Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?
Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.
“Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.
Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur. Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.
Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.
Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?
Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.
Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.
Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.
Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.
Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.
Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.
Tips 4: Disiplin
Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.
Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.
Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.
Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.
Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.
Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.
20 comments:
mabrook akh..barakallahu lakum..amin.
at last umair!
mabrook muqaddam. insyaAllah kheir semuanya.
Barakallahu lakuma~
salam. selamat nikah.
semoga persiapan lancar.
semoga urusan dimudahkan Allah..amin..
tak sure dpt pegi tak, ade walimah lain kt klntan..
jmput 1 batch tak?
nak copy letak kat blog boleh??
tahniah Umair. patut la nampak lain macam je.
Mabruk akhi. Moga terus laju melangkah!
To wardah :
Jazakillah Khair atas doanya...
To aiyqosim :
Jazakumullah khair...hang bila lg...huhu~
To ~dianakhairi~ :
Jemput je smua. Nak dtg sms la ye. No tepon da bg. Copy la letak kat blog. Suro semua post kat wall FB pstu tag ramai2. (^_^)
To fiQ :
Insya-Allah...amiin...
assalamualaikum, tahniah naa!!!
moge moge jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat. moge2 cinta sampai ke syurge. ngee xD
ade FB ke ??? minx sikit. LOL !!!
salam. kak atifah ke? wah, tahniah.
semoga jodoh kekal hingga ke akhirat. btw kat kajang xde ke? jemput rakan2 sekolah?
izin berkongsi hari bahagia ini.barakallulakuma.
InshaAllah ada peluang kami akan hadir.
Alhamdulillah...
Tahniah tuan blogger!~ smoga jodoh kekal dunia akhrat ;)
at last... tq byk mmbri cth yg baik
Barakallahulakuma~
mabruk akh..
doakan yg terbaik buat anda dan psangan..
moga lebih gencar membaiki umat.
rasa cm sayu lak..
ilang member single sorg..hahha
doakan aku gak..keh3..
umer.. ^_^ bln 7 bpe hb umer? ^__^
biar ana jawab untuk umair,
dia kata nak buat di kajang bulan 7 nanti.. nantikan~
barakallahu'alaikuma..allah sahhiltum
hehe..TAHNIAH!!xsangka ngn kak atifah yg tlh mentarbiyyah kami dr seratas nie...smoga bbhagia smpai k syurga!..amin..
umair :)
gembiranya ana dgr perutusan ni
he3
semoga Allah kurniakan kekuatan yg lebih dahsyat dlm menggencarkan dakwah ini,..
maaf umair ana kat mesir tak dpt dtg walimah urus entum
ana harap ana boleh dapat gambar perkahwinan entum.. sbg kenangan.. :)
ooh..ikhwahku ini sudah hampir melangkah ke dunia bujang 3..mabruk akhi.
Ana juga masih menapak di tempat yang sama menanti dan terus menanti..sob3..
Salam a'layk. Mabruk umair. :) dapat tahu dari Iman masa ziarah ke iskandariah hjg mggu lepas. Alhamdulillah, dh smpai seru, smg semakin bertambah semangat jihad dan dakwah seiring pertambahan komitmen dan ibadah. :)
Barakallahulakum wajama'bainakuma fi khair.
umair, barakallahu lakuma!
akhirnye..... :))
thniah akh...
moga bhgia dunia akhirat...
barakallahulakuma..
p/s:blog jgn smpai lupa update..hu3
Post a Comment