Aug 19, 2010

Luahan : Mencari Diri

Baru-baru ini saya cepat marah. Banyak perkara yang membuatkan saya tidak puas hati. Entah mengapa hal-hal kecil yang dahulu tidak pernah saya endahkan kini amat-amat mengganggu fikiran. Sehingga terbawa-bawa kepada tindakan luar kawal. Saya tidak tahu apa yang sedang berlaku.

Sukar memaafkan orang lain.
Amat geram apabila orang menukar percaturan saya.
Suka menyendiri

Entah.



"Cuba antum buat semula personality test tu. Lain macam je antum ni."

Saranan seorang ikhwah menggerakkan hati untuk kembali menyelak helaian-helaian itu.

Personality Plus : Florence Littauer 

Personality Plus : Florence Littauer & Marita Littauer 

Dan hasil yang mengejutkan!

Melancholic : 22
Cholecric : 13
Phelgmatic : 3
Sanguine : 2




180 darjah daripada diri saya sebelum ini!
Apa yang dah jadi?
Saya perlu kembali mencari rentak dan irama kehidupan.
Siapakah saya sebenarnya?

Yang penting, saya mahu jadi hamba Allah, Muslim yang baik.

Bantulah hamba-Mu ini Ya-Allah...

~End Of Post~
Share

8 comments:

Amin Baek August 19, 2010 at 10:29 PM  

muhasabah,muhasabah dan teruskan muhasabah umair...insyaallah

Abu Faruq Al-Iskandari August 20, 2010 at 6:49 PM  

sabar umair, sabar..

ana tengah sengih dengan zainul membaca luahan antum...

sengihlah..antum adalah sanguinis yang sengih.

umairzulkefli August 20, 2010 at 7:05 PM  

Jazakallah kepada yang memberi semangat dan masukan...

Zikri, apekah itu sanguinis yg sengih?

FRESHIE August 20, 2010 at 9:41 PM  

rasenye kurang rasional kot utk fixed dgn satu personality. manusia ialah makhluk yg berubah2 ikut keadaan, usia dan kematangan

Al-Harith Agrobusiness (AHA) August 21, 2010 at 6:25 AM  

Salam dari bumi Barokah...

Haaa...Umair..welkam to the klub....

Hahaha....Kelab Koleric n Melancholic.....

adios,
Amaat.

umairzulkefli August 21, 2010 at 11:52 AM  

To Freshie : mengikut teorinya, seseorang memang dilahirkan dengan personaliti tersendiri, Cuma keadaan sekitar yang mencorakkannya. Personaliti secara teorinya tidak mungkin berubah, cuma didominasi atau dimanipulasi.

To ahmadazaharmohd : wa mau jadi sanguinis yang sempurna lagi kuat! masih sanguinis!

Unknown August 22, 2010 at 1:13 AM  

Salam.

Lepas baca personality plus for Couples, (seperti yg diketahui.. personality plus ni ada byk edisi- for coules,parents etc) jelas sebenarnya Florence ni nak doktrin pemikiran kita menjadi seperti 4 yg dinyatakan.

Bila baca edisi for couples(asalnya utk belajr cara interaksi berbeza personality especially kita dgn mad'u), takde 1 pun end hubungan antara berbeza personality ni yg baik digambarkan Florence.

Bila kolerik dengan sanguine, ada masalah. bila plegmatic dgn melankolik pun ade masalah walau pada awalnya ok. Dan, semua yang lain pun ada masalah. Takde satu pun yang ok.

Jangan kita melakukan kesilapan iaitu menjadi seperti yang dimahukan oleh Florence. Cukup sekadar kita menjadi diri kita sendiri dan mengubah mana2 sisi yg negatif. Plus, memahami bahawa orang lain mempunyai personaliti yang berbeza.

Setiap dari kita ada ke-empat4 prsonality. Jadi, ambil side2 yg positif sahaja, dan buang yang negative. Jangan jadikan alasan, keadaan sekeliling mencorakkan diri kita. Sebab, sebagai seorang daie.. kitalah yang patut mencorakkaan keadaan sekeliling. Iman lah penguatnya.

And lastly.. jangan jadi sanguinis yg sempurna lagi kuat! Itu merujuk kpd apa yg dimaksudkan Florence. Apa yg perlu kita jadi adalah; Daie professional yg ceria!

Wallahua'lam. [sekadar pandangan]

umairzulkefli August 22, 2010 at 8:11 AM  

To analytical_blue:
jazakumullah khair atas sekadar pandangan anda..

Setiap individu tetap ada sisi-sisi yang terkedepan daripada setiap personaliti yang empat itu.

Tujuan membaca hanya untuk mengenali diri, bukan pasrah dengan keadaan. Kalau dah tahu setiap pertembungan personaliti tu akan ada masalah, maka tugas kita ialah mengidentifikasi mana puncanya agar kita boleh mencegahnya.

Dalam Islam tiada konsep pasrah terhadap sesuatu yang mempunyai ruang usaha serta pilihan.

Kenapa saya mahu jadi Sanguinis yang Kuat lagi Sempurna? Kerana saya mahu mengambil semua kelebihan yang ada pada setiap personaliti tersebut, sambil memperbaiki sisi-sisi lemahnya.

Wallahua'lam..


p/s: Now am up to seek for the advantages of the peaceful phlegmatic.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP