Murobbi Itu..
Hari itu, kabus pagi mulai menyibak kaki bukit. Hijau di padang sedikit sebanyak menyegarkan mata yang letih dengan buku-buku di depan mata. Tasbih dan tahmid terdengar jelas di balik kicau burung dan gemeretak ranting-ranting pohon.
Hari yang indah itu belumlah lama, lima tahun dahulu. Pada hari itu, seorang murobbi datang ke bilik, berziarah dan memberi taklim. Tema yang dibahas cukup sederhana, iaitu tentang cinta kepada Rasulullah. Logiknya difahami. Dalil yang dibawanya juga tidak asing didengari. Namun, taklimnya istimewa. Dari awal hingga akhir, mata anak-anak muda yang hadir berlinangan air mata mendengar taujih yang menyentuh hati mereka.
Kisah di atas adalah kisah mereka. Kisah tersebut dan kisah-kisah yang lain, apa pun jalan ceritanya, ia memberikan pelajaran penting bagi kita yang aktif berdakwah dan melakukan pembinaan a’dho dakwah di tengah masyarakat.
Keikhlasan seorang daie, itulah faktornya. Komitmennya menyeluruh pada dakwah. Kedalaman interaksinya terhadap masalah dakwah merupakan faktor terpenting yang akan menjadikan ucapan dan perkataannya memiliki kekuatan berpengaruh di dalam hati mad’unya. Oleh kerana itu, ikhlas serta sifat-sifat dasar lainnya harus dijadikan sebagai fokus dalam aktiviti pembinaan di berbagai fasa dan tingkatan.
Jelas di sini, sebuah dakwah memerlukan kehadiran murobbi-murobbi yang handal dan matang di berbagai fasa dan tahapan perjuangan dakwahnya. Dakwah memerlukan murobbi-murobbi yang tekun membina sehingga mampu menyampaikan pemahaman dan pengalaman, mampu mewariskan rasa tanggungjawab dan amanah dari generasi ke generasi. Subhanaallah, dakwah seperti ini akan kekal sebagai sebuah pewarisan yang terus menerus, penuh berkah, dan penuh ketenangan.
Selamat Hari Murobbi!
p/s:
Doaku buat Zauj el Mahbub yang sedang bermukhayyam bersama ikhwah,
"Selamat bermukhayyam, saya doakan awak terus melangkah, terus optimis, terus menerus menjaga Allah, kerana dengan itu, Allah akan menjaga saya di sini."
Doaku buat akhwat dan anak halaqah tercinta,
"Semoga terus optimis, positif, berjiwa dan berfikiran besar."
Doaku buat mereka yang mendoakan dari kejauhan, abi dan ummi, serta abah dan mama.
"Semoga Allah merahmati perjalanan hidup kalian."
~End Of Post~
5 comments:
salam eheh.ingat pemilik blog,zaujah beliau pulak.bagus tulisan akak,sama seperti zaujnya.barakallahulakum.
=)
(T___T)
salam akh, minta penjelasan dari artikel ini.. coz bertentangan dengan apa yg ana fahami selama ini ttg zina hati.. semoga mendapat pencerahan..
http://k-pmmm.blogspot.com/2011/05/menjawab-salah-faham-artikel-zina-hati.html
bahagian2:
http://k-pmmm.blogspot.com/2011/02/mereka-yang-gagal-memahami-erti-zina_16.html#
bhagian 3:
http://k-pmmm.blogspot.com/2011/05/menjawab-salah-faham-artikel-zina-hati.html
3 artikel nie ana rasa bleh trima lagi kot.. tapi ana jadi sgt konfius pd artikel nie..dia mengatakan seolah couple islamik tue wujud.. adei..! pening pale den nie.. coz bertentangan sgt dgn fikrah ana slma nie..
http://k-pmmm.blogspot.com/2011/05/wujudkah-couple-islamik.html
mashalaAllah..nice entry! ^^
To shahniz:
Assalamu'alaikum WBT...
Afwan, ana hampir-hampir salah faham dengan maksud komen antum ni. Ana ingat antum kata ana punya artikel ni yang menjurus kepada zina hati. (^_^)
Couple islamik memang tidak wujud, dalam erti kata perbuatan bercinta sebelum pernikahan.
Permasalahan timbul sebab ramai orang yang hanya bergantung kepada istilah. Ada orang yang salah faham dengan istilah cinta. Ada yang mengatakan bercinta sebelum nikah itu boleh, tetapi apa yang dimaksudkan dengan cinta itu tiada masalahnya.
Jadi ana menyeru, untuk kita memahami secara praktikalnya, seperti apa perbuatan yang dilarang itu, dan seperti apa perbuatan yang dibenarkan. Bukan bergantung kepada istilah-istilah semata.
Wallahua'lam..
Post a Comment