Nov 23, 2009

Tazkirah : Nak baca komik boleh?


"Akh, ana dah baca cerpen antum yang cerita pasal perangai da'i tu. Ana musykil sket." Tanya seorang anak halaqohku.

"Yang Perbaiki Dirimu tu ke?"

"Haah."

"Apa yang antum musykilkan?"

"Susahlah kalau tak boleh baca komik, tak boleh tengok movie, tak boleh macam-macam lagi la. Takkan tak boleh sikit-sikit pun?"

"Boleh je, bacala komik Untukmu ke, komik-komik islamik lain yang ada kat internet macam Alwan Comic. Searchla. Tanya Ustaz Google. Macam-macam ada. Movie pulak, tengokla Ketika Cinta Bertasbih ke, Laskar Pelangi ke...macam-macam lagi boleh."

"Hurm...kalau Dragon Ball? Kreko? Utopia? Arena Komik? Movie-movie macam Superman, Spiderman, Starwars, Heroes, semua tu tak leh ke?" Soalan ditanya bertalu-talu.

"Wah...antum ni, tanya macam machinegun! Bak kata orang Melaka, bawak-bawak bersabau ye dik. Dalam Islam, sebenarnya kalau kita nak tengok movie, main game, baca komik, semua tu boleh je. Hukum asal kepada semua amalan adalah harus. Harus ni, wat boleh, tak buat pun tak berdosa." Aku menerangkan.

"Hah, kalau gitu boleh la tengok?"

"Haih demo! Sabau! Kawe dok abeh royak lagi nih! Ha..kan dah keluar loghat kelantan."

"Hahaha..ok-ok.."


"Gini. Semua benda harus tu boleh jadi berpahala ataupun berdosa. Tergantung kepada apa yang dilakukan. Kalau movie, bacaan dan game tu ada unsur-unsur lucah, maka haramlah ia."

"Ha, Dragonball tak lucah. Bolehlah baca kan?"

"Dia ni kan..."

"Ok-ok...terus-terus..."

"Namun, perkara-perkara yang harus ni, jika melalaikan, maka ia akan membawa kepada Haram. Kerana Allah melarang kita untuk lalai daripada mengingat Allah. Cuba baca Surah Al-Munafiqun, surah ke-63, ayat ke-9."

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
[63:9]. Em, tapi macam mana boleh sampai jadi haram pulak?"

"Mengikut kaedah usul fiqh, semua perintah di dalam Al-Quran itu hukumnya wajib dan semua larangan hukumnya haram haram. Dan dalam ayat tu Allah melarang kita untuk lalai."

"Waa...tapi..."

"Lagipun kita ni orang-orang yang nak menyeru orang ke jalan Allah, nak berdakwah, nak jadi orang beriman. Orang-orang beriman ni, dia tak buat benda-benda lagho."

"Lagho apekejadahnye pulak...."

"Aisey antum nih...hah, bukak Surah Al-Mu'minun, surah ke-23, ayat 1-3."

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,(1) (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya,(2) dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,(3)  [23:1-3]"



"Ha..orang beriman, dia tak buat benda lagho, iaitu perbuatan dan perkataan yang tidak berguna. Dan semua perkara yang tidak menaikkan keimanan tu, boleh dikategorikan sebagai perbuatan yang tidak bermanfaat dan tidak berguna. Hadith nabi pun ada. Boleh rujuk hadith Arba'in, hadith ke-12. 'Di antara ciri-ciri sempurnanya keislaman seseorang itu adalah meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfat bagi dirinya. Cuba kita fikir, dengan tengok movie-movie yang antum sebutkan tadi tu, agak-agak iman kita bertambah tak?"

"Tak kut.."

"Ape kut-kut, memang tak pun."

"Ye la.."

"Dahla tak menambah pahala, malah mungkin boleh melalaikan, malah membawa kepada dosa."

"Waaaaaa......payahnye..banyakla komik, movie, dan game kena tinggalkan."

"Sabarlah. Sikit-sikit, lama-lama boleh punya."

"Antum cakap senanglah. Buat sikit tengok. Antum mana pernah layan benda-benda tu semua kan?"

"Hah, siapa cakap? Ana dulu kipas-susah-mati Kreko tau. Bukan tu je, Detektif Conan tu, ana ada full volume. Siap pergi order hantar ke rumah lagi. Nak order tu bukan senang, kena buat money order kat pejabat pos. Pernah haritu, bas tak muncul-muncul. Ana jalan kaki ke pejabat pos tu. Ade la dalam 2 kilometer gak."



"Pergh, semangat gile murobbi aku. Macam tak caya lak. Biar betul antum nih?"

"Betul la. Tapi lepas tu, semua ana tinggalkan. Koleksi-koleksi Conan, Kreko, Arena Komik, semuanya ana jual kat surat khabar lama je."

"Huh...macam mana antum buat? Takkan tinggal macam tu je?"

"Ada la ceritanya. Masa tu kat sekolah lagi."

"Hah, ceritalah!"

"Macam ni..."

'Hisyh mamat nih, balik-balik baca komik Kreko nih. Aku rasa tiap-tiap hari mesti dia baca punyalah. Kulit pun tak tak ada. Warna kertas dah naik kuning. Ape tak bosan ke baca tiap-tiap hari? Aku pun baca jugak kreko, tapi takdela sampai nak ulang banyak-banyak macam nih.' Rungut hatiku terhadap Kamil. (bukan nama sebenar)

Menjadi kebiasaan bagi pelajar SMAPL, akan ada tazkirah selepas solat asar. Dan kebiasaannya muzakkir (pemberi tazkirah) banyak daripada kalangan adik-adik form 1 dan form 2 sahaja, kerana hanya mereka yang diwajibkan untuk berada dalam majlis itu. Senior-senior lain sudah tidak terikat dengan peraturan Badan Dakwah & Kerohanian (BDK), cuma digalakkan sahaja. Dan kebiasaannya juga, muzakkir hanya akan membacakan Kitab Fadhail Amal. Sekadar membaca. Buat syarat. Itu yang amat aku tidak gemar. Membuatkan tazkirah menjadi hambar. Menjadi musik yang indah buat mata-mata yang terkena celak syaitan.

Suatu hari selepas solat asar, aku bangun ke depan untuk memberi tazkirah asar.

'Baik aku bagi tazkirah. Nanti budak-budak ni baca je, ramai pulak yang tido.'

Dan aku memberikan tazkirah mengenai membaca Al-Quran.

"Al-Quran ni kena teman kita. Perlu dibaca sentiasa. Kenapa sekarang kita tengok ramai orang yang perangainya teruk, akhlaqnya buruk? Padahal kita semua kat sekolah agama? Sebab kita menjadikan telah menjadikan syaitan ni sebagai teman karib. Cuba seorang bacakan Surah Az-Zukhruf, surah ke-43, ayat ke-36."

Seorang junior form 1 membacakannya:

Barang siapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Qur'an), Kami adakan baginya setan (yang menyesatkan) maka setan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.[43:36]

Tiba-tiba aku perasan Kamil berada di barisan belakang. Lalu aku berkata:

"Jadi, jangan jadikan setan kawan kita. Daripada kita baca komik, baiklah kita baca quran. Dapat pahala. Ada seorang tu ana tengok, asyik-asyik baca komik kreko yang sama. Balik-balik komik tu. Komik tu dah nazak gile, lusuh abeh. Kulit pun dah takde. Pun dia nak baca lagi. Agak-agak kalau komik tu boleh cakap, dia dah kata : Sudah-sudahlah tu..dah dekat 14 kali ko baca aku nih! Bagilah aku berehat pulak. Dahla habis bogel aku korang buat, tak puas-puas lagi ke?"Aku sedikit bercanda.

Lawakku menjadi. Agak gamat musolla itu dibuatnya. Tetapi kelihatan seseorang tidak berubah ekspresi mukanya.

Pada malamnya,

"Eh, kreko baru. Din, pinjam!" Lalu kuambil majalah kreko itu. Din baru balik outing. Kebiasaannya mereka menghabiskan bacaan dalam perjalanan pulang, di atas bas.

    'Langkah kanan aku...ape lagi..naruto-naruto...' Aku melayan kreko dengan hati yang gembira.

Tiba-tiba,

"Hah, Umair! Baca kreko! Ko dah baca Quran belum hari ni!? Baik kau baca Quran daripada baca Kreko. Mana dapat pahala!" Kamil tiba-tiba muncul di pintu bilik. Lalu dia keluar ke koridor.

"Cakap je lebih, pastu baca jugak! Poyo je. Baik tak payah bagi tazkirah!" Kamil menjerit-jerit di koridor. Seakan-akan dia ingin seluruh asrama mengetahui aku membaca komik.

'Peh, ape la mamat nih. Kreko baru ni, aku baca la. Bukan aku kata tak boleh baca langsung, tapi baca la quran dulu. Quran aku hari ni dah baca pun. Tak puas hati pasal petang tadi la tu.' Monologku. Terus hilang selera membaca. Lalu aku terduduk berfikir.

'Betul jugak cakap dia. Aku selalu bagi tazkirah, tapi ade gak buat sikit-sikit. Macam mana orang nak respect macam ni. Lagipun, komik ni bukan ade guna pun baca. Buat gelak je. Tak tahu sambungan cerita ni bukannya mati pun. Dahlah. Lepas ni aku takkan baca komik lagi'

"Sejak daripada tu, ana tak pernah sentuh kreko lagi. Kadang-kadang selak-selak la jugak, tapi cepat-cepat tinggalkan. Macam ana cerita dalam cerpen Perbaiki Dirimu, setiap yang kita pandang kecil, dipandang besar oleh orang lain. Cuba tengok kenapa dakwah nabi sangat-sangat diterima. Orang pun tak boleh nak pertikaikan peribadi baginda. Sebab baginda memang buat apa yang dia sampaikan. Bak kata orang minang, He walk his talk!"

"Minang pun minangla. Tapi betul jugak tu. Em, ana cubalah nanti. Antum kenalah selalu ingatkan ana."

"Insya-Allah."



Share

17 comments:

FRESHIE November 23, 2009 at 2:58 PM  

menarik cerpen ni. bace je lah komik, tp kalau smpai menjauhkan kita dr Al-Quran mmg bahaya. ya, baca komik mmg diakui best. boleh menjana kreativiti, rasa seronok, teruja dan membuai2 jiwa muda ini. simptom ketagih, kering poket, mmg bese bg budak2 yg gle komik. Tp igt, baca komik macam mkn kuaci, baca Quran macam makan nasi! mabruk umair

Kelembai Dukm November 23, 2009 at 3:20 PM  

ABG UMER..
hhehehehe
saye pown da x bce kreko..
tp naruto still ikut sket2..
tringat tym saye menjadi penglipur lara abg dulu..
mmg lara btl.. huahuahuahua

SuMaiYyaH November 23, 2009 at 4:26 PM  

salam...artikel yg cukup memberi manfaat..dulu pun ana suka baca komik...sekarang pun baca skit2..tapi dah beralih arah kepada majalah solusi yang penuh dengan info2 islamik..

zubair ghazali November 23, 2009 at 5:35 PM  

oh..btol2..jangan rajin2kan baca komik,
sebab komik macam rokok jugak,
bila dah rasa mmg best, dan bila nak tinggal
sangat2le susah..ish3~

Amin Baek November 23, 2009 at 5:43 PM  

hurm...
kadang2 mayb kita 'ter'buat mende2 cmni
mungkin masih terdapat sisa baki
karat2 jahiliyah pada diri..
huhu..
semoga Allah memelihara jiwwa2 org yg ingin dekat kepadaNya..amin~

Penunggang Bruang Bertopeng November 23, 2009 at 6:07 PM  

Ermm.. InsyaAllah ana cuba tinggalkan Kamen Rider,
tapi pelan2 la.
Ataupun..
Biar ana jadi Kamen Rider! Hahaha!

Zikir Din November 23, 2009 at 6:49 PM  

"Minang pun minangla. Tapi betul jugak tu. Em, ana cubalah nanti. Antum kenalah selalu ingatkan ana."

Ana ingat ada orang nak masuk minang anta ya umair!

umairzulkefli November 23, 2009 at 7:52 PM  

FRESHIE--->Bagus quotation tu, "omik macam mkn kuaci, baca Quran macam makan nasi!" (boleh buat lukisan)

Anniq--->Terkejut ana, ingat siapa tadi, rupanya adik satu dorm dulu..jgn disingkap kisah silamku..haha..jge rhsie tau!

Zuber--->Komik macam rokok? Owh, pernah try ye...kntoi...

Amin--->Woh, kadang-kadang 'ter' pulak...ini bhye ni...huhu~ Jangan 'ter' makan bnyk2 sudah la...(^_^)

Penunggang Beruang Bertopeng---> Antum punya nick nih ana muyskil la...apesal beruang ade orang tunggang? Huhu..antum xya jadi Kamen Rider, antum jd Bear Rider la..huhu

Imam Muda--->Orang Minang la...xde kaitan dengan dengan meminang...

(hua..bnyknye reply....)

MUSAFIR TAUBAT November 23, 2009 at 9:23 PM  

Ketika Cinta Bertasbih?
Ade yg sambungan tak?

[amiza malik] November 23, 2009 at 11:53 PM  

sama juga dgn korea, anime, bola etc etc.
sebenarnya d bes way to get rid of this things dgn sibukkan diri dgn perkar2 bermanfaat then only we dun haf time to waste.

one ti, hakikat hati manusia mcm gelas. gelas, kalau tak diisi dengan air akan diisi dgn udara. hati manusia, jika tidak diisi dengan cinta kepada Allah dan RasulNya, akan diisi dengan cinta kepada dunia dan hiasannya.

mabruk umer. kipidap.

Izz Amri November 24, 2009 at 3:01 AM  

nice article.. harap2 diri ini mampu bermujahadah meninggalkan semua perkara2 yang boleh melalaikan.. bukan senang tapi bukan mustahil~

Ashraf CeriTakaful November 24, 2009 at 6:31 AM  

Kreko & Conan??? adoi, teringat kisah silam zaman muda2 dulu... lolz

trimas ah umer coz jadi stokis komik detektif conan kat bilik Ibn Khaldun, kalo tidak memang mustahil ah kita nak settlekan mutaba'ah amal 1 conan comic per month! *ROFL

n may i say dat dis cerpen is my most favouritest post of all in ur blog... ^_^

brilliant! splendid! ticklish! superb! marvelous! fantabulous!

p/s- i'll remember our chat b4 u post dis cerpen.... thumbs up umer!

hisyam_mujahid November 24, 2009 at 8:56 AM  

bagus tul post ni. ingatan utk ana jugak.

p/s: akh, banyak typing error.

umairzulkefli November 24, 2009 at 11:34 PM  

~izzati amri~--->bukan senang tapi tak mustahil...betul tu...sbb ade org leh wat kn?

MUSAFIR CINTA--->cerita tu br release 1 jer....tunggula KCB 2, lebih menarik+mendebarkan!

[amiza a.malik]--->perumpaan cawan...da lama xbg tazkirah pasal tu. masa kt SMAPL slalu bg pasal tu, jzkk atas masukan.

ahmad ashraf zafrullah--->wa...commentator paling aktif& teruja! huhu...iA..teruskan bg masukan, iA ana perbaiki cara penulisan

hisyam_mujahid--->ok, da betulkan, jzkk.

MF November 24, 2009 at 11:51 PM  

huhh..
syukur dr zaman dulu ana bkn jenis yg melayan komik.. komik kreko tu, yg ana slalu layan pun komik2 strip yg ringkas tu.. tu pn pnjam org, nak membelinya jauh skali.. huhu.. rsa mcm membako duit jew~

Al Quds Travel November 28, 2009 at 3:07 PM  

Al Quds Travel Welcome You :-

"AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Official Radio : THR Gegar FM
Tel No : 609-747 9999

Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!

faza4peace November 30, 2009 at 12:12 AM  

Pergh ganas ceerpen nih... bro bro teruskan lagi best ar layan komik antum nih

nnti publish setiap mesti ana beli secara post.. biar sampai lusuh@lenyai baca.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP