukkan siapa-siapa. Kami buat program untuk meningkatkan tsaqofah sesama kami, bukannya untuk bersaing menunjukkan kami lebih hebat daripada sesiapa.
Dan statement antum :
"carilah kebenaran bukannya membuat tuduhan!bentuk dakwah saudara telah membentuk minda sebegitu!janganlah mendabik dada sedangkan byk lagi yg saudara belum ketahui"
Bentuk dakwah yang bagaimana yang antum maksudkan? Kelihatan ada unsur emosi yang tidak stabil di sini. Afwan, kalau ingin memberi peringatan dan teguran, sertakan maklumat diri agar perkara ini dapat dibincang dengan baik.
Ana merasakan ini semua salah faham. Cukuplah apa yang berlaku. Semoga kita lebih berhati-hati dan berbaik sangka di masa hadapan.
wallahua'lam..
baiklah saya jika ada dari pihak kami yg membuat kenyataan demikian maka saya mewakili memohon maaf.perkara ni hanya sepatutnya diketahui oleh org tertentu sahaja tidak tahu ada yang berjumpa dgn anda & memaklumkan perkara sebaliknya jika ianya dari pihak kami.baiklah kita berlapang dada jika ini hanya salah faham individu tertentu.jazakaAllah
* saya pun sebenarnya keliru jika statement tersebut ditujukan kpd sesiapa sebenarnya kerana saudara menyebut pd ahad sdg prog tersebut pada sabtu. niat kami sama hanya nak mendapat perkongsian dr org yg lebih senior dlm dakwah bukan nak tunjukkan something @ mengclaim sesuatu.
alhamdulillah..inilah rahmat berlumba dlm kebaikan..yang penting kita saling mendoakan kpd semua yg ingin membantu agama Allah..agar semua yg brejuang mndpt redha dlm prjuangan masing2..spt sorang ikhwah memberitahu kpd ana, semua yg brdkwh ada perann masing2,umpama membina rumah,kita mungkin incharge bahagian tingkapnya,ada yg bahagian pintu,atap,lantai,tiang,etc..pasti cara pembikinannya berbeza..tp yg pasti,bg yg incahrge dgn tingkap contohnya, pasti akn usaha mmbuat tingkap yg paling cantik..insyaAllah..bangkitlah umat islam dlm keadaan bangunan yg tersusun kuat..mari membantu sesama kita..=)
teruskan jihad dan perjuangan...KHABAR KHABAR YA YAHUD....save gaza...
Post a Comment