Muhasabah : Valentine Hidupan Liar
14 Ramadhan baru sahaja berlalu. Walaupun bukan 14 Februari, tetapi tanggal 14 mengingatkan saya tentang Valentine. Saya ingin berkongsi sebuah dokumentari daripada National Geographic yang dikongsikan oleh teman saya, Ahmad Ibrahim Yahaya. Dengan sebuah tajuk; 'Valentine Hidupan Liar.' Mungkin anda sudah mula menggambarkan seperti apa tajuk perbahasan kita daripada tajuk tersebut.
Cuma beberapa idea daripada dokumentari tersebut yang bakal dikongsikan, harap kita sama-sama dapat mengagak apa yang akan disimpulkan di akhir post ini. Semoga bermanfaat, insya-Allah.
Terdapat pelbagai cara haiwan mengawan...
Tahukah anda, 'saudara' rapat kita, En. Chimpanzi adalah haiwan yang hampir seluruh kehidupannya dalah herbivor, pemakan tumbuhan? Namun apabila tiba musim mengawan, tanpa disangka-sangka En. Chimpanzi yang 'comel' ini tiba-tiba menjadi karnivor dan mula memburu haiwan lain hanya untuk menarik perhatian chimpanzi betina. Semakin ganas 'saudara' kita itu, semakin besar peluangnya untuk mendapatkan pasangan hidupnya.
Buaya Amerika atau American Alligator menggunakan paru-parunya untuk mengawan. Semakin besar kapasiti paru-parunya untuk bernafas, semakin hebatlah 'aksi'nya. Dan buaya betina menyukainya. Tambahan, buaya jantan akan membuat sejenis getaran di dalam air untuk menunjukkan kehebatan paru-parunya. Menarik bukan?
Rusa pula memikat pasangannya dengan ngaumannya yang aneh. Bunyinya sukar untuk diterangkan. Nadanya halus, tetapi nyaring.
Pernah tengok leemer? Sekali pandang nampak seperti skunk, malah tindak tanduknya juga sama seperti seekor skunk. Leemer jantan akan mengangkat tinggi ekornya dan kentut! Kentut itu sebenarnya adalah sejenis bauan yang menjadi signal yang bermaksud, "Mari mengawan dengan saya!"
Burung Albatross pula dikenali sebagai penari yang hebat. Dan mereka mengawan dengan menari sehebat-hebatnya.
Sotong di Laut Casablanca menggunakan cahaya matahari untu menukar warna kulitnya. Dengan itu ia dapat menarik perhatian sotong betina.
Ketam pula menggunakan sepitnya. Ia mengetap-ngetapkan sepitnya untuk menunjukkan,"Saya lebih baik daripada ketam yang lain!" Saiz sepit tidak menjadi masalah. Kadang-kadang ketam jantan akan bergaduh sesama sendiri untuk berebut ketam betina yang menawan. Cukup memalukan!
Dan yang terakhir, Burung Bower. Boleh dikatakan haiwan paling romantik. Ia mengawan dengan membina 'pelamin pengantin' dan menghiasnya dengan bunga-bunga berwarna biru dan apa-apa sahaja yang mampu dicarinya, yang penting warnanya biru...
Menarik kan?
Mari berfikir, mengapa haiwan mengawan? Atau dalam kata lain, 'Mengapa haiwan menarik perhatian lawan jenisnya?'
Jawapannya terletak pada kitaran hidup dan tujuan hidupnya sendiri. Mudah sahaja, kerana itu adalah tujuan hidup mereka! Kerana mereka adalah haiwan! Binatang!
Secara umumnya, terdapat 2 tujuan hidup yang utama bagi seekor binatang,
MAKANAN
SEX --> BERKELUARGA
Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi 2 tujuan hidup tersebut, walaupun terpaksa menyabung nyawa bertarung untuk makanan dan sex. Demin menjamin kemandirian spesisnya dalam ekosistem yang seimbang.
Saya cuba berfikir mengapa Allah berfirman di dalam Surah Al-A'raf, ayat 179,
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."
Apa yang saya dapati adalah, apabilaa kita menyimpang daripada tujuan hidup kita, kita akan menjadi lebih buruk daripada binatang. Haiwan hidup menurut apa yang diinginkan Allah SWT sebagai matlamat hidupnya, iaitu mencari makanan, mengawan, dan membiak. Seterusnya menstabilka ekosistem kita.
Namun sekarang, kita manusia melakukan sebiji seperti apa yang haiwan-haiwan ini lakukan.
Kita bergaduh untuk mencari rezeki seperti chimpanzi.
Kita bersaing mencari pasangan hidup seperti buaya Amerika.
Kita bergaduh berebut kuasa sperti ketam.
Kita membeli kereta mewah untuk menunjuk-nunjuk seperti sotong.
kita menari-menari untuk mencari perhatian orang seperti Burung Albatros.
Kita menjadi materialistik dengan menghiasi rumah dan harta benda kita untuk menarik perhatian orang seperti Burung Bower.
Kita memakai pewangi-pewangi mahal untuk menarik perhatian pasangan seperti leemer.
Kita melunakkan suara untuk menggoda orang lain seperti rusa.
Apa yang istimewanya kita menjadi manusia sekiranya tujuan hidup kita hanya untuk mengumpulkan lebih banyak wang, menggoda wanita, membesarkan rumah, memiliki kereta mewah, dan lain-lain? Kita meniru perilaku haiwan!
Jadi, apa yang istimewanya kita menjadi manusia? Apa yang menjadi keistimewaan kita, apabila kita mempunya tujuan hidup hanya seperti haiwan? Mencari makanan, mengawan dan membiak? Apa tujuan hidup kita? Soalan ini dibiarkan agar kita sama-sama fikirkan. Jawapan yang mungkin kita semua sudah ada skemanya namun belum ada praktikal kehidupan.
Yang lebih buruk, kita bukan sahaja mempunyai tujuan serta matlamat hidup seperti binatang, malah kita yang dianugerahkan akal untuk berfikir ini malah menjadi jauh lebih teruk lagi daripada binatang.
Sebodoh-bodoh dan sehina-hina binatang, mereka tetap tidak pernah 'tercicir' atau membuang anak-anak mereka merata-rata, apatah lagi sengaja membunuhnya!
Tepuk dada tanya iman...
Wallhua'lam...
Share
4 comments:
salam akh n samat bersahur (tgh sahur neh..huhu) erm.. ana tertarik nak kongsi kisah yang ana tgk kat National Geographic masa balik 2 minggu lepas..
kisah 1..
Ada sejenis rusa, xingat namanya.. anaknya telah dibunuh oleh Haiena/dubuk utk dijadikan makanan. Namun demikian, dubuk berkenaan terpaksa bertarung mencuri anak rusa yang mati itu daripada ibunya selama 4 jam kerana ibunya tetap setia menunggu jasad anaknya yang mati itu agar tidak dimakan oleh dubuk..
kisah 2
ada seekor jenis kerbau afrika telah melahirkan anak, namum anaknya dibunuh juga oleh seekor cheetah.. akibat drp itu, ibu kerbau terbabit mengejar cheetah utk membunuhnya..namun cheetah berjaya menaiki sepohon kecil pokok..kerbau tersebut tidak berputus asa, dia cuba 'menyedok' pokok tersebut agar cheetah itu jatuh dan dia boleh membunuhnya.. hal ini berlaku selama 14 JAM!!! dengan pelbagai taktik untuk menuntut balas terhadap cheetah tersebut..
nah, ana terfikir dan membandingkan dengan manusia zaman ini.. betapa teruknya melebihi binatang... nauzdubillah himin zalik.. moga Allah menjauhkan kita drp melakukan kejahatan tersebut..
p/s: ops, terpanjang sket..hehe
dahsyat, dahsyat..manusia boleh jadi lebih menakutkan berbanding haiwan. Sungguh di sebalik setiap kejadian alam, terdapat pelajaran bagi orang yang berfikir
ahmiez memberi komen panjang..
nice artikel, good issue~
To AhMiEzZ :
Binatang lebih manusia daripada manusia. Manusia pulak? Manusia lebih binatang daripada binatang.
Nak wat cmne, manusia semua nak jadi binatang.
Teringat sebuah teka-teki, bila manusia jadi binatang, binatang jadi apa? Huhu~
To FRESHIE :
Sila baca komen untuk AhMiEzZ
To ibnu ghazali:
Mari berdakwah kepada manusia sebelum semua manusia bertukar jadi binatang...huhu~ ngeri tu...
Jazakumullah Khair buat semua yang memberi komen.
Post a Comment