Nov 3, 2009

Cerpen : Mimpi?

 
Kafe V3 kelihatan amat sibuk. Ramai mahasiswa sedang makan tengah hari. Di suatu sudut, terlihat 4 orang yang sedang rancak berbual. Sekali sekali mereka tergelak kecil. Namun kadang-kadang agak besar juga gelaknya. Namun segera dikawal bagi mengelakkan pandangan serong pengunjung-pengunjung kafe yang lain.

"Weh, banyaknye ko makan arini Buzai. Macam tak makan seminggu!" seorang yang berbadan gempal memulakan bicara. Sesekali dia membetulkan letak kaca matanya. Berpura-pura pelik dengan tabiat teman sekuliahnya itu.

"Buzai memang gitu la Malek. Ko jangan buat-buat tak tau. Kalau makan macam kita ni, tu bagi dia macam makan choki-choki je kut." Sampuk Im, yang tidak lain roomate kepada Buzai.

"Sedap mengata...aku tak sarapan lagi la. Tu yang banyak sikit tu.." Buzai mempertahankan dirinya atau kata lain, menegakkan benang yang basah. Sesekali mengusap perutnya. Kekenyangan barangkali.



"Apasal la korang ni. Mesti kes bangun lambat lagi ni kan? Ko pergi mana semalam Im. Kul 2 aku tengok ko tak balek lagi. Ko balik kul bape?" MatKhai yang dari tadi senyap menyampuk.

"Aku balik kul 4.30 kut. Pastu ingat nak qiamullail sikit. Amek wuduk, bentang sejadah, pastu sedar-sedar dah kul 7!"

"Owh, patutla tak nampak kau kat surau pagi tadi. Korang qada' tahajjud ngan subuh sekali ek?" Malik bertanya sambil tergelak-gelak.

"Wuih, aku sempatla tahajjud 2 rakaat..slack tak set alarm kul 5.45 je. Tu yang terlajak sampai kul 7 tu. Tapi no hal, pahala berjemaah tetap ada..haha.." balas Im.

"Alah kau Im, sama je ada alarm ke tak, tak bangun gak!" Buzai kembali mengenakan.

"Mana taknye, ada je orang yang matikan alarm aku. Kadang-kadang aku bangun tengok-tengok wayar speaker dah cabut. Tak guna betul orang tu. Patutnye kejut la aku dulu."

Mereka tertawa terbahak-bahak.

"Korang berdua ni memang kelakar betul la. Macam-macam. Hah Im, ko mimpi ape sampai tak terdengar orang azan subuh?" Matkhai kembali bertanya.

"Tu yang pelik tu. Aku tak mimpi apa-apa pun. Sedar-sedar je Si Buzai ni dah ada kat depat desktop dia. Lampu dah menyala. Aku tanya dia, ko dah semayang lom? Dia kata, "Belum, tunggu kau la ni." Ape ke peliknye jawapan, kejutla aku dulu patutnye."

"Aku pun baru bangun la masa tu. Aku bukak lampu, pastu nak tutup komputer. Tak perasan pun ko tertidur atas lantai tu. Ingat ko da semayang dulu tak kejut aku."

"Macam-macam la korang nih. Weh Im, mesti ko ada mimpi apa-apa. Cuba ingat-ingat balik."

"Lek, dia penat sangat kut. Sebab tu tak mimpi apa-apa. Aku pernah, masa camping, lepas nightwalk malam tu, tak tido-tido. Lepas subuh campcom bagi can tido. Memang tak mimpi ape-ape pun." Matkhai menceritakan pengalaman.

"Mana boleh, mesti ada mimpi punya. Sebab masa tu roh ko keluar. Mesti ada apa-apa berlaku. Cuma ko tak dapat nak ingat je, sebab ko penat sangat." Malek mempetahankan pendapatnya.

"Tu la ko tak tau si Im nih. Dia kalau penat, dengan roh dia sekali penat. Lepas dia tidur tu, roh dia ingat nak keluar la. Sekali pancit punya pasal, bila roh tu keluar, dia pun join tidur sekali sebelah dia." Buzai mengeluarkan hipotesis yang tersangat hebat darjah kemengarutannya. Mereka tidak dapat menahan gelak lagi. Tebahak-bahaklah bunyi tawa kedengaran di sekitar meja itu. Kelihatan beberapa pasang mata mula melihat ke arah mereka.


"Woi, agak-agakla. Boleh pulak roh tu penat. Kalau ikut hipotesis mengarut Si Buzai ni, agaknye kalau leh tengok, ade 2 orang Im tengah tidur masa tu. Sebela-menyebelah." Malek menambah perisa.

"Dah-dah..mengarut korang nih. Kang tersembur air aku ni kang." Buzai yang sedang meneguk air tersengih-sengih.

"Hahaha...korang nih memang happy-go-lucky. Aku tak pernah jumpa korang, tak gelak. Mesti ada je lawak bingung yang dibuatnye. Tapi bagi aku, mimpi ni banyak hikmahnya." Im kelihatan ingin berkongsi.

"Hah, ape maksud kau?" ucap Matkhai dan Malek hampir serentak.

"Aku pernah mimpi yang rasa macam betul-betul aku lalui. Tapi mimpi tu putus-putus. Dia macam flashback. Aku tak boleh tentukan jalan cerita, tapi leh rasa apa yang berlaku tu. Memang real."

"Hah, macam menarik je, cerita la." Malek kelihatan tidak sabar.

"Macam ni..."

Suasana seperti waktu pagi. Cahaya matahari tidak begitu terik mahupun redup. Waktu dhuha barangkali. Aku melangkah ke tempat berwudhu'. Teringin untuk membasahkan anggota dengan air yang kemudiannya menjadikan syarat sah sesuatu solat.

"Wah..Akhi...tak sangka ya. Dah nak nikah. Tahniah, tahniah.." adik halaqohku tiba-tiba muncul di tepiku.

'Ah..? Aku nak nikah?' Aku tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum segaris. Perasaan penasaran dan bahagia bercampur-baur membentuk suatu perasaan yang tidak tergambarkan.

"Jangan lupa ajak ana nanti ya. Dah tak lama lagi kan?" Dia menyambung.

'Betul ke aku nak nikah dah ni? Bila lak parent aku bagi kebenaran?' Aku terus tersenyum dan menjawab pendek dan yakin. "Em..insya-Allah.."

*****

"Antum dah bersedia nak jumpa dengan akhwat tu? Kejap lagi  insya-Allah kalau tak ada aral melintang majlis ta'aruf tu akan berlangsung. Kita akan buat kat rumah ana." Murobbiku bertanya.

"Insya-Allah akh, ana dah bersedia. Soalan-soalan yang perlu dibincangkan ana dah sediakan." Aku menjawab dengan yakin. 'Hah? Malam ni ta'aruf? Siapa akhwat tu? Aku kenal ke?' Perasaanku ketika itu amat berdebar-debar. Jantung agak kencang degupannya. Saat yang indah bakalku hadapi.

"Nta pilih taknak bersua muka ni muktamad ke? Nak di sebalik tabir je? Antum boleh je tengok dia, takde masalah pun. Nabi pun syorkan untuk tengok bakal isteri kita." Murobbiku bertanya.

'What? Aku taknak tengok bakal isteri aku dulu? Betul ke ni?'

"Entahlah akh, rasanya boleh je. Tapi hati ana dah mantap. Antum yang pilihkan calonnya, ana tsiqoh je. Insya-Allah, asalkan beriman, semuanya ok. Dapat lebih, itu kan bonus." Aku menjawab selamba. Terus tersenyum tenang.

"Ok, kalau macam tu mari kita pergi."

Aku menuruti langkah murobbiku. Kami berjalan seiringan. Bergerak daripada masjid yang terletak berhampiran menuju ke rumahnya.


"Antum jangan risau, akhwat ni memang bagus, insya-Allah. Pengorbanannya, komitmennya pada dakwah, akhlaqnya, semuanya terbukti alhamdulillah. Kalau menurut ana, dia ni cantik. Tak tahulah menurut antum. Ana rasa antum dah pernah jumpa dengan dia ni.."

'Hah? Siapa dia ni? Subhanallah...Betul ke apa yang aku dengar ni? Ya-Allah..jagalah keikhlasan hatiku.' Aku hanya tersenyum. Hatiku berbunga-bunga. Perasaan yang cukup indah. Tidak terungkap dengan kata-kata. Kami terus berjalan sehingga sampai ke rumah murobbiku. Kulihat di depan pintu ada sepasang kasut perempuan.

'Dia punya kah?'

Lalu kami memasuki ruang tamu. Ada tabir yang menghadangi antara kami. Di balik tabir aku dapat melihat kelibat 2 orang. Mungkin itu si akhwat dan yang satu lagi zaujah murobbiku. Cahaya lampu menyebabkan bayang-bayang mereka terlihat di tabir. Lalu kami duduk berhadap-hadapan dipisahi tabir.

Lalu murobbiku membuka majlis dan menyerahkan majlis kepadaku.

"Assalamu'alaikum Ukhti." Ujarku. Hatiku penuh berdebar-debar. Saat itu sudah tiba?

"Wa'alaikumussalam Akhi." jawab si akhwat. Lembut.

'Macam pernah dengar je suara ni. Siapa ya?'

*****

Matahari kelihatan terik. Aku sedang berjalan di susur gajah untuk kembali ke kolej kediaman.  Baru selesai kuliah di poket D rasanya. Tiba-tiba terasa telefon bimbitku bergetar. Mesej masuk. Aku membuka inbox.

'Zaujati? Hah? Aku dah nikah ke ni?' Perasaan bahagia menyusup ke dalam jiwa melihat mesej itu.

Aku buka SMS itu dan membaca isinya.

Abang dah habis kelas? Jom lunch. Saya pun dh abis kelas ni. Saya tunggu abang kat cafe V3 ye.

Aku terus melangkah ke cafe. Kakiku menuju ke kawasan makan. Kelihatan seorang wanita bertudung labuh berwarna biru laut dengan jubah biru gelap sedang duduk di sebuah meja. Posisinya membelakangiku. Aku dapat merasakan semacam mempunyai sesuatu pertalian yang  amat kuat dengannya.

'Itukah dia? Zaujah aku ke tu?'

Kakiku melangkah terus mendekat kepadanya. Perasaanku sukar digambarkan. Rindu bercampur bahagia.

"Assalamu'alaikum.." Aku memberi salam


"Wa'alaikumussalam.." Dia menjawab. Lalu perlahan-lahan perempuan itu memusingkan badannya.

*****

"Hah, lepas tu pe jadi?" Matkhai menyampuk.

"Entah, cerita tu sangkut sampai kat situ je. Entah bila nak sambung mimpi tu. Sebenarnya tu 3 mimpi yang aku gabungkan jadi satu cerita." Im meneruskan. Dia tidaklah menceritakan serinci itu kepada mereka, cukup sekadar apa yang difahami mereka. Disebut murobbi, akhwat, zaujah dan lain-lain bukannya depa paham.

"Hisyh ko ni. Mimpi la abeh-abeh. Main sangkut tengah-tengah je. Abeh tu, kau kenal tak siapa perempuan tu?" Buzai yang daripada tadi khusyuk mendengar tiba-tiba bersuara.

"Ape ko ingat aku leh suka-suka sambung mimpi tu ke ha. Tapi yang aku perasan, setiap kali aku nak tengok siapa dia je, mesti aku tersedar. Tapi itulah hikmahnya."

"Apa hikmahnya?" Tanya mereka hampir serentak.

"Aku dapat meyakini, percintaan yang paling membahagiakan itu adalah selepas pernikahan, dengan isteri yang sah! Perasaan yang aku rasa masa mimpi tu memang real. Agak-agak lepas nikah nanti mesti lagi best! Sekurang-kurangnya terubatlah sikit kegersangan aku selama ni. Haha~.."

"Ceh, jiwang pulak mamat nih." Matkhai kemudian tertawa kecil.


Mereka kemudiannya menghabiskan makanan dan bergerak menuju ke destinasi masing-masing. Masing-masing merasakan terdapat sesuatu yang misteri dengan mimpi yang dialami. Dalam diam, mereka mula mengakui bahwa ada benarnya mimpi Im. Sebaiknya itulah cara pernikahan yang perlu dilalui mereka.


wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik...
[An-Nur, 24:26]

 
Share

29 comments:

Amin Baek November 3, 2009 at 1:04 PM  

ada ke part last tu ??
cm xde je..haha

Abu Huzaifah November 3, 2009 at 1:12 PM  

aku rasa umair lupa nak tambah,cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia,hanya ade kena mengena dengan amin je

s.hazira November 3, 2009 at 3:34 PM  

waa..ptanda baik 2..xlame ag la 2..hehe.nnti klo mimpi 2 sambung ag jgn lupe tulis kat cni yeaa.nk tau !!siapakah wanita brtuah 2(btuah ke?haha)..jeng3....

FRESHIE November 3, 2009 at 3:47 PM  

ok,flush. cerpen ini kelakar, manis, mdebarkan, penuh impian dan boleh menyeronokkan hati org2 yg dh bersedia utk menikah. hmm..

ahmad ashraf zafrullah November 3, 2009 at 6:00 PM  

this is my comment, cerpen ni penuh dengan fantasi.... sori umer, baca ckit jer coz x minat langsung cerpen tema cerpen camni... not my cup of tea...

AhMiEzZ November 3, 2009 at 8:09 PM  

awat masa ana bca td xpanjang mcm neh.. mcm reka2 je...haha..tpkan antum telah membuatkan ana berimiginasi..astagfirullah 3x..huh..kene jaga hati, iman dan keikhlasan neh..

umairzulkefli November 3, 2009 at 8:12 PM  

mana ada ana buat antum berimaginasi...
antum yang memilih untuk berimaginasi...

huhu~~

post yg mula2 tu pndek je..
tak siap lagi..
sbnanye nk save je, tp dh tekan post..

izaanirfan November 3, 2009 at 8:15 PM  

wah.. sape akhwat tu?? cepat tdo sambung mimpi~

stuju ngan lemek, buat manusia berimaginasi je.. astaghfirullah..

disyorkan utk meletakkan WARNING sign diawal post..

WARNING: DO NOT IMAGINE THIS HAPPEN TO ANYONE OR YOURSELF!

;p

umairzulkefli November 3, 2009 at 8:48 PM  

ape pulak sambung tido..
byk hari dah tdo,xsmbung mimpi pun...

mungkin mimpi tu dah tamat di situ...

hurm...

kenapa semua orang suka berimaginasi ni..huh~

imammuda November 3, 2009 at 9:06 PM  

jadikan mimpimu suatu kenyataan wahai penulis....

umairzulkefli November 3, 2009 at 9:18 PM  

memang sedang dan akan sentiasa diusahakan imammuda..
mohon doanya..(^_^)v

Fakhrullah Bin Mawardi November 3, 2009 at 10:25 PM  

masyaAllah..semoga cepat menyempurnakn separuh dari agama ya khi..ni tanda2 100 hari b4 nak wat ta'aruf ni..hehe..dah kena nikah dah ni..semoga hati kita sentiasa terjaga ya khi..=)

ahmad ashraf zafrullah November 3, 2009 at 11:41 PM  

moral of the story yg. ana dpt after review balik post ni...

"Betul ke aku nak nikah dah ni? Bila lak parent aku bagi kebenaran?"

1) dah nak nikah dah n dah dpt green light daripada parent tapi x tahupun...

"Zaujati? Hah? Aku dah nikah ke ni?"

2) bila dah nikah, still xsure dah nikah ke belum...

"Itukah dia? Zaujah aku ke tu?"

3) xkenal zaujah sendiri...

Sebaiknya itulah cara pernikahan yang perlu dilalui mereka...

-xtahu plak ana syndrome orang yg. dah nikah camni lagu dier...

umairzulkefli November 4, 2009 at 3:25 AM  

Heh~~
Ashraf...
I assumed that ur juz kiddin..
but if u r serious..

tgk balik ayat ni :
"Dia macam flashback. Aku tak boleh tentukan jalan cerita, tapi leh rasa apa yang berlaku tu. Memang real."

Bila bermimpi, umpamanya kita sedang ditontonkan video kt mata kita, kita xtau apa yg sdg berlaku sbnrnya, tp kita ada di sana..

every words in the inverted commas are nothing else than perceptions that we had while facing those scenes...

got the message...

Penunggang Bruang Bertopeng November 4, 2009 at 6:52 AM  

Kalau Farull cakap 100 hari, sem depan la tuh. InsyaAllah ye Akhi Umair...

izaanirfan November 4, 2009 at 9:48 PM  

sem depan insyaAllah.. ikhwah2, jom nikah jom.. sem depan nikah ramai2 ye..

(statement diatas adalah ideal case. Dalam situasi sebenar, correction factor, z, perlu disertakan menyebabkan statement ini...)

p/s: mood exam, sori~

Amin Baek November 5, 2009 at 7:37 AM  

ampknye izaan beria2 kali ni..hehe..kamon izaan..

umair,da smbung lom mimpi ko ni??waa..leh lak mimpi berepisod2 kn..haha

nursyuhadak November 5, 2009 at 8:15 AM  

xpe dik..mana tau kan mimpi itu jgk satu peringatanbt kita semua.baguslah dapat kongsi dgn semua org.

ibnu_ali November 5, 2009 at 12:41 PM  

wahai ikhwah2 sekalian..

ayuh jadikan teori2 ni jadi praktikal...huhu...


"kado pernikahan untuk ikhwah..."

pemilik cintaku..setelah ALLAH dan Rasul dan JIHAD...

umairzulkefli November 5, 2009 at 2:42 PM  

waa...
sabau2 wahai saudaraku..
iA akan direalisasikan..
hanya faktor waktu...

(^_^)

nurul88 November 5, 2009 at 6:22 PM  

adehla..boleh plak ye..
semoga dpt direalisasikan,ameen..
tp make sure klu jadi kawin time blaja, dakwah x makin slow ye..slama2nya.ameen~
^^v

ibnu ghazali November 6, 2009 at 8:43 AM  

akh,kurangkanlah angan-angan..
itu satu petanda yang kita ni masih kurang matang.
tapi ana rasa antum sudah cukup matang kan?
sekarang cuba jadikan ia satu realiti.Usaha diletakkan tinggi sehingga tiada apa yang mampu lagi menghalang niat suci antum tu.
buktikan pada semester ini dengan keputusan yang boleh buat ibu bapa antum melompat..insyaAllah.
ana yakin,bile dengar yang antum dapat markah tinggi dalam test.tahniah~
cuma,siapkan nurani antum sekarang utk memikul tanggungjwab lebih besar.bukan sahaja sebagai murabbi,bahkan sebagai pemimpin.
pandangan ana pasal cerpen ni,overall cukup ok.tapi bila banyak post mengenai cinta,kadang-kadang itu yang membuatkan orang muak(muak menunggu,bila nak jadi real)
bila banyak post mengenai cinta,itu serba sedikit tunjuk antum banyak berangan.tapi antum x kan?
afwan kalau tersilap bicara..

umairzulkefli November 6, 2009 at 8:58 AM  

setiap masukan adalah bermakna...
insya-Allah...
saling doa-mendoakan..

mari sama-sama kita buktikan...
(^_^)v

faza4peace November 7, 2009 at 4:04 PM  

virus pink melanda ikhwah !

izaanirfan November 7, 2009 at 7:02 PM  

insyaAllah khi.. coretan hati disini byk maknanya.. ana xamik sbg anganan, tp selaku our mission statement.. Mission statement tertinggi adalah lailahaillallah.. tp utk mencapai mission statement, ada 2 misi jangka pendek dan jangka sederhana yg kene complete.. Take this as one of them, because its completed half of your Islam. Bila mission statement dh ada, and dah clear, minda akan berada dalam mood bekerja, sedang badan akan menjalankan usaha tanpa kenal penat lelah.. Teruskan usaha khi!

ahmad ashraf zafrullah November 7, 2009 at 9:03 PM  

ana stuju ngan comment ibnu ghazali, umer, purpose 2 comment sarcastic ana b4 dis is 2 giv d message supaya kurangkan post on perasaan, angan2, 'cinta2' islami, kawen2, etc... cuma kalo skali dua kali tu xpe ah...

frankly speaking ana agak muak...

ni lah antara reason knp orang awam pandang LEKEH dai'e2 @ aktivis da'wah, coz kita bnyk focus perkara2 KECIK camni... cam budak xmatang... (dis is purely based on my experience)

akh, kenapa xfocus posting on Akhbar Islami? Ghazwul Fikr? Qadhya Da'wah? Takwinul Ummah? Tarbiyah Islamiyah? Fiqh Da'wah?

xkan ini saja yg. entum dpt sejak sekian lama terjebak dlm Tarbiyah & Da'wah?

'afwan, ana tegur ni untk yg. terbaik buat entum...

umairzulkefli November 7, 2009 at 9:21 PM  

jazakallah atas masukan dan cadangan semua pihak...
insya-Allah akan cuba yang terbaik untuk perbaiki diri..

Muhamad Asnawi Vaea September 18, 2011 at 9:52 PM  

assalamualaikum... dan akhirnya, mimpi mnjadi kenyataan... marathon... menyingkap kisah hidup murabbi tercinta~

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP