Hadapi Dengan Tenang
Semoga kita sama-sama diberikan hidayah yang benar daripadaNya, dan semoga diri kita sentiasa berada dalam jalan Islam, dakwah, tarbiyah dan jihad.
Dalam mengharungi hidup ini, memang kita perlu hidup beramai-ramai bersama mereka yang bersama-sama ingin menjaga keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Lagi-lagi dalam keadaan zaman sekarang yang sangat-sangat tidak membantu kita untuk berislam dan beriman dengan sempurna.
Kita memang dituntut untuk bersungguh-sungguh dalam berislam. Firman Allah:
Bagaimana kita hendak mengatakan kita sudah boleh menginjak syurga, andai kita dalam berislam sahaja kita belum bersungguh-sungguh? Dan untk berislam ini, pastinya kita memerlukan bimbingan. Tak usah malu hendak menyertai halaqoh ataupun usrah, sebab kita memang memerlukannya. Kerana halaqoh adalah tempat kita belajar dan melatih diri untuk berislam dengan sempurna dan bersungguh-sungguh. Kerana tidak tahu dan tidak mampulah kita belajar. Sebab tu kita ke sekolah. Sebab kita bodoh, tak tahu, sebab tu kena belajar. Orang pergi sekolah bukan sebab dah pandai. Sebab tu kita ke halaqoh, untuk MENUNTUT ilmu, bukan MENUNJUK ilmu.
Adapun ketika kita cuba mengamalkan Islam dan cuba untuk berkomitmen dengan Islam, ada yang menentang, tidak suka dan mengkritik, itu adalah sunnatulah. Tiada rasul yang berdakwah melainkan semuanya ditentang oleh umatnya. Hampir semua mereka mendapat cemuhan, siksaan dan ada yang dibunuh, hanya kerana ingin berislam dan menyebarkan Islam. Begtu juga dengan kita. Ketika hendak berislam, akan ada ayg mengatakan kita sesat. Nak pakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, tapi dikatakan pelik. Dikata ekstrim. Nak baca terjemahan quran, dikatakan sesat. Nak pergi masjid, dikatakan nak menunjuk-nunjuk. Dan halangan ini boleh sahaja datang daripada keluarga kita sendiri. Namun apakah kita akan berhenti daripada jalan ini? Tidak sama sekali. Sebab itu Allah mengingatkan kita:
Tentangan yang paling hebat ketika hendak berislam, berdakwah dan berjihad, sebenarnya adalah daripada keluarga kita sendiri. Oleh itu berjaga-jagalah.
Kesimpulannya, kita memang akan sentiasa diperli, dikutuk, dihina dan dicaci untuk membawa Islam. Akan difitnah yang pelbagai. Namun tetaplah bersabar, kerana yang kita cari sebenarnya bukan redha manusia, tapi redha Allah. Biar apapun yang orang kata asalkan dalam pandangan Allah, kita mulia.
Apa sikap kita kepada mereka yang menentang ini?
semoga membantu...
wallahua'lam...
Share

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.
[3:142]
Bagaimana kita hendak mengatakan kita sudah boleh menginjak syurga, andai kita dalam berislam sahaja kita belum bersungguh-sungguh? Dan untk berislam ini, pastinya kita memerlukan bimbingan. Tak usah malu hendak menyertai halaqoh ataupun usrah, sebab kita memang memerlukannya. Kerana halaqoh adalah tempat kita belajar dan melatih diri untuk berislam dengan sempurna dan bersungguh-sungguh. Kerana tidak tahu dan tidak mampulah kita belajar. Sebab tu kita ke sekolah. Sebab kita bodoh, tak tahu, sebab tu kena belajar. Orang pergi sekolah bukan sebab dah pandai. Sebab tu kita ke halaqoh, untuk MENUNTUT ilmu, bukan MENUNJUK ilmu.
Adapun ketika kita cuba mengamalkan Islam dan cuba untuk berkomitmen dengan Islam, ada yang menentang, tidak suka dan mengkritik, itu adalah sunnatulah. Tiada rasul yang berdakwah melainkan semuanya ditentang oleh umatnya. Hampir semua mereka mendapat cemuhan, siksaan dan ada yang dibunuh, hanya kerana ingin berislam dan menyebarkan Islam. Begtu juga dengan kita. Ketika hendak berislam, akan ada ayg mengatakan kita sesat. Nak pakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, tapi dikatakan pelik. Dikata ekstrim. Nak baca terjemahan quran, dikatakan sesat. Nak pergi masjid, dikatakan nak menunjuk-nunjuk. Dan halangan ini boleh sahaja datang daripada keluarga kita sendiri. Namun apakah kita akan berhenti daripada jalan ini? Tidak sama sekali. Sebab itu Allah mengingatkan kita:
Katakanlah: "Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
[9:24]
Tentangan yang paling hebat ketika hendak berislam, berdakwah dan berjihad, sebenarnya adalah daripada keluarga kita sendiri. Oleh itu berjaga-jagalah.
Kesimpulannya, kita memang akan sentiasa diperli, dikutuk, dihina dan dicaci untuk membawa Islam. Akan difitnah yang pelbagai. Namun tetaplah bersabar, kerana yang kita cari sebenarnya bukan redha manusia, tapi redha Allah. Biar apapun yang orang kata asalkan dalam pandangan Allah, kita mulia.
Apa sikap kita kepada mereka yang menentang ini?
- Sentiasa ingat, bila peribadi kita dikutuk atau diperli, ingat, inilah ujian daripada Allah, tanda cintanya pada kita. Orang yang dicintai Allah akan diberi pelbagai ujian kepayahan dan penderitaan, agar kita lebih dekat kepadaNya.
- Biasakan tersenyum ketika berhadapan dengan mereka-mereka yang bermasalah ini, sambil mengingatkan diri sendir bahawa ini adalah ujian daripada Allah untuk kita. Senyum akan membantu meredakan tekanan.
- Teruskan berhubungan baik dengan mereka. Jangan dijadikan musuh. Biarkan mereka melayan kita seburuk-buruk layanan. Tapi kita membalasnya dengan sebaik-baik akhlaq. Jangan biasakan pendekatan memarahi mereka. Sentiasa memberi salam kepada mereka. Senyum ketika bertemu dan sebagainya. Mereka ini golongan yang tidak tahu dan tidak sedar hakikat kehidupan. Maka bersabarlah dengan mereka.
- Untuk ahli keluarga pula, teruskan menunjukkan akhlaq yang terbaik kepada mereka. Biarkan ibubapa melarang kita menyertai halaqoh, kita jangan melawan. Tapi jangan sekali-kali meninggalkan halaqoh. Di depan mereka tidak perlu ceritakan tentang halaqoh, cuma tunjukan apa yang kita belajar dlm halaqoh: menghormati ibu bapa, memuliakan orang tua, menyenangkan hati orang lain, sentiasa membantu mereka, tidak pernah menyakiti hati mereka, dan sebagainya. Jika mereka menyinggung tentang halqoh, tukarlah topik dengan segera. Yang penting pendirian kita tak akan pernah berubah, insya-Allah.
- Akhir sekali, perbanyakkan berdoa dan bermunajat kepada Allah agar diberikan kekuatan, ketabahan dan keimanan serta ketaqwaan kepadaNya. Mohonkan juga agar ibubapa, saudara-saudara kita, adik beradik, kawan-kawan dan masyarakat kita diberikan kefahaman terhadap agama. Semoga mereka juga diberi hidayah, sepertimana kita menginginkan hidayah.
semoga membantu...
wallahua'lam...
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menungkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid
Dipisah dia berkelkana
Dibelenggu dia uzlah menagih bina
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulnya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan sinar dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Sudah sunnah
Berjuang ke jalan Allah
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga
Share
0 comments:
Post a Comment