Dakwah : Lapangkanlah Dadamu Sahabat
Assalamu'alaikum WBT...
Kata-kata seorang saudara seislam daripada jemaah yang berbeza:
"...seseorang itu telah menerima tarbiyah daripada jemaah lain.."
Kita perlu menyedari makna tarbiyah & komitmen bagi setiap individu itu berbeza-beza.
Ada orang kata apabila mad'u itu sudah duduk dalam majlis tazkirahnya, dia sudah ditarbiyah olehnya.
Ada yang kata apabila mad'u itu sudah menulis nama untuk menyertai kelab dakwahnya, dia sudah berintima'@berkomitmen dengan jemaah@kelabnya.
Sebelum kita terus kepada konklusi ini, diri yang lemah lagi hina ini berharap agar kita sama-sama bersikap terbuka.
Boleh jadi seseorang mad'u itu telahpun duduk dalam 2-3 majlis ilmu jemaah-jemaah lain, tetapi kita tidak tahu. Ada yang telah ikut halaqoh sejak dari sekolah, sedangkan kita tidak tahu. lalu kita tawarkan kepadanya untuk menyertai jemaah kita dan berdakwah bersama kita. Pernahkanh kita menyedari keadaan ini? Kita selalunya rasa kita sahaja yang paling laju menawarkan, sehingga tidak merasakan ada orang lain yang juga turut cuba menawarkan.
Keadaan ini akan membuahkan dua hal yang positif dan kemungkinan 1 hal yang negatif:
1. Mad'u itu memilih untuk bersama dengan kita
2. mad'u itu memelih untuk bersama dengan jemaah lain yang dirasakannya lebih sesuai dengan jiwanya.
kedua-dua keadaan ini baik. Dan mad'u itu pun senang hati kerana merasa bebas memilih. Dan sepatutnya kita sama-sama meraikan pilihannya tersebut.
namun kemungkinan ketiga ini mungkin berlaku:
3. Mengambil keputusan tidak mahu menyertai mana-mana jemaah dakwah demi menjaga hati semua pihak. lagi-lagi apabila dia diprovokasi supaya jangan sertai pihak itu dan ini, sertai kami sahaja.
Dan ini lebih membarah. Terus menjadi orang umum, tidak mendapat bimbingan daripada mana-mana pihak. Lalu menjadi orang umum tentunya akan terdedah kepada kerosakan masyarakat yang lebih berat, memandangkan dirinya tiada perisai kefahaman agama.
Dan di sinilah perlunya idea 'berlapang dada' dengan pilihan-pilihan mad'u kita.
Mad'u ana sendiri, yang asalnya ditarbiyah daripada sekolah, tetapi masuk ke kampus ana, melihat pelbagai jemaah yang ada, dia memilih untuk menyertai jemaah lain. Jadi? Nak buat apa? Beritahu presiden jemaah lain tersebut dan memberi peringatan, "Jangan ganggu anak halaqoh ana, dia dah ikut halaqoh dengan kami sejak dari bangku sekolah."
Atau jumpa mad'u tersebut dan berinya peringatan, "Nta dah lama ditarbiyah daripada sekolah lagi. Komitmenlah dengan jemaah ini. Tergamak nta tinggalkan kami?"
Asif. Asif jiddan. Ana tidak rasa itu semua perlu. Biarlah mad'u-mad'u ana itu memilih mana yang disukainya. Tugas ana ialah membentuk kefaman Islamnya sebaik mungkin semampu ana, diri yang lemah serta penuh kekurangan ini. Setelah usaha ini diletakkan, lalu dia tetap tidak yakin dengan jalan juang yang ana tunjukkan ini, ya, silakan pergi ke mana-mana yang antum rasa sesuai. Ana berlepas tangan. Yang penting, sila bersungguh-sungguh berdakwah dengan pilihan antum tersebut.
Buat ana, itu suatu muhasabah. Banyak yang perlu diperbaiki.
Mungkin penyampaian yang tidak begitu baik.
Mungkin pendekatan yang tidak begitu berhikmah.
Mungkin akhlak yang ditunjukkan tidak cukup cantik.
Mungkin sekali ada dosa-dosa silam yang mengaratkan jiwa menyebabkan Allah tidak berkehendak mad'u itu ditarbiyah oleh diri ana yang lemah dan hina ini.
Lalu berpesan sesama teman seperjuangan untuk terus memperbaiki diri.
Kan mudah?
Nak pergi, pergilah. Redhakan sahaja. Bukannya hak kita untuk paksa-paksa. Kita hanya perlu beri peringatan.
Dan inilah sikap yang sepatutnya kita sama-sama pupuk. Raikan sahaja perbezaan. Raikan pendapat. Selama mana tidak bercanggah dengan syariat Allah, biarkan mereka bergerak.
Untuk soal mad'u itu asalnya memang ditarbiyah oleh kita atau ditarbiyah oleh kumpulan lain kemudiannya kita pula yang cuba bimbing tetapi akhirnya ingin ikut orang lain, atau apa sahaja bentuknya yang akhirnya mereka memilih untuk tidak bersama dengan kita, biarkan sahaja ia pergi. Kita teruskan berdakwah.
Berdakwahlah kepada Allah. Lakukannya hanya kerana Allah. Sudah. Kalau benar memang kerana Allah, kita akan bahagia, lapang dada. Kerana Allah hanya menanggjawabkan kita menyampaikan peringatan, pilihan yang dibuat oleh orang-orang yang disampaikan peringatan itu.
Lapangkan dadamu wahai sahabat...
Wallahua'lam
Share
4 comments:
Bapak dan Ummi ana pernah berborak ketika mereka merisaukan salah seorang daripada anak mereka,
Ummi: Tengoklah, masing-masing ada kepala sendiri
Bapak: Ye, kepala memanglah masing-masing. Bapak tak kisah masing-masing nak ikut kepala sendiri, cara sendiri, taknak ikut cara bapak. Takpe. Yang penting tunjukkan hasilnya.
Ya itulah point yg ana dapat. Hasil. Joinlah apa2 saje, yang penting hasilnya yang terbaik. Sedangkan seorang bapak tidak memaksa anak membuat pilihan, mana boleh naqib atau murabbi itu memaksa mad'u itu memilih haluan hidayahnya. Yang penting bimbing dia buat pilihan, bukan mengarah dia memilih.
Assalamualaikum wbt dan Salam ukhuwah, Salam Ramadhan Mubarak..
Sekadar ingin memberikan sedikit pandangan...
Andaikata ada satu jemaah yang mengatakan dirinya adalah jamaatul muslimin maka setiap jemaah yang ada sekarang ini harus bergabung di bawahnya. Persoalannya sekarang, boleh tak nyatakan jamaatul muslimin untuk masa sekarang ini? (Bagi masa lima minit untuk menjawabnya).
Kalau anda jawab YA, tolong nyatakan. Dan kemudian sila declare jemaah islam yang ada sekarang ini adalah golongan bughah (pengkhianat). Sebagai contoh, kalau Usamah bin Ladin mengatakan jemaahnya (al-Qaeda) adalah jamaatul muslimin, maka Jemaah Tabligh, Jemaah Ikhwanul Muslimun, Jamaat Islami, Parti Islam Semalaysia dan lain-lain adalah golongan bughah. Golongan bughah boleh diperangi. Jadi, umat Islam terpaksa berperang sesama sendiri, dan terpaksa pula untuk berperang dengan musuh-musuh yang sudah nyata dalam Al-Quran dan Sunnah: Yahudi dan Nasrani.
Kalau anda jawab TIDAK, sila ikut pesanan ringkas ini:
"BEKERJASAMA DALAM HAL-HAL YG KITA SEPAKATI, DAN SALING BERLAPANG DADA DALAM HAL-HAL YG KITA TIDAK SEPAKATI"
Ingatlah, wahai ikhwan wal akhwat yang dikasihi ALLAH,
Musuh-musuh kita dah terlalu ramai. Malahan, mereka boleh bekerjasama sesama mereka walaupun berlainan agama, ideologi, mazhab untuk memerangi Islam. Kurangkanlah hal-hal yang menjadi perselisihan di kalangan umat selagi ia belum menyentuh hal-hal akidah.
Kita juga kini terpaksa berdepan dengan golongan anti hadis, golongan islam liberal dan sebagainya. Apa daya dan upaya kita untuk menghadapi mereka kalau kita saling berburuk-sangka, berkhianat, berdendam sesama sendiri.
Kita berdakwah dan berjihad bukan kerana kewibawaan individu tertentu dan kesohoran sesuatu jemaah yang kita ikuti, tetapi kita berjuang hanyalah untuk ALLAH, kepada ALLAH dan kerana ALLAH. Hanya ALLAH sahaja yang kekal dan lainnya pasti akan sirna dan Dialah merupakan tujuan hidup di alam yang singkat ini. Maka serukanlah setiap orang yang kita temui kepada ALLAH dan bukan kepada JEMAAH. Kadangkala, kita yang asyik bercakap hal jemaah masih mengabaikan solat berjemaah. Tak taulah, mungkin imam yang mengetuai solat bukan dari kalangan jemaah mereka, jadi tak perlu diikuti.
Akhirul kalam, tidak terniat untuk menyinggung hati mana-mana member forum, sekadar ingin menyatakan apa yang terbuku di hati. Semoga ALLAH mengurniakan semangat kepada kita untuk terus berjuang dan disertai dengan amal yang gigih serta istiqamah. Setakat semangat, tak bawa ke mana. Yang penting, amal yang berterusan.
Perselisihan adalah Rahmah selagimana tidak bercanggah dalam urusan Aqidah yang kemudian dinamakan sebagai ushul dan bukanlah bercanggah dalam perkara2 cabang (furu').
Mungkin sahabat drpda Persatuan Islam dikampus melihat jemaah yang diikutinya hampir menepati ciri-ciri islam yang digariskan.Mungkin methodnya adalah menerusi kekuasaan melalui kepimpinan Islam dalam menyeru yang makruf dan mencegah yang mungkar.Mungkin sahaja inilah yang dilakukan oleh jemaah parti Islam di luar sana.
Dalam pendekatan Usul Fiqh ada menyebutkan, 'Mala yatimmul wajib illa bihi fahua wajib"..
menegakkan Islam dalam kalangan masyarakat kampus yang pelbagai adalah wajib.sekiranya tanpa kekuasaan syariat Islam tidak dapat ditegakkan, maka wajib juga untuk memdapatkan kekuasaan, kekuasaan dalam konteks pelajar universiti.
Lihat sahaja badan Islam di kampus, pembawaannya mencakupi segenap ruang dakwah yang ada.Disana juga ada tarbiyyah, ada juga kekuasaan/siyasah, ekonomi, tsaqafah ilmunya, malah ruang dakwah juga sampai kepada penuntut-penuntut bukan Islam. Tidak kah ini yang dikatakan Islam itu menyeluruh, semestinya jemaah yang menggerakkannya juga memiliki sifat2 sebegitu.
Bagaimana pula dakwaan yg dibuat oleh sahabat-sahabat dari jemaah yang lain? Kenapa tidak duduk sebumbung sekiranya kita tahu itu lah tugas2 sebenar yang harus dilakukan.Dakwah kita tidak boleh terlalu eklusif terhadap figure2 atau adik2 yang perawakan baik sahaja. Kekurangan/kelompongan yang ada di dalam persatuan Islam dikampus seharusnya diperbaiki, bukan bererti kita harus bergerak berasingan hanya kerana kita merasakan sistem tarbiyah dlm persatuan Islam tidak begitu baik. Bukankah ini satu kesalahan?
Kita ambil analogi bas. Jika hanya bahagian tayar yang rosak, adakah bas yang akan digantikan? Jika cerminnya yang retak , adakah bas yang harus diganti?
Menjadi tanggungjwab antum untuk menegur ruang2 yang ada kelemahan.Bukankah itu lebih berhikmah.
WASSALAM, ILAL LIQA'
Panjangnya komen...tetapi isunya sama,
"Mengapa tidak bersatu sahaja di bawah satu jemaah?"
Untuk menjawab soalan ini saya bawakan bedah buku Penyatuan Kerja Gerakan Islam;Di Antara Kenyataan Dan Harapan oleh Dr Muhammad Abu Al Fath Al Bayanuniy.
Ulama' pun dah bahas panjang lebar. Mari kita sibuk berdakwah. Ajak orang perbaiki diri.
Sila baca post terbaru saya: http://umairzulkefli.blogspot.com/2010/08/bedah-buku-penyatuan-gerak-kerja-islam.html
Post a Comment