Perkongsian : Saya Nak Futur?
Kebelakangan ini semuanya serba tidak kena. Ada sahaja cabaran dan dugaan yang menimpa. Sehingga merasakan pertolongan Allah itu jauh. Sehingga saya rasa tiada lagi gunanya berjuang. Dakwah yang diperjuangkan ini bagai tiada masa hadapannya. Saya hendak putus harap. Lebih baik fokus pada apa yang ada di depan mata. Jadi hamba Allah yang baik, atau sertai gerakan-gerakan dakwah lain yang kelihatan lebih besar. Yang mana lebih menenangkan hati. Namun berharap tidak dapat meninggalkan terus dakwah yang telah menyelamatkan saya ini. Saya terus berfikir.
Tiba-tiba telefon bimbit Sony Ericsson K800i yang separuh nazak ini berbunyi.(Sistem Perisian JAVA tidak boleh dibuka, corrupted, tidak lagi dapat baca Al-Quran dengan HP. Menjadi salah satu penyebab saya agak down..[T_T] )
"Assalamu'alaikum Ya Akhi! Apasa down semacam je chat dengan antum ni? Penat menaip, call je la. Haha~"
(Sebenarnya saya sedang chatting dengan ikhwah seorang ni. Cepatnya dia dapat menangkap ke'murungan' saya. Mungkin itulah kuasa ukhuwah.)
"Wa'alaikumussalam Warahmatullah Wabarokatuh...ana memang tengah down pun sebenarnya."
"Hah, kenapa pula ni?"
"Banyak sebab. Ujian datang bertimpa-timpa. Mulanya rasa susah nak berdakwah dah sekarang ni. Main tarik tali dengan jemaah-jemaah lain. Mereka pun ramai target mad'u yang ana cuba tajmik. Lepastu, mad'u-mad'u yang ana cuba kumpul yang dah sikit ni pun semakin sikit."
"...."
"Kemudiannya, ikhwah-ikhwah lain yang ditugaskan untuk sama-sama bertugas selama ni tak banyak membantu. Yang datang pun sekejap-sekejap je. Ada yang tak dapat dihubungi langsung. Ana rasa ana buat kerja sorang-sorang je ni. Memang rasa jauh betul daripada pertolongan Allah."
"Ada lagi ke akh? Kesian antum."
"Itu je la kut."
"Ya Ikhwah Fillah, ini semuanya ujian daripada Allah. Ana faham antum mungkin dah fikir macam-macam dah sekarang ni, lagi-lagi bila bersendirian. Syaitan mesti dah bisik macam-macam kat telinga antum sekarang ni.
(Memang betul! Aku dah tak mahu berjuang lagi!)
"Tapi akhi, ingatlah ini ujian daripada Allah. Kita memang lemah sekarang ni. Pertolongan Allah memang masih belum datang, tetapi itu tak bermakna pertolonganNya tidak akan kunjung tiba. Mungkin ada kesilapan dalam urusan perjuangan kita yang menjadi hijab daripada pertolongan Allah. Ana nak test antum sikit ye, antum masih ikhlas ke tak ni dalam berdakwah?"
(Ikhlas...Ya-Allah...apa niat aku selama ni.)
"...."
"Sebab ana tengok, antum down sebab tak dapat kumpul orang, tak dapat bantuan ikhwah lain dan antum rasa keseorangan. Kita tak perlu bilangan yang ramai akh. Siapa yang datang, biarpun 3 orang, bersyukurlah. Yang lepas, lepas. Kita sepatutnya tidak terpengaruh dengan bilangan mad'u. Itu bukan ukuran kejayaan yang hakiki. Yang paling penting kebersihan niat dan kesungguhan usaha. Yakinlah, Allah bersama dengan orang-orang yang ikhlas lagi sabar."
Terasa bagaikan ada hawa dingin yang mengalir dari ubun-ubun menjalar ke pangkal hati. Mata mulai merembeskan cecair khasnya.
"Antum banyakkan beristighfar akh, banyakkan baca Al-Quran. Setiap manusia pasti ada masa lelahnya. Pasti ada saat lemahnya. Tapi jangan pernah terbawa-bawa oleh perasaan. Kuatkan diri dengan segala apa yang kita ada. Jangan risau, ana ada. Petang nanti kita jumpa kita bincang sama-sama strategi dakwah."
"Insya-Allah. Jazakallah khair akhi."
"Wa iyya kum. Kuatkan mujahadah. Allah pasti bersama kita. Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarokatuh."
"Insya-Allah. Wa'alaikumussalam Warahmatullah Wabarokatuh."
Dan mata terus mengalirkan airnya. Meluncur laju.
Ya, itulah jawapannya. Ikhlas, ikhlas dan ikhlas. Serta mengharapkan bantuan daripada Allah semata-mata.
"Allah pasti bersama kita..."
Insya-Allah! Saya akan terus bersihkan niat. Jazakumullah Khairan Kastiro Ya Akhi...Uhibbukumfillah!
Sungguh, aku akan terus mencintaimu, mencintai dakwah, mencintai Allah serta Rasulnya selagi hayat dikandung badan.
Saya nak futur?
Tidak!
Share

12 comments:
salaam,
satu slogan baru,
"Katakan tak nak pada kefuturan!"
ana rasa pernah hadapi situasi sebegitu. Tapi tambah perit lagi bila tinggal ana sorang ikhwah. Macam terumbang-ambing.
Semoga anta kuat menghadapi cubaan ini. Allaahu akbar!
Salam. Amin, InsyaALLAH..
Moga sentiasa memurnikan keikhlasan semata-mata kerana ALLAH.
Biar sedikit kuantiti, tapi tinggi kualiti.
Biar tak ramai yang sanggup berkorban, tapi yang berkorban itu berbuat hanya mengharap Redha ALLAH.
Lastly.. Bagaimana menjaga bangunan dakwah???
antaranya; menghidupkan rasa sukarela di kalangan anggota dakwah.
[point-point lain, bagaimana menjaga bangunan dakwah boleh dirujuk dari buku "Robohnya Dakwah di Tangan Dai" - tulisan Fathi Yakan]
Semoga sedikit sebanyak beroleh manfaat.
Wallahua'lam
akhi, terus malangkah jangan rebah. betapa manusia di luar sana sedang menunggu huluran-huluran tangan kita untuk membawa mereka kepada kebenaran.
moga Allah kuatkan tekad dan semangat antum.
Salam,
akhi, dakwah ni sebenarnya bukan untuk orang lain tetapi untuk diri sendiri.Hasil dari kerja dakwah tidak akan kita perolehi secara segera spt kerja2 lain.kalau dakwah dibuat dgn niat m'perbaiki org lain maka 2 perkara akan dtg kpd kita
1. putus asa
2. kita akan tinggalkan dakwah
Jadikan dakwah Nabi sebgi contoh. Teruskan usahamu.
SubhanAllah... rasa itu sama dgn ana. semoga Allah sentiasa mmberi yg tbaik bt kt. ikhlaskn hati dlm beramal. rasa ingin futur itu sbnrnya dtg dr diri kt sndiri. cb muhasabah blk. apa tjuan sbnrnya! mntapkn diri. utk merubah org lain, mulakn dgn diri sndiri dhulu. dn utk diri sndiri, masa ydg dprlukn adlh lama. InsyaAllah mujahadah akhi!
Salam akh,
selalunya bila ada perasaan macamitu, gandakan ibadah nta pada Allah. banyakkan solat malam dan lamakan sedikit masanya bersama Allah. Kerja ney sangat memerlukan kekautan dalaman dan qiam itu sangat penting!
istikharah selalu agar Allah tunjukka yang terbaik nta. kadang2 yang nampak susah pada nta, tapi sebnrnya jalan terbaik Allah bagi nta.
Dan sentiasa perbaharui dan perbanyakkan niat nta bagi tiap kerja yang nta lakukan.
lakukan kerja sehingga habis tenaga, dan akhirnya tawakal kepada Allah dengan sebenar tawakal.
Ana doakan yang terbaik.
*kekuatan
Makanya akh, perlu kita mengkaji sejarah As Saabiqun al Awwalun.
Kerana sejarah adalah peristiwa yang berulang ulang.
:)
Ikhlas, ikhlas dn terus ikhlas. kunci satu perjuangan, Insha Allah.
salam.. sekadar perkongsian utk kita semua..
http://hudzaifah.org/Article222.phtml (Sembilan Energi Positif Mengatasi Kekecewaan di Jalan Da'wah).. semoga terus dan terus melangkah..
Salam.
Adakah dakwah itu akan mendapat sokongan ramai?
Adakah dakwah itu jalan yang tak memerlukan kita ikhlas, menjaga keikhlasan, dan memperbaharui keikhlasan?
Adakah dakwah itu jalan yang mudah, dekat dan senang lenang?
Adakah contoh daripada al-Quran, para Rasul, sahabat, dan salaf as-soleh berseberangan dengan apa yang sedang kau lakukan?
Maka ikhwah ku, jika semua jawabannya tidak, berbahagialah engkau.
amaat ;)
ikhlas
Post a Comment