Jul 16, 2010

Perkongsian : Saya Manusia, Bukan Kucing! (2)

Berkali-kali pasword yang sama dimasukkan. Tetap sahaja tidak berjaya. Saya yakin yang pasword benar-benar telah ditukar. Saya memandang ke kiri dan kanan. Semua orang buat kerja masing-masing. Kak Halimah sibuk dengan komputernya. Kak Roslaini (bukan nama sebenar) sibuk dengan borang-borang di atas meja komputernya. Jamal asyik menimbang tin-tin minuman dengan penimbang elektronik di atas meja makmal. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Sepi.



'Aisey, macam ni ke diorang tegur aku? Sangat berhikmah!' Saya hanya pura-pura mengemas meja komputer dan berlalu dari sana untuk 'merayau-rayau' mencari kerja. Sebetulnya semua perkara yang perlu dilakukan telah disiapkan. Sebab itu rasanya saya tidak ragu-ragu untuk menggunakan komputer makmal.

'Sudahlah dua hari di sini diorang biarkan aku terkontang-kanting tak bagi kerja, buka blog pun tak bagi. Bukannya nak cakap baik-baik.'

Jam menunjukkan pukul 10 tepat. Saya segera menuju ke kantin. Perut pun dah lapar. Makan nasi goreng letak telur pun sodap!. Lagi pula perut tengah lapau! Berapa banyak loghat aku masuk daa...

Di kantin...

"Heh, kenapa muka kau macam laki mati bini?"

'Dah mula dah dia nih. Tak boleh tengok aku senang sikit. Dahlah tengah tension ni.'

"Adelah. Masalah negara!"

"Hah, kau nak masuk pilihan raya ke? Jangan risau, aku kempen untuk kau punya. Nanti habis kilang ni aku suruh pangkah kau."

"Ha~Ha~Ha~Lawak la sangat."

"Habis tu, ceritalah."

Mulanya saya tidak mahu bercerita, tapi disebabkan rasa tidak tenang di hati perlu dikongsi, saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Yang mamat ni pula asyik gelak je. Sekeh kepala baru tau. Nasib baik kau lagi tua!

"Kau sure habis ke diorang punya kerja? Kenapa diorang semua buat macam tak tau je?" Soalan yang membuat saya berfikir.

'Ya-Allah, di mana husnuzzhon aku? Pakai selamba je maki-maki orang. Nasib baik belum kecoh-kecoh.'

"Entahlah. Aku sebenarnya tengah tak sedap hati ni. Nantilah aku terus-terang je dengan Kak Limah tu. Aku tak boleh la hidup terus macam ni. Rasa paranoid je tau. Masa buat kerja terfikir-fikir apa yang diorang tengah umpat aku tu."

"Paranoid tu menatang kejadah apanya pulak?"

'Mamat ni aku sekeh betul-betul kang. Boleh tak tahu paranoid tu apa.'

"Dahlah, waktu rehat dah nak habis. Aku cerita nanti la. Nak kena masuk cepat. Nanti ada lagi teguran tanpa suara kena kat batang hidung aku ni."

"Hahaha...aku gurau je la, aku tahu maksud paranoid tu.. Haah, baik kau cepat. Nanti dia kunci pintu tak bagi kau masuk pulak." Ujarnya selamba lalu ketawa berdekah-dekah.

"Okay, jumpa masa lunch nanti."

Lalu kaki dilangkahkan meninggalkan kantin. 10.25am. Masih ada 5 minit. Teringat solat dhuha yang masih belum didirikan. Surau menjadi destinasi. Sambil hati terus bermuhasabah atas keterlanjuran diri bersangka buruk terburu-buru terhadap mereka.

2.30PM

"Umair, kau tahu tak password komputer ni? Tak boleh buka pula. Diorang tukar ke?"

"Entah, aku pun tak tahu password. Cuba tanya Kak Limah."

Bob menjadi gelisah. Bilik itu hanya kami berdua yang ada.

"Isyh, susahlah diorang ni. Aku nak key-in data banyak ni. Main tukar-tukar password pula." Saya hanya memerhati. Teringat perbualan dengan Kak Limah sebaik sahaja selepas rehat tadi.

-----

"Kak, nak tanya sikit boleh?" Akhirnya terkeluar juga suara. Dari tadi berdiri di belakang Kak Limah sambil menyusun ayat yang sesuai.

Kak Halimah memusingkan badannya.

"Ye?"

"Saya minta maaflah sebab mengganggu. Saya cuma nak tanya, password komputer tu ditukar sebab saya ke? Maaflah sebab saya selalu guna komputer tu nak bukak email. Sebab saya tak tahu apa nak buat. Semua kerja saya dah siapkan."

"Eh, bukan sebab kamu. Sekarang ni memang ada orang yang asyik-asyik buka internet main facebook. Lepas tu kerja tak buat. Itu yang kami semua tukar password tu."

"Owh, semua department ke? Saya ingat department ni je. Sekali lagi, saya minta maaf. Saya ingat saya ditegur senyap-senyap tadi. Tiba-tiba tak boleh masuk password. Saya jadi serba salah. Rasa semua orang marah kat saya. Kalau nak tegur saya, panggil je kak. Insya-Allah saya akan baiki. Sekali lagi, maafkan saya."

"Takdelah. Bukan sebab kamu. Kakak pun tak tahu password dah tukar. Tapi kamu pun jangan bukak internet main-main email. Gunakan masa sepenuhnya. Kalau tak ada apa-apa nak buat, datang jumpa saya. Nanti saya bagi kerja." Sambil dia tersenyum.

"Baik, terima kasih kak."

Lega hati. Lapang dada. Macam ni baru boleh teruskan hidup dengan tenang. Dapat banyak kerja pun tak apalah. Asalkan paranoid tu hilang.

------

"Entahlah. Tadi aku nampak Jamal guna. Dia tahu password kut."

Lalu Bob menekan-nekan telefon bimbitnya.

"Hello, Mal! Apa password komputer nih?"

Saya hanya memerhati dari jauh. Tiba-tiba Bob memandang saya. Lain macam pandangannya. Saya mula hairan.

'Kenapa dia ni? Kenapa dia pandang aku macam tu?'

Setelah mendapatkan password daripada Jamal, Bob terus menekan-nekan papan kekunci.

"Fuh, dapatpun buka."

Saya masih memikirkan keanehan Bob memandang saya tadi.

"Bob, apa password komputer?"

Bob hanya tersengih memandang saya. Saya menjungkitkan kening dengan maksud, "Apasal kau tersengih macam kerang busuk hah?" Tapi dalam hati je la.

"Jamal kata tak boleh beritahu kamu." Masih tersengih.

Tersirap darah saya mendengarnya. Kusangkakan kisah sudah tamat, rupanya epilog sahaja masih belum bermula. Semua sudah jelas. Siapa lagi yang tahu saya guna komputer makmal? Hanya Jamal! Dan sedari tadi Kak Roslaini juga sentiasa berada di meja komputer makmal. Tidak mahu saya menggunakan komputer barangkali.

"Aku dah agak ada konspirasi terhadap aku ni. Haha~" Saya menjawab dalam nada bercanda.

"Konspirasi apa pula kamu ni?" Bob bertanya kehairanan. Namun masih tersengih.

"Macam ni ceritanya. Tadi aku guna komputer makmal untuk.." Belum sempat saya menghabiskan bicara, tiba-tiba pintu makmal dikuak. Kak Roslaini masuk! Zip mulut!

Lalu waktu rehat petang tiba. Sekali kantin dituju, namun dengan langkahan kaki yang berbeza. Marah becampur sedih.

"Hah, apa cerita kamu ni? Muka macam mati bini nombor dua pula." Penyibuk ini lagi. Pantang tengok saya lain macam terus dibahannya.

"Aku dah tahu cerita sebenar." Lalu saya menceritakan segala-galanya.

"Hahaha..konspirasi antara Si Mal dan Kak Ani terhadap kamu la ni. Boleh masuk Metro muka depan ni. Haha~" Dan dia terus tergelak.

"Dahlah, senyap-senyap sudah. Kak Ani aku tak tahu. Tapi yang pasti, Si Mal tu memang terlibat. Dia seorang je yang tahu aku guna komputer pagi tadi."

"Lawak la cerita kamu ni. Ditegur tak diberitahu."

"Itulah. Aku terasa macam kucing kamu tahu. Kucing, memang tiada gunanya kita bagi peringatan. Bukannya depa paham. Kalau kita kata jangan masuk rumah, dia masuk gak. Kita tutup pintu, dia masuk ikut tingkap. Kita tutup tingkap, dia terus terpingga-pinga kenapa semua lubang ditutup. Tapi dia masih nak masuk. Sebijik macam aku kena. Bukan nak nasihat, jangan dok buka email, dicabutnya cable LAN. Aku sambung balik, ditukarnya password. Ingat aku tak paham bahasa ke? Nasihatlah baik-baik. AKU MANUSIA! BUKAN KUCING!"

Lalu kami terus tertawa bersama-sama.




~End Of Post~

Share

3 comments:

Anonymous,  July 16, 2010 at 11:40 AM  

sabar je la...haha

Aizat Zulkarnain July 16, 2010 at 12:13 PM  

sabar je la . hahha . aduyai . apekah nasib yg menimpa akh umair nih . ;P

Anonymous,  July 20, 2010 at 11:29 PM  

salam..ana mmg suka baca blog ni sbb pengajaran dr cerita..ana suka baca cerita drpd baca artikel...mabruk!!!
dan nak tny,post baru ni guna komp makmal ke?(^^,)...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP