Luahan : Kembali Sekali Lagi
"Mengapa ana rasa sukar untuk beri tazkirah ye? Dulu kalau ana nak bagi tazkirah, tak perlu bersedia banyak pun. Cakap je apa yang terlintas di fikiran."
"Kalau sekarang, macam mana pula?"
"Kalau sekarang, ana selalu tersangkut-sangkut dalam bercakap. Apa yang ana sampaikan selalu tak bertenaga, dan ana tak yakin dengan penyampaian ana."
"Ana tak dapat nak bantu banyak akh. Cuma yang ana boleh sampaikan, cuba tinjau kembali bagaimana hubungan antum dengan Allah. Mutaba'ah antum. Kualiti ibadah antum serta kuantitinya. Kuatnya kita adalah apabila kita dekat dengan-Nya. Kerana Dialah pemilik segala kekuatan."
"......"
Perbualan kelmarin kembali terlintas di fikiran. Saya baru pulang dari halaqoh. Zaujah tercinta sedang bertahajjud. Suara merdunya mengalunkan bacaan Al-Quran semakin mengisi jiwa. Sementara menunggu waktu untuk saya pula bertahajjud, saya ingin kembali mencoret di Shoutul Ikhwah yang sekian lama ditinggalkan ini.
Kelemahan Itu Muncul
Saya masih tercari-cari apakah puncanya. Sejak menikah hingga ke saat ini, kuantiti serta kualiti ibadah saya tidak lagi sebaik dahulu. Bahkan boleh dikatakan merosot dengan agak teruk. Antara yang menyedarinya adalah ikhwah sehalaqoh saya sendiri.
"Akh, ana tengok mutabaah antum ni, ana dah risau. Selalunya antum jauh lebih baik daripada ini."
Dia merujuk kepada kuantiti bacaan Al-Quran saya. Cukup-cukup makan untuk lulus sahaja. Saya hanya menjawab pendek: "Sibuk sikit urus masalah pernikahan."
Dan itulah kali terakhir dia menyuarakannya. Bukan kerana keadaan saya kembali pulih. Tetapi kerana hampir setiap minggu kemudiannya keadaan saya sama, tiada peningkatan malah sering gagal.
Pernikahan sepatutnya meningkatkan kualiti keimanan. Dan hasilnya kualiti dan kuantiti ibadah sepatutnya meningkat. Tetapi ini lain jadinya. Malah kemahiran berdakwah saya pun dirasakan tidak seperti dahulu. Saya buntu. Dan kata-kata ikhwah itu kembali terlintas di fikiran,
"Kuatnya kita adalah apabila kita dekat dengan-Nya. Kerana Dialah pemilik segala kekuatan."
Mencari Punca
Kata-kata para da'i awal dahulu,
"Futur itu terjadi disebabkan langkah mulanya tidak benar."
Saya kembali menelusuri susur galur perjalanan saya. Di manakah silapnya. Hari demi hari terus berlalu, namun saya masih belum ketemu jawapannya. Pada masa yang sama, kesibukan kuliah dan kerja dakwah yang menimbun menyebabkan tumpuan untuk memuhasabah diri tidak terlaksana dengan baik.
Sehingga suatu ketika, simpanan memori M2 K800i hampir saya penuh. Saya membuka folder music untuk memadam fail-fail lagu yang tidak diperlukan. Lalu terlihatlah saya kepada fail bertajuk 'Tazkirah Atifah'.
Kenangan malam kedua bersama isteri tercinta kembali bertamu.
"Ukhti, sebelum berhenti makan di kedai ni, boleh bagi tazkirah dulu?"
Ketika itu saya masih memanggilnya 'Ukhti'.
"Kenapa ana dulu, antum?"
"Nti kan dah selalu dengar tazkirah ana." Kata saya sambil tersenyum.
Dan suasana malam itu berlalu dengan tazkirah daripada isteri yang tercinta. Dan antara bait tazkirahnya yang kembali menyedarkan saya,
"Kita menikah di jalan dakwah. Di Jalan Dakwah Aku Menikah. Bermakna kita bernikah ini adalah untuk semakin dekat dengan Allah, semakin menunaikan hak-hakNya dan memperjuangkan agamaNya. Diharapnya bukanlah menjadi Di Jalan Nikah Aku Berdakwah. Nikah yang menjadi prioriti. Bukan dakwah. Tugas utama kita masih berdakwah. Adapun dengan bernikah, ia hanya sebagai sebuah perhentian, untuk kita saling memperkuat dan memperkukuhkan kekuatan demi mencari redha-Nya."
Redha-Nya
"...demi mencari redha-Nya."
Saya bermuhasabah. Di manakah silapnya. Dan titiknya seakan-akan mula kelihatan. Nikah itu bukan akhir perjuangan. Nikah itu hanya sebuah permulaan. Menuju ke medan perjuangan yang jauh lebih mencabar. Demi meraih redha-Nya.
Mungkin langkah saya pincang. Memang redha Allah menjadi destinasi, tetapi mungkin sedikit tersilap dalam meletakkan hanya dengan nikah, redha Allah itu telah tercapai. Sehingga usaha yang gigih demi memelihara keimanan itu tidak lagi segencar dahulu.
Lebih banyak santai daripada berusaha.
Lebih banyak berehat daripada berkerja.
Lebih banyak senda daripada rencana.
Kembali
Saya perlu kembali. Kembali bangkit dan kembali berprestasi. Umat sedang menunggu. Kepincangan niat itu biasa. Namun terus berada dalam kepincangan itu yang binasa. Perubahan itu perlu dibina, dan Allah tidak akan mengubah selagi kita tidak mengubahnya.
Dan itulah antara sebab mengapa blog ini seaakan-akan saya biarkan bersawang. Kerana saya tidak sanggup untuk menyampaikan dalam keadaan yang tidak stabil. Namun sampai bila ia perlu diteruskan? Lalu jemari ini kembali ditarikan. Untuk meraih secebis kekuatan.
Mohon didoakan diri ini.
Saya ingin perbaiki keadaan ini.
Dan saya pasti ia masih boleh diperbaiki.
Kerana hidup ini masih berbaki.
Share

6 comments:
Salam akh. Moga Allah beri kita kekuatan utk sma2 m'gencar kan lagi perjuangan yg tidak ada titik noktah melainkan maut & kiamat.. jgn risau akh, mutarabbi antm akan sntiasa support antm <(")v
Pernikahan akan mematangkan kita insyaAllah.
Perubahan dimensi hidup kita dari bujang kepada berkahwin, dari student kepada bekerja, dari organisasi kecil kepada besar, dari bersahaja kepada profesional, menuntut kita untuk sentiasa terbuka mengadaptasi segala perubahan agar kita sentiasa relevan di dalam perjuangan ini.
Moga terus tsabat dalam menongkah arus dunia yang menguji kita.
itulah pentingnya tajdid niat setiap masa
moga akh terus berjuang dgan hammasah demi menegakkan kalimah ALLAH!
benar enta kate "Saya bermuhasabah. Di manakah silapnya. Dan titiknya seakan-akan mula kelihatan. Nikah itu bukan akhir perjuangan." bila kita terleka sebentar ada niat yg tersembunyi didlam hati yg tak terkeluar ke dasar permukaan maka ia menjadi penyebab turunnya prestasi.. benar kah ape yg enta kate seolah2 ana mendengar bila kita meletakkan suatu perkara itu destinasi akhir (kita tak sedar) maka sampainya destinaasi tersebut kita mula .... spt enta kate "Lebih banyak santai daripada berusaha.
Lebih banyak berehat daripada berkerja.
Lebih banyak senda daripada rencana.
" syukran akh moga terus bangkit dan maju kedepan! ana teringat kenangan dulu 1st camp dgn Dr. hizul nasyid yg berbunyi " takkan surut walau selangkah takkan henti walau sejenak CITA KAMI HIDUP MULIA ATUA SYAHID MENDAPAT SYURGA" SYUKRAN AKHI UMEIR UHIBBUKA FILLAH.
:)
ya akhi,
seingat ana waktu mula2 nikah dulu,waktu untuk berblog memang dah kurang dan jarang update.
actually, bukan tak nak update, tetapi, yang pasti, sudah banyak masa dan tanggugjwab yang perlu dikorbankan setelah menjadi suami..apatah lagi jika sudah menjadi seorang aba'.
jadi akhi, jika antum rasa kekurangan, tidak semestinya ia datang dari diri, walau itulah muhasabah yang pertama yang harus dilakukan, tetapi, kadangkala kekurangan itu dari persekitaran dan tanggungjawab yang bertambah.
kini, medan dakwah kita makin bertambah dan mencapah, dengan tenaga manusia(manpower) yang amat terbatas. jadi, tiada mustahillah, masa2 luang kita harus kita mnafaatkan dalam hal2 yang lebih utama dan perlukan penyelesaian segera.
apa yang pasti akhi, jangan lupa masa berbahgia bersama isteri tercinta. teruskan tazkirah, tilawah dan tahajud bersama, kerana ia dicontohi oleh Rasulullah SAW.
To faiz:
Amiin...terus saling sokong menyokong sesama kita.
To Abu Humaira:
Amiin..
To aku.hamba.abdi:
Jzkk atas doanya...
To ukhwah tak mengenal sempadan :
Kimi!! Lamanya tak jumpa antum. Rindu rasanya. Teruskan doakan ana ye akhi. Rindu saat-saat kita sama-sama mengharungi kehidupan di SMAPL dulu. Ana harap dapat kuat macam antum dulu. (^_^)
UHIBBUKAFILLAH...
To Abu Faruq Al-Iskandari:
Jazakumullah atas perkongsiannya. Insya-Allah ana akan cuba untuk terus istiqomah memberi melalui medium ini. Apatah lagi dengan sokongan seseorang yang dekat di hati, setia di sisi. (^_^)
Harap antum dapat kongsikan lagi pengalaman-pengalaman untuk kami yang baru sahaja melangkah ke alam ini untuk diteladani.
Jazakumullah Khairan Jazaa'..
Post a Comment