Luahan : Hakikat Kelemahan
"Akhi, apa pendapat antum kalau ada ikhwah tu kata dia tidak layak untuk mendampingi bakal pasangannya?"
"Ni nak curhat ke apa?"
"Jawab je la."
"Merasa diri tidak layak, kerana dia punya kelemahan?"
Dia cuma mengangguk.
"Kerana dia merasakan bakal pasangannya itu jauh lebih baik daripadanya?"
Dia masih mengangguk.
"Akhi, siapalah kita untuk menghakimi diri kita. Siapalah kita untuk menghakimi orang lain? Hakikatnya jika Allah mentakdirkan kita dengan seseorang, pastinya Allah punya rencananya."
Dia cuma terdiam.
"Terkadang Allah memberikan kita sesuatu yang kita rasakan tidak layak kita memperolehinya, kerana Dia mahu mengangkat kita ke darjat yang lebih tinggi."
Allah...
Lalu dia hanya berjalan. Sepi tiada bicara. Lubuk hatinya bermain pedang perasaan. Mengharapkan sekelumit kekuatan.
'Allah, bagaimanakah percaturanmu buat diri ini?'
Lalu sekeping kertas dikeluarkan. Pena menari dengan rancaknya. Dia tidak berfikir apa-apa. Tangannya digerakkan terus dari hati. Sebuah puisi dinukilkan. Mengharap secebis kekuatan, daripada yang Maha Kuat.
Panggilan dari Tanah Suci melenyapkan lamunan. Suara ibu kedengaran daripada pembesar suara telefon bimbitnya. Sesaat lamanya dia mengadu rindu dan meluahkan rasa.
"Ma, rasa penatlah. Tak larat nak terus perbaiki diri."
"Memanglah penat, kita hidup di dunia. Sebab tu kita kena kembali kepada Allah."
'Allah.....'
"Tu yang sedihnya, rasa jauh daripada Allah. Apabila maksiat tidak lagi terasa di hati, maka nantikanlah saatnya iman tercabut dari diri. Along rasa takut Ma."
"Bersyukurlah kita masih rasa. Jangan sampai hilang rasa. Along kena bersyukur. Ramai yang kena uji, tapi Along masih dapat rasa nak kembali kepada Allah."
Dan tangisan itupun meledak.
"Malu tengok angah dah mula baik. Dia jauh lagi bersemangat nak baiki diri."
"Jangan sekadar malu, jadikan dia inspirasi. Along kena kuat juga, terus baiki diri."
Dia terdiam dalam tangisan.
"Along, bersabarlah ya. Ingat, Allah masih beri kita nyawa, pasti Dia punya rencana. Dia belum ambil nyawa kita lagi, pasti Dia bagi peluang untuk kita bertaubat. Kuatkan diri ya long."
"Insya-Allah."
Seketika kemudian, panggilan diputuskan.
Air mata diseka.
Dia ingin bangkit.
Dan berharap bangkitnya kali ini tiada jatuhnya lagi.
Dan jika masih terjatuh, dia akan tetap bangkit.
Kerana dia masih hidup!
Share

Hakikat Kelemahan
Kerana namaku manusiaMaka wajar diriku untuk melemahNamun ia bukanlah alasanBagi menutupi segala kesalahan
Terkadang terjelopok kita jatuhTerasa bangkit itu tiada gunanya'Berpura mati' itu hakikatnya lebih mudahBerbanding bangkit menghapus duka lara
Namun ingatlah wahai diriHidup bukan di dunia cumaAlam akhirat masih banyak soalnyaSudahkah kita bersedia wahai diri
Kerana kita cumalah hambaMaka pastilah kekurangan kita punyaNamun ia bukanlah alasanYang boleh diberi kepada tuhan
Aku lemah, kerana itu aku bermaksiatAku terlupa, kerana itu aku tidak beribadahAku manusia, kerana itu aku lupaAku hamba, kerana itu aku kekurangan
Cukup, cukup, cukup wahai diriCukuplah kepada dirimu alasan diberiJangan kepada tuhan alasan itu kauberiKerana tuhan tidak mahu mendengar itu semua
Memang Allah itu Maha MendengarNamun sekadar alasan tidak akan mengubah apa-apaYang sepatutnya kita tampilkanAdalah keteguhan kita untuk memperbaikinya
Usah takut pada kegagalanUsah risau akan ketewasanKerana kau telahpun temui kejayaanTika kau bangkit dari kejatuhan
Tetaplah bangkit wahai diriAllah berserta orang-orang beriman itu senantiasa memerhatikanmu[9:105]
Panggilan dari Tanah Suci melenyapkan lamunan. Suara ibu kedengaran daripada pembesar suara telefon bimbitnya. Sesaat lamanya dia mengadu rindu dan meluahkan rasa.
"Ma, rasa penatlah. Tak larat nak terus perbaiki diri."
"Memanglah penat, kita hidup di dunia. Sebab tu kita kena kembali kepada Allah."
'Allah.....'
"Tu yang sedihnya, rasa jauh daripada Allah. Apabila maksiat tidak lagi terasa di hati, maka nantikanlah saatnya iman tercabut dari diri. Along rasa takut Ma."
"Bersyukurlah kita masih rasa. Jangan sampai hilang rasa. Along kena bersyukur. Ramai yang kena uji, tapi Along masih dapat rasa nak kembali kepada Allah."
Dan tangisan itupun meledak.
"Malu tengok angah dah mula baik. Dia jauh lagi bersemangat nak baiki diri."
"Jangan sekadar malu, jadikan dia inspirasi. Along kena kuat juga, terus baiki diri."
Dia terdiam dalam tangisan.
"Along, bersabarlah ya. Ingat, Allah masih beri kita nyawa, pasti Dia punya rencana. Dia belum ambil nyawa kita lagi, pasti Dia bagi peluang untuk kita bertaubat. Kuatkan diri ya long."
"Insya-Allah."
Seketika kemudian, panggilan diputuskan.
Air mata diseka.
Dia ingin bangkit.
Dan berharap bangkitnya kali ini tiada jatuhnya lagi.
Dan jika masih terjatuh, dia akan tetap bangkit.
Kerana dia masih hidup!
Share
2 comments:
curhat yang sungguh mengasyikkan jiwa dan iman..
tahniah, ibumu sudah melengkapkan rukun Islamnya.. antum bila lagi?
masya Allah~ terasa spt sdg m'bc kisah sdiri....
sy pnh dan kdg2 masih mersakan sedemikian. rasa tak lyk utk bakal psgn. walau sy akui kami tidak berhubung, hY fwd sms y drasakan tsangat sangat sangat pntg melalui org tgh y cukup dpercayai, tp krn mgetahui agamaY mbuatkan diri terasa kerdil y amat.....
tp, Allah Maha Suci dr melakukan kesilapan. jgn pnh merasakan 'Allah tidak silap rncg ke nih?'
jgn pnh merasakan sedemikian. krn DIA Maha Mgetahui ms depan.
sebalikY, cuba renungkan ap hikmahNYA dan ap y Allah cuba utk mahu smpaikan kpd kita melalui sesuatu peristiwa itu.
Allah Maha Tahu thp kekufuan hambaNYA. bukankah at-toyyibat littoyyibin?
"...Allah telahpun menentukan kadar dan masa bg blakuY tiap2 ssT"
[at-Talaaq : 3]
Post a Comment