Perkongsian : Daya Pemacu (Driving Force)
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh...
Ramai yang bertanya kepada saya. Ramai yang meminta kepada saya untuk mengemaskini blog yang semakin lama semakin bersawang. Dan dalam sedar tidak sedar, jumlah pengikut (google follower) Shoutul Ikhwah sebenarnya sudah mencecah 3 angka. Mungkin ramai yang menanti-nanti bilakah post seterusnya daripada insan bernama umairzulkefli ini. Atau mungkin yang telah bosan menanti.
Biarlah diri ini berkongsi. Mungkin ini kali pertama saya menulis dengan kata ganti diri pertama dengan para pembaca. Selama ini hanya berbentuk artikel-artikel dan cerita-cerita yang mungkin berkaitan dengan kisah hidup kita. Maka di sini teringin untuk saya kongsikan mengapa saya amat sukar mengemaskini blog tercinta ini.
Mengapa Tidak Kemas Kini Blog?
Ya, soalan cepu emas. Mengapa? Petamanya ingin dingatkan, entri ini ditulis bukannya kerana mahu membela diri, tetapi hanya mengharap difahami. Mungkin sedikit sokongan daripada mereka yang dekat dengan diri ini.
Jika dilihat, pola kemas kini blog saya mula meningkat bermula Julai 2009. Bermula saat itu saya mula berkarya sambil-sambilan sambil menulis sesuatu yang diminta oleh teman dan rakan seperjuangan, baik lelaki mahupun perempuan.
Tetapi pola kemas kini tetap tidak konsisten. Terkadang muncul idea, saya menulis. Terkadang walaupun idea banyak, tetapi tidak tertulis-tulis. Terkadang pula, idea tidak muncul-muncul. Namun apa yang boleh saya rumuskan, ada 2 sebab utama mengapa saya amat sukar untuk mengemaskini blog ini.
- SibukYa, sibuk. Memang kesibukan itu boleh dijadikan alasan. Bagi yang mengenali saya, mereka mungkin faham. Malam-malam saya ke mana perlu saya habiskan.Sehingga perlu mencuri-curi masa untuk menulis. Kadang-kadang apabila mula menulis, tiba-tiba idea hilang ataupun diganggu sehingga tidak boleh meneruskan, maka tulisan tadi terbengkalai.
Saya adalah jenis orang yang apabila mula menulis dan berfikir, perlu menyelesaikannya di saat itu, ataupun ia akan terbengkalai. Jika anda berkesempatan melihat ke senarai post saya, anda akan dapati banyak draft yang tidak dihabiskan penulisannya.
- Daya PemacuDan ini yang saya rasakan penyebab utama. Kehilangan daya pemacu ataupun Driving Force. Saya hilang semangat untuk menulis. Jika dimuhasabah, bagaimana saya boleh menulis cerpen-cerpen serta puisi-puisi sebelum ini, semuanya dilalukan ketika saya berada di dalam 'excited state'. Atau dalam kata lain, ketika sedang bersemangat. Dan sumbu semangat itu tentunya keimanan.
Keimanan adalah paksi. Seseorang yang dekat dengan Allah akan menjadi kuat. Kekuatan keimanan menjadikan seseorang yang lemah kuat menghadapi apa sahaja bentuk halangan. Seseorang yang kekuatan keimanannya melebihi kekuatan fizikal, dia akan mentaati Allah dalam segala keadaan. Walaupun sakit, dia akan bangun untuk solat. Walaupun pening, dia akan bangkit menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai Muslim. Namun jika kekuatan fizikalnya melebihi kekuatan iman, maka segala yang dimilikinya sia-sia. Tenaga yang ada tidak mampu dimanfaatkan untuk jalan Allah. Badan yang gagah hanya untuk dibangga-bangga, malah lebih teruk lagi untuk bermaksiat di hadapanNya.
"Jadi umairzulkefli lama tidak menulis sebab kehilangan Driving Force?"
Mungkin ini yang bermain dalam minda para pembaca. Jawapannya mungkin ya, mungkin tidak. Tetapi boleh saya katakan, saya perlu kembali menata hati dan perasaan kembali. Mungkin tujuan hidup tidak cukup ikhlas. Mungkin amal tidak cukup benar. Ujian yang melanda diri banyak merapuhkan keimanan yang dibina selama ini.
Kehilangan teman seperjuangan.
Jatuhnya keputusan akademik.
Kehilangan kelancaran berkata-kata.
Kehilangan idea-idea bernas.
Kecenderungan untuk melakukan sesuatu yang sia-sia.
Ditambah dengan corak berfikir sorang 'Melankolis yang Sempurna' yang mudah tertekan tatkala tibanya ujian, saya sering menjadi tidak tentu hala dalam berbuat. Dan syaitan meniupkan idea-idea songsang agar diri ini sentiasa menganggap ujian-ujian ini adalah tandanya sudah tiada gunanya saya berubah.
Kesimpulannya, saya perlu kembali. Kembali menjadi umairzulkefli yang ceria, bersemangat dan berfikiran positif dan sentiasa mencintai tuhannya. Semoga saya kembali mencurahkan buah fikiran yang baik dan bermanfaat buat ummat. Mohon doanya.
Saya juga manusia biasa, banyak kelemahan dan kekuarangan. Cuba menjadi yang terbaik dengan mendekatkan diri kepada Yang Maha Tinggi.
Bantulah aku yang lemah ini Ya Rabb...
8 comments:
salam..
tersentuhnya baca post kali ni..tp..
jangan tangisi nasib diri..pasti ada hikmah yg tersembunyi..anggaplah kesusahan yg dihadapi bagai terpijak duri..teruskan perjalanan..kuatkan hati!!!
almaklum,
enta sorang yg sibuk berdakwah..
akh, tingkatkan momentum iman...
moga Allah menolongmu.
hitung keSYUKURanmu, bukan keSUKARanmu!!!
ayuh akhi, membangun bersama Islam [mcm prnh dgr je slogan ni........]
setiap perkara yg brlaku psti ada hikmahnya. Allah jua yg Maha Mengetahui.
Moga Allah mempermudahkn segenap urusan kita.
p/s: ni first time post comment dlm blog orang...
iA ada masa ana 'comment' lg byk2, ngeee =p
Kesimpulannya, saya perlu kembali. Kembali menjadi umairzulkefli yang ceria, bersemangat dan berfikiran positif dan sentiasa mencintai tuhannya. Semoga saya kembali mencurahkan buah fikiran yang baik dan bermanfaat buat ummat. Mohon doanya.
Ameen, insyaallah anta boleh!
i've sent u an award.... visit my blog
Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat ... (At-Taubah:41)
teruskan perjuangan..
salam...
sebenarnya ujian y datang itu untuk buat kita lebih kuat.... dan berbaik sangkalah selalu.... semoga pengalaman jatuh bagunnya diri akan buat kita faham untuk bantu orang lain nanti.... :)
Post a Comment