Aug 24, 2010

Dakwah : Menegur ; Jangan Simbah Minyak Pada Api

Nabi berpesan,

"Barangsiapa salah seorang dari kalian melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tidak sanggup mengubahnya dengan tangannnya, hendaklah ia mengubahnya dengan lisannya. Jika ia tidak sanggup mengubahnya dengan lisannya, hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemahnya iman."

Ramai yang termotivasi dengan ayat ini lantas bergegas untuk menjadi golongan 'kuat iman'. Lantas segala kemungkaran segera diubahnya dengan tangan. Biar sekecil apapun. Bagus. Semangat berdakwah yang sangat menepati seruan Rasulullah SAW.

Tetapi jangan terlupa. Manusia makhluk yang mempunyai perasaan. Cara manusia itu menerima teguran dan 'pengubahan' terhadap maksiat tersebut amat-amat bergantung kepada perasaannya.

Maka sedikit perkongsian yang boleh saya bawakan di sini. Cara menegur.




Tujuan

Semua perbuatan kita perlu tujuan yang jelas. Tujuan kita hidup adalah untuk mencari redha Allah. Maka semua amal kita adalah berlandaskan sebuah pertanyaan, "Apakah Allah redha dengan perbuatan aku ini."

Maka apa tujuan kita menegur dan memberi peringatan kepada orang lain?

Firman Allah:

Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?” Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: “(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa”.
[Al-A'raf, 7:164]

Tujuan kita menegur dan memberi peringatan ada dua:
  1. Melepaskan diri daripada tanggungjawab. Agar nanti menjadi alasan depan Allah SWT yang kita telah berbuat.
  2. Agar mereka bertakwa.
Sebab yang kedua ini mungkin ramai penegur-penegur serta pemberi ingatan sekarang terlepas pandang. Apa yang mereka buat adalah sesuatu yang tidak memikirkan adakah orang yang ditegur itu akan menerima teguran mereka. Jika fikir pun, sudut perasaan seringkali diabaikan. Sehingga orang yang ditegur tidak mahu menerima mesej yang disampaikan, walaupun mereka tahu mereka salah.

Punch n Go


Biasa dengar? Sebuah kisah yang menarik untuk dikongsi.
"Mat, kan aku dah cakap, menutup aurat tu wajib hukumnya. Lelaki wajib tutup aurat daripada pusat hingga lutut. Pakai seluar pendek macam ni tak boleh, berdosa." Kata seorang abang kepada adiknya yang berbeza umur hanya setahun.

"Suka hati akulah. Kau sibuk-subuk kenapa? Balik-balik suruh aku tutup aurat. Aku tahulah jaga diri sendiri. Kubur masing-masing!"

"Ye lah, aku nasihat ni takut nanti kubur kau sebelah kubur aku, kau meraung-raung dalam tu, aku yang tak tenang bersemadi nanti." Dengan nada yang semakin meninggi.

"Boleh jalanlah kau! Ingat kau baik sangat? Ingat kau tenang ke dalam kubur nanti? Kau pun banyak dosa gak!"

"Ah, kau tu yang memang dah teruk. Berapa banyak benda mengarut yang kau dah buat? Sedar-sedarlah diri sikit!"



Lalu perbualan yang tujuannya untuk menegur menjadi perbalahan yang tidak berkesudahan. Kenapa? Sebab Si Abang sentiasa menasihati adiknya hanya ketika adiknya membuka aurat. Di masa-masa yang lain dia hanya sibuk dengan kerjanya sendiri.

Mengapa ini berlaku? Kerana kita berfikir hanya untuk memberitahu yang dia salah. Dia sedang bersalah, jadi betulkan kesilapan itu. Kita berfikir bahawa semua orang memang perlu diberitahu secara terus yang dia salah. Sekali lagi, cara kita menyampaikan amat penting. Dari situ orang akan menerima teguran itu atau tidak.

Jika kita bertindak sedikit bijak dengan meletakkan tujuan kedua dalam menegur, makan ia akan dapat diselesaikan. Kita akan sentiasa berfikir, "Macam mana aku nak sampaikan agar dia dapat terima teguran aku, dan agar dia berubah?"

People Wont Care How Much You Know, Until They Know How Much You Care

Jangan pening dulu. Fahami ayat di atas perlahan-lahan. Dah faham?
Kita perlu terlebih dahulu meraih kepercayaan 'mad'u' kita, yang kita hadir untuk membantunya. Bukannya kita hadir hanya untuk menunjukkan yang dia salah. Sengaja mahu membuka pekungnya.

Kisah tadi, mari kita ubah sedikit.

Si Abang terlihat adiknya memakai seluar pendek di dalam bilik. Lalu pergi ke dapur untuk membancuh segelas air sirap sejuk. Lalu menyajikan kepada adiknya.

"Nah, aku buat air untuk kau. Minumlah."

"Aik, baiknya abang hari ni? Terima kasih." Kata Si Adik sambil tersenyum. Siap panggil 'abang' lagi tu. Biasanya ber'aku' 'engkau' je.

"Takdelah, aku sebenarnya kesian dengan kau."

"Kenapa?"

"Kau macam kepanasan je. Aku tengok pakai sikit je pakaian hari ni. Tu bagi kau air sejuk ni, biar 'cool' sikit." Sambil memuncungkan bibirnya ke arah seluar pendek si adik.

"Hahaha, taklah panas sangat, biasa-biasa je."

"Okay, kalau tak panas lain kali leh la pakai seluar panjang kan? Nabi pun suka, Allah pun sayang. Nanti syaitan mesti menangis punya tengok kita tutup aurat, tak buat dosa."

"Hehe..okay."
Got the picture?



Kalau tak tahu bahasa 'Ayam', guna 'Ayam' lain untuk nasihat 'Ayam' kita

Jangan gelak dulu.

Maksudnya, kalau kita sendiri tidak mampu menasihati, mintalah orang yang dekat dengan mad'u kita untuk mengingatkan. Orang yang memang dihormati dan dipercayai oleh mad'u kita.

Minta ayah ibu tolong nasihatkan.
Minta kawan-kawannya tolong ingatkan.
Minta guru-gurunya tolong sampaikan.

Kalau lihat ikhwah lain buat masalah, dan kita dengan dia agak tidak mesra atau terlebih mesra sehingga dia tidak mampu menerima teguran kita, maka salurkan kepada murobbi. Insya-Allah murobbi lebih faham masalah anak halaqohnya.

Jangan Main Dengan Api

Nasihat itu berpada-pada. Jangan diteruskan kalau mad'u kelihatan tidak bersedia ditegur. Sekali disampaikan dia diam, tetap tidak berubah, jumpa kali kedua. Cari di waktu dia sedang ceria dan tidak beremosi. Kalau tetap tidak bejaya, guna kaedah 'Ayam' tadi. Mungkin hanya sesetengah orang sahaja yang mampu menegurnya.

Jangan dipaksakan. Kadang-kadang ada orang nak berubah perlukan masa. Dia diam sahaja, tetapi dalam dirinya sedang berapi-api. Dirinya besi waja yang sedang ditempa dengan api yang bersuhu tinggi. Raging Fire!



Tunggu dia sejuk dulu.

Kesimpulan: Tegur tetap tegur

Kewajiban menegur tetap tidak gugur walau kita tidak tahu cara terbaik untuk menegur. Tersilap dalam cara  menegur 10 kali, ia tidak bermakna kita gagal 10 kali. Sebaliknya kita sebenarnya telah berjaya menemui 10 cara yang tidak patut diulang dalam menegur.

Mari memberi peringatan. Agar makin ramai yang bertaqwa. Insya-Allah.


~End Of Post~
Share

4 comments:

dr. mujahidah August 24, 2010 at 5:22 PM  

salam. akh. ana minat dengan segala artikel yang ada dan ana telah print semua artikel terpilih sebanyak mungkin( dah jadi macam buku) utk bacaan.

jzkk

DedeknOm August 24, 2010 at 7:09 PM  

salam.1st tym komen.em..klau tgk situasi abg adk yg ke 2..xsume org gak yg bleh trima cra 2.gelak tetap gelak..tp dlm hati ade rse lain.lbh2 lg klu die tegur dpn org..so,murabbi kne bijak memilih msa utk b'tndk.

umairzulkefli August 25, 2010 at 2:22 AM  

To dr. mujahidah : Jazakumullah Khairan atas sokongan. Idea yang menarik untuk compile penulisan2. Boleh email ana apa yg disusun sebagai buku tu? Boleh ana pun cuba compilekan.

To dedeknom: Tahniah kerana berjaya untuk komen buat pertama kalinya. Point yang hendak disampaikan adalah bina jembatan ke hati terlebih dahulu, jangan pakai tumbuk dan blah je. Kalau setiap kali tegur dengan permulaan jembatan hati, iA lain bentuk penerimaan mad'u.

wallahua'lam

Anonymous,  August 25, 2010 at 3:14 PM  

salam.suke2!

kdg2 lebih susa nak tegur org2 yg dekat.
cthnye fmily..wuu~

dan perasaan x yakin takut dpt respon "cam bagos" , retakkn frenship dan sbgainye pon kdg2 jd halangan..

sedar,diri tlalu byk kekurangn.hmm

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP