Nov 21, 2009

Sejarah Komik Untukmu

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...

Komik yang dah lama ada di alam maya...
Kini tergerak hati nak letak di blog sendiri..


Sebenarnya tidak pernah terlintas untuk cerita ini dikomikkan. Namun itulah takdir. Ia mendahulu segalanya. Pada mulanya cerpen Untukmu hanya disebarkan melalui group-group discussion dalam friendster. Komen yang banyak sekali diterima. Protes dan setuju bertalu-talu. Sehinggalah sebuah mesej di inbox friendster mengubah segalanya.

Salam, ana nak minta kebenaran nta untuk buat komik berdasarkan cerpen nta ni. Harap diizinkan.
-Freshie-


Silakan. Moga ada manfaatnya untuk dakwah
-umairzulkefli-


Pada mulanya ia hanya sekadar komik 2 muka surat. Pendek, dan hanya menukilkan mesej-mesej berkenaan zina hati. Tajuknya : Cinta Anta-Anti..




Lalu setelah beberapa diskusi dilakukan, persetujuan dicapai untuk menghidupkan komik itu seperti cerpennya sendiri. Mengekalkan semua watak dan menggambarkan keadaan sebenar. Dan ini adalah lakaran-lakaran awal komik Untukmu :






Afwan, jalan cerita ana tukar sikit. Harap tak kisah.
-Freshie-


La ba'sa. Ok juga tu. Menjadikan tajuknnya lebih difahami. Olahan yang baik.
-umairzulkefli-

Harap manfaatnya dapat dikongsi bersama..

-"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya.."

Terimalah :



..::untukmu::..





Setinggi-tinggi penghargaan kepada Freshie yang telah berhempas-pulas menyiapkan komik ini. Bukan mudah untuk menterjemahkan sebuah cerpen kepada komik. Semoga Allah merahmati mereka yang terus berusaha menyebarkan dakwah Islam, walau melalui medium apa sekalipun.

Untuk download Komik Untukmu versi PDF klik sini. Share

15 comments:

Fakhrullah Bin Mawardi November 21, 2009 at 10:24 PM  

alhamdulillah..dari cerpen ke komik..dari komik bila lagi jadi lakonan..hehe..insyaAllah..=P

umairzulkefli November 21, 2009 at 10:28 PM  

lakonan??
hurm...
actually dah pernah zubair+bapak lakonkan masa barbeque ikhwah semester july 07..tapi jalan ceritanya lari..jadi lain ceritanye..

antum nak lakonkan ke?
(^_^)

analytical_blue November 22, 2009 at 3:11 PM  

Salam. Asif, bole tau.. cerita untukmu ni berdasarkn kisah benar atau rekaan semata ya?

umairzulkefli November 22, 2009 at 4:29 PM  

Salam...
Kisah benar atau tidak...itu bukan soalnya..
yang penting ia mempunyai pengajaran yang perlu diambil bersama..

Ya, ia kisah benar. Alhamdulillah dengan izin Allah ana berjaya melaluinya. Berharap agar terus istiqamah. Semoga dengan perkongsian ini, lebih ramai yang mampu mengambil manfaat dan pengajaran daripadanya..

wallahua'lam...

FRESHIE November 22, 2009 at 4:39 PM  

kisah ini ditulis bukan utk mengangkat naik nama penulis. bukan utk mengutip debu2 populariti. rekaan atau pun benar kalau dirasakan ada hal yg salah barulah perlu dipersoalkan.

(Ibnu Muhammad) November 23, 2009 at 8:32 AM  

Masya Allah. Ni boleh lawan KCB ni kalau di buat filem. Ok Umair, ana cadangkan anta jadi hero, sabahan muslim jadi 'tebat', n ana jadi meja tempat duduk tuh. Haaa...baru gempak n meletup.

He..he sekedar menceriakan pagi.

Sobahul khair ya ukhoyya. Inni uhibbuka fillah, wallahi...

umairzulkefli November 23, 2009 at 8:36 AM  

wah...akhi ammat pg2 suda reply post...
selamat pagi ya ammat...

arini xdpt sarap di atap biru daa..
puase...
tp mungkin leh iftar sama2..?

analytical_blue November 23, 2009 at 9:05 AM  

Alhamdulillah, anta berjaya harunginya.
Ana bertanya kerana kisahnya hampir sama dgn kisah yg ana sendiri alami. Xsangka.

Alhamdulillah, ana pun telah berjaya tempuhinya 4 tahun lepas. Waktu buat keputusan tu pun, sama jg.. semalaman menangis. ISh3. ^_^

Tak sangka selama ni baca komik tu, baru tahu tuan punya kisah siapa. Patutlah mcm ada 1 feel bila baca post2 anta krn sejarahnya begitu.
Ana yg pernah alaminya, ana faham.

Anyway, All the best 4 ur future. Moga dakwah tetap no 1 dan ALLAH sentiasa hadir sbg cinta utama anta. Aminn.

umairzulkefli November 23, 2009 at 9:08 AM  

Alhamdulillah..kita tak berseorang di muka bumi Allah ini..
Teruskan hidup untuk memberi kepada Allah...

Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya...
-petikan daripada Filem Laskar Pelangi-

diba_hakd November 27, 2009 at 11:09 PM  

salam
mohon copy..
tahniah kepada freshie n akhi atas pentransforman ini.
boleh tak nak komen sket?
part yang last tu mmg macam tu ke?
mcm tak best..kalau btul nta bg quran tu ok..tp kalau tak..mcm tak best...
afwan..
sekadar masukan n pendapat peribadi..

umairzulkefli November 28, 2009 at 7:15 AM  

diba_hakd--->
part beri quran tu memang ada, cuma tak ditulis dalam cerpen..

wallahu'alam...

muhammad hanis mohd ismail December 3, 2009 at 9:36 AM  

mantap umair! ana nak try compilekan n ltak dlm facebook ek.?

aisya humaira December 14, 2009 at 12:57 PM  

salam, ana nak mintak kebenaran utk print utk diberi pada kwn2 ana.. bukan utk dijual tapi utk menyedarkan..

Shazara September 30, 2011 at 4:56 PM  

salam, mohon print komiknye.. bagi kawan2 baca...
barakallahufikh..

Shazara September 30, 2011 at 4:56 PM  

mohon share untuk kawan2 kat sekolah..
barakallahufikh..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP