Nov 10, 2010

Cerpen : Akhi

Seorang teman seperjuangan sejak sekolah merintih
Mengatakan dirinya telah lama tidak mampu bertahajjud
Merasakan dirinya telah semakin melemah dan kotor
Melalu perantaraan Yahoo! Messenger
Mereka saling berbual dan memberi semangat.
Sungguh, kekuatan ukhuwah yang didasari keimanan seringkali menyegarkan

Terimalah :


Akhi...




Umairzulkefli
:
Akhi, istighfar...
merasakan diri kotor dan hina serta tidak berkemampuan itu wajar...
Kerana kita hanyalah hamba Allah...memiliki segala sifat kelemahan.
Sedangkan yang Maha Sempurna itu Dia, Allah SWT.
Namun perasaan-perasaan itu bukan semata-mata untuk dipendam
Apatah lagi mejadi penghalang untuk kita berbuat.
Ia wajib kita perbaiki
Jangan hanya menunggu waktu sepertiga malam untuk bertahajjud dan berdoa
Di saat ini sahaja, jika merasa lemah, ingat, hanya Allah yang mampu meningkatkan kembali keimanan kita.
Namun pasti, Allah tidak akan beri secara percuma.
Usaha perlu diletakkan.
Kerana Allah sudah jelaskan dalam firman-Nya:

Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.
[Q.S. Ar-Ra’du, 13:11]
Zulhakimi
:
insyaAllah ya akhi
Umairzulkefli
:
Kena usaha.
Kuatkan tilawah.
Sekali trtinggal tahajjud, ‘iqob diri kita.
Ganti dengan solat taubat beberapa rakaat.
Ganti dengan tilawah Al-Quran 1 juz.
Atau apa saja.
Zulhakimi
:
Ooo
Umairzulkefli
:
Dengan niat agar Allah mantapkan kembali iman kita.
Ingat, yang memantapkan iman kita bukan kita sndri, tapi Allah.
Dengan izin-Nya.
Makanya, kuatkan diri dengan berdoa.
Dengan ibadah-ibadah tmbahan yang lain
Dan ingat...
Walaupun kita lemah dalam ibadah khusus seperti tahajjud dan lain-lain
Malah sepatutnya kita perbaiki diri dengan menyampaikan nasihat-nasihat untuk diri kepada orang lain
macam yang nta pernah beritahu ana masa kat skolah dulu
Cercaan Allah terhadap orang yang berkata tetapi tidak berbuat itu hanyalah kepada orang yang berkata, tetapi memang mereka tak mahu buat
Tetapi buat mereka yang berkata dengan niat untuk berbuat, serta berusaha untuk berbuat, maka itulah yang sepatutnya dikatakan.
Zulhakimi
:
Benar akhi..
UmairZulkefli
:
wala tahinu....
wala tahzanu...
wa antumul a'lau
in kuntum mu'minin...
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
[Q.S. Ali-‘Imran,3:139]
perbaikilah iman...
gilaplah khauf wa raja'...



UmairZulkefli
:
Akhi, antum ada insan yang dicintai?
Zulhakimi
:
ibu dan ayah
adik beradik ana
dan ikhwah-ikhwah
UmairZulkefli
:
Bayangkan seorang yang antum cintai
Antum berjanji untuk bercakap dengannya dalam telefon jam 11.30pm
Tengah-tengah tunggu, antum tertidur
Sedar-sedar jam 4am
Tengok-tengok di telefon...
6 miss calls
3 messages
Kenapa tak angkat?
Tadi janji nak call kan?
Sampai hati tidur dulu.
Hah, kalau antum yang mengalaminya,
Apa yang antum rasa?
Apa yang antum akan buat?
Jawablah pertanyaan itu
Ia umpama kisah pasangan yang sedang bercinta
Zulhakimi
:
Ana akan cepat-cepat call dia minta maaf
Kalau tak dapat ana bagi mesej pada dia
Ana minta maaf dan ana akan denda diri ini dengan buat apa pun yang dia inginkan
Umairzulkefli
:
Ya...
Itulah yang ana buat dahulu semasa bercinta semu
Cinta yang tidak diredhai
Dan sepatutnya itulah yang kita buat ketika kita sudah bertemu cinta sejati...
Datangkan rasa bersalah yang amat sangat kerana tidak menunaikan tuntutan tahhajjud
Kerana itulah waktu kita berdua-duaan dengan-Nya
Masa untuk kita bermesra denganNya
Lalu kita terlepas....
Makanya kita harus rasa bersalah yang amat sangat
Dan berusaha gigih untuk bertemu kembali dengannya
Biar apapun caranya
Tak perlu tunggu waktu lain
Sekarang juga ‘sms/call
Dia terima atau tidak...itu bukan urusan kita
yang penting, usahalah untuk mencari perhatian-Nya.

Kita sering merasa ingin disayangi manusia...
Namun pernahkan kita merasakan ingin disayangi pencipta perasaan sayang itu sendiri?
Ingin disayangi Allah?
Mengharap cinta Allah
Mengharap redha Allah
Sudahkah?
Susah untuk dijawab...namun berusahalah Ya-Akhi...
Pasti antum akan temui jawapannya...
Zulhakimi
:
Jazakallah


Umairzulkefli
:
Di saat kesusahan, cubalah untuk tersenyum
Bukan kerana kita gila
Tetapi kerana kita tahu, Allah sedang menguji kita
Untuk kita atasi ujian itu
Kerana Allah mahu kita jadi kuat
Walau apapun bentuk rintangan yang datang...
Biarpun daripada luar mahupun dalam diri sendiri...
Kita mampu atasinya
dan pasti, ujian itu kita akan mampu kita tempuhi...
la yukallifullah nafsan illa wus'aha...
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
[Q.S. Al-Baqarah, 2:286]

kuatkan keyakinan antum
Antum pasti boleh
Jadilah Kimi yang bersemangat seperti di sekolah dahulu
Menyampaikan yang haq tanpa ragu-ragu
Mengharapkan kebaikan dalam hati mad'u dengan bersungguh-sungguh
Sanggup mengorbankan diri demi ummat...
Biar kepentingan diri tidak terpenuhi..tetapi kebajikan ummat dunia akhirat terjamin
Kerana kita para da'i tidak pernah mengharap apapun daripada dunia
Ia tiada nilai untuk dibanding dengan akhirat yang kekal selama-lamanya

Maka apa lagi yang perlu ditunggu?
Buat apa bertapi-tapi?
Buat apa beralasan
Demi mendapatkan apa?
Lalu Allah bertanya kepada kita dalam surah At-Taubah:

Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.
[Q.S. A-Taubah, 9:38]

Berbuatlah akhi...
Terus-menerus memperbaiki diri
Tanpa ragu-ragu bahawa balasan akhirat yang kekal itu pasti ada
Pilih, mahu kekal di syurga, maka beramal baiklah
Mahu kekal di neraka, maka bermaksiatlah

choose...

Makanya, doakan ana sekali Akh...
Moga kita sama-sama berjuang di jalan ini dengan keyakinan yang kuat dan jitu kepada Allah

Zulhakimi
:
Waiyyakum Ya Akhi
Umairzulkefli
:
Insya-Allah...


Umairzulkefli
:
Tips untuk bangun tahajjud
Pertama:
Kurangkan makan, banyakkan berlapar
Zulhakimi
:
ana bnyk makanlah
ana makan dalam dulang
Dengan ahli beit
Umairzulkefli
:
Masa inilah nak mencuba
Bila dah lapar...
ingat, inilah perasaan nabi ketika diboikot
Mereka sampai terpaksa makan rumput
Para sahabat pernah bercerita, “Ketika itu najis-najis kami jadi bulat-bulat,kerana kami makan rumput dan kulit-kulit kayu.”
Ketika Perang Khandak...
Allah menguji dengan kelaparan
Para sahabat mengikat batu di perut untuk menahan lapar
Rasulullah bahkan lebih.
2 ketul batu diikat di perutnya...
Berlapar adalah sunnah...
Itu contoh daripada Da'i terhebat
Bagaimana kita?

Kedua:
cara tidur
Mengiring ke kanan menghadap qiblat
Tangan kanan di bawah kepala
Tangan kiri di atas punggung
Baca doa tidur
Baca 4 Qul
Berniat bersungguh2 nak bangun tahajjud
Tidur di tempat yang tidak empuk
insya-Allah

Akhi, ana kena beransur dahulu.
Doakan ana dapat bangun tahajjud
Zulhakimi
:
InsyaAllah
Allah yusahhiluk
semoga Allah mudahkan
Umairzulkefli
:
Jazakallah khair
Zulhakimi
:
Waiyyakum
Umairzulkefli
:
Assalamu’alaikum Warahmatullah
Zulhakimi
:
Wa’alaikumussalam Warahmatullah Wabarokatuh

p/s : Zulhakimi adalah Pengerusi Badan Dakwah & Kepimpinan SMAP Labu 2005-2006. Dia banyak sekali membantu saya dalam meneruskan perubahan memperbaiki diri. Dia ada dalam cerpen Maafkan Aku. Boleh lawati blognya : “Sudah Tersimpulnya SATU Ikatan”


~End Of Post~
Share

5 comments:

Anonymous,  November 10, 2010 at 2:00 PM  

Assalamu'alaikum...tumpang tanya satu persoalan yg ditanyakan kepada saya. "Kamu fikir Allah dah tentukan atau belum result kamu? Kalau Dia tidak tentukan lagi maksudnya, Allah nie bukan Maha Mengetahui la? Tapi kalau Allah tahu dan jika dah tertulis kamu gagal dalam exam final nie, buat apa kamu berusaha?"

umairzulkefli November 10, 2010 at 2:42 PM  

Wa'alaikumussalam WBT...
Allah sudah tentukan segalanya yang telah, sedang dan bakal berlaku. [6:59] Cumanya kita tidak tahu apa yang ditetapkan oleh Allah. Makanya yang kita boleh lakukan adalah berusaha. Taqdir itu di hujung usaha. Setelah berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakkal, hasilnya itulah taqdir yang ditetapkan oleh Allah SWT. Ketika keputusan keluar, barulah kita boleh kata, "Inilah taqdir Allah SWT ke atas aku setelah apa yang aku usahakan."

Wallahua'lam

Anonymous,  November 10, 2010 at 8:43 PM  

saya dan suami sebagai kawan skolah kalian rasa malu baca entri ni.

itulah tanda iman kan, bila jauh sikit saja, dah rasa berdosa, then cari jln kmbali.

rindu nak tahajjud dgn suami.

kagum dgn kalian.doakan kami.

Unknown November 14, 2010 at 8:08 AM  

assalamualaikum. ana gemar sekali membaca blog anta. dah baca semua entry, tapi tiada keberanian nak 'send comment'. Alhamdulillah, akhirnya..

akhi, penyampaian yang benar2 jelas dan teratur. dalam tarbiyah, byk perkara yang kita belajar. bermula dr zero ke hero. we r nothing, but tarbiyah thought us everything. Allah is The Great! He is everything.

satu perkara yg boleh d kongsi bersama, sekali kita tidak terbangun utk tahajud, cuba kita sama2 koreksi diri balik. apa yg kita lakukan d siang harinya, adakah penuh dgn dosa dan kemaksiatan atau jua perkara2 yg lagho, sehinggakan Allah tidak memilih kita utk berjumpa dgn Nya d keheningan malam tersebut. Adakah tika d siang harinya kita terlalu asyik dgn dunia, lagho dgn persekitaran yg mungkin kita tidak sedar akan nya? ya Allah.. buat mujahid dan mujahidah , selalu lah bertanya kn pada diri kita, apa salah yg dah kita buat apabila kita tidak terjaga utk tahajud..

Pernah juga mutabaah ana untuk tahajud sangat teruk pada satu minggu yg mmg ana sibuk dgn aktiviti kampus, dan bila ana tanya pada murobbyh,

"kenapa ana dah set jam, dah set minda,nk bgn qiam pada waktu sekian sekian, tp kenapa ye ana tak boleh bangun?? macam tak sedar langsung bunyi jam tu. sedih la.."

dan jawapan dari murobiyh,

"kadang kerana siang kita yang terlagho..leka dan sibuk dgn hal lain, hingga lupa pada NYA. jadi DIA tak pilih kita untuk berjumpa dgn NYA."


hmm...moga kita menjadi hamba2 yang Allah pilih utk selalu berjumpa dan ber'dating' dgn NYA. Manisnya sujud d keheningan pagi adalah setik2 yg sangat asyik dlm kehidupan. Semoga ALLAH memberkati kita semua.

Wallahualam.

Unknown November 14, 2010 at 8:11 AM  

asif jiddan, if tak keberatan, mohon d share entry ini. insyaAllah salah satu taujih yg mugnkin blh d kongsikan bersama utk menyelesaikan mslh para daie yg msh tak serius dlm menunaikan ibadah ini.

ana letak link anta sekali..

sudah pasti! oke?

jzkk khair! may Allah bless!

syukran.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP