Perkongisan : Memaknai Malam Terakhir Ramadhan
Malam ini saya akan bertolak pulang ke rumah.
Saya akan iftar di rumah Akhi Zikri di Taman Maju. Berukhuwah buat kali terakhirnya buat ramadhan ini. Turut bersama Akhi Khozafi. Basnya ke kelantan akan bertolak jam 8 malam dari perhentian bas Seri Iskandar.
Soalnya malam ini malam terakhir ramadhan. Jadi saya merancang untuk memaknakan malam terakhir ini dengan melakukan sesuatu yang sedikit berlainan.
Saya akan pulang ke rumah yang terletak di Kajang, kira-kira 237 kilometer daripada Universiti Teknologi Petronas yang tercinta. Dan saya akan pulang dengan motor. Barang-barang yang perlu dibawa pulang telahpun diserahkan kepada Akhi Zainul Ariffin yang pulang dengan kereta Satria Walabinya. Jadi motor itu hanya perlu menanggung beban penunggangnya dan beg galasnya.
Bagaimana saya ingin memaknai perjalanan ini?
Inilah serba sedikit perencanaan saya pada malam terakhir ramadhan ini. Semoga saya mendapat pencerahan spiritual yang sebanyak-banyaknya sepanjang perjalanan ini. Mohon doa daripada semua. Semoga Allah redha dengan kita semua.
Doakan saya selamat sampai ke destinasi.
Buat yang lain, pastikan malam terakhir ini diisi sebaik-baiknya. Belum tentu kita akan menemui Ramadhan yang seterusnya.
Jadikanlah malam terakhir ramadhanmu malam yang bermakna.
-umairzulkefli-
Engineering Office
Nihon Canpack (M) Sdn. Bhd.
5:06PM
8th Sept 2010
Share

- Ini adalah malam yang terakhir jadi saya mahu seluruh perjalanan saya berada di bawah langit sambil mentadabburi malam yang terbentang luas. Semoga ia akan membuahkan pengalaman yang berharga buat saya bawa dalam bulan-bulan seterusnya.
- Target saya untuk 10 hari terakhir ini adalah untuk mengkhatamkan Al-Quran. Saya bermula dengan menamatkan bacaan pada malam ke-21 Ramadhan kelmarin bersamaan 1.20AM 31 Ogos 2010. Bermula dari saat itu saya cuba mengekalkan bacaan sebanyak 3 juz sehari. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT sekarang saya sudah habis 27 juz. Jadi malam ini saya akan mulakan juz yang ke 28 dalam perjalanan. Bagaimana?
- Saya akan berhenti di 5 setiap perhentian yang bakal saya lalui.
- Solat Sunat Tarawih akan dilaksanakan sebanyak 2 rakaat di setiap perhentian.
- Saya akan membaca sebanyak 4 muka surat pada setiap rakaat. 1 juz = 20 muka. 2 juz yang akan dihabiskan = 40 muka.
- Pada perhentian yang ke 5 saya akan solat witir sambil menghabiskan bacaan juz ke 29.
- Saya akan mengkhatamkan juz 30 di Masjid Jamek Kajang, lalu solat witir 1 rakaat.
Inilah serba sedikit perencanaan saya pada malam terakhir ramadhan ini. Semoga saya mendapat pencerahan spiritual yang sebanyak-banyaknya sepanjang perjalanan ini. Mohon doa daripada semua. Semoga Allah redha dengan kita semua.
Doakan saya selamat sampai ke destinasi.
Buat yang lain, pastikan malam terakhir ini diisi sebaik-baiknya. Belum tentu kita akan menemui Ramadhan yang seterusnya.
Jadikanlah malam terakhir ramadhanmu malam yang bermakna.
-umairzulkefli-
Engineering Office
Nihon Canpack (M) Sdn. Bhd.
5:06PM
8th Sept 2010
Share
3 comments:
selamat pulang umair..
hati hati dalam perjalanan...
smoga sampai ke destinasi..
perancangan yang menarik...dan aktiviti yang luar biasa tu akh!!
semoga Allah memudahkan urusan anta..
selamat hari raya untuk anta
salam akhi,
moga selamat sampai ke destinasi, perancangan yg sangat baik dalam memaknai hujung2 ramadhan yang cukup bermakna ini..
every second is counted..
moga Allah merahmati dan memberkati ukhuwah kita..
Post a Comment