Sep 29, 2010

Tazkirah : Belajar Daripada Kesalahan Sendiri

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali." Riwayat Bukhari & Muslim

Berbuat kesalahan tidak menjadi aib jika dilakukan sekali sahaja lalu bertaubat setelah itu. Tetapi ia menjadi aib apabila dilakukan dua kali, apatahlagi berkali-kali. Keterlanjuran perlu diusahakan untuk tidak diulangi.


1. Apa Yang Harus Kita Pelajari Daripada Kesalahan Yang Pernah Kita Lakukan?

a) Menyedari kesempurnaan hanya milik Allah sehingga menyebabkan kita rendah hati dan tawadhu’di depan Allah. Lalu memahami hikmah mengapa manusia melakukan dosa.
Rasulullah bersabda :
“Seandainya kamu tidak berbuat dosa, maka aku mengkhawatirkan akan terjadi padamu sesuatu yang lebih parah daripada dosa, iaitu bangga diri (sombong).” (As-Shahihah: 1382)

b) Dengan kesalahan yang dilakukan, menyebabkan dirinya lebih bijaksana dan santun menghadapi kesalahan orang lain.

c) Menyedari tanpa rahmat dan taufiq daripada Allah SWT, dia tidak akan dapat keluar daripada kancah kemaksiatan, sehingga dia akan sentiasa memperbaiki sikap dan perilakunya agar mendapat limpahan rahmat dan taufiq daripada Allah.
“Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali .” [Q.S. Hud, 11:88]

2. Mengapa Kita Mengulang-Ulangi Kesalahan Yang Sama?

a) Seseorang akan mudah mengulang kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan sebagai satu hukuman daripada Allah SWT atas kesalahan yang pernah dilakukannya. Sebahgian ulama’ salaf berkata : 
“Sesungguhnya di antara hukuman atas keburukan adalah keburukan setelahnya. Sesungguhnya di antara balasan kebaikan adalah kebaikan setelahnya." (Al-Jawabul Kafi: 60)
Bermakna, seseorang hamba akan dipermudahkan untuk melakukan kemaksiatan yang kedua sebagai balasan atas kemaksiatannya yang pertama, dan begitulah sebaliknya untuk kebaikan.
“Dan balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa.” [Q.S. Asy-Syuura, 42:40]

b) Antara tabiat dosa adalah adanya tarikan antara satu dosa dengan dosa yang lain. Ibnu Qayyim berkata:
“Kemaksiatan akan menanamkan kemaksiatan yang sejenisnya, sebahagiannya akan melahirkan sebagian yang lain sehingga sangat sulit bagi seorang hamba untuk meninggalkannya. Apabila seorang hamba melakukan dosa, maka dosa yang akan berkata, “Lakukanlah aku juga.” Apabila ia melakukannya, dosa yang ketiga pula berkata, “Lakukanlah aku juga.” Begitulah seterusnya sehingga kerungian akan belipat kali ganda dan dosa-dosa akan semakin bertambah." (Al-Jawabul Kahfi: 61)

Dosa bagaikan magnet yang menarik dosa yang lain untuk dilakukan

c) Dengan berlakunya keterlanjuran, maka syaitan telah mengetahui kelemahan dan celah untuk menggoda dan memperdauainya. Lalu syaitan akan lebih bersemangat untuk menggodanya agar mengulangi kesilapan yang sama berkali-kali.
“Dosa itu mengelilingi hati, tidak ada suatu pandangan melainkan syaitan akan bercita-cita untuk memanfaatkannya." (Ash-Shahihah: 3660)

d) Nafsu syahwat akan menuntut sesuatu yang lebih daripada seseorang yang cuba menuruti sebahagian daripada nafsunya.

e) Tidak ada balasan langsung atas kesilapan yang dilakukan sehingga dia berani untuk terus mengulanginya. Seperti yang berlaku kepada orang musyrik yang terus-menerus mengingkari Al-Quran kerana tiada azab yang diturunkan kepada mereka.
Dan (ingatlah), ketika mereka (orang-orang musyrik) berkata: "Ya Allah, jika betul (Al Quran) ini, dialah yang benar dari sisi Engkau, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih." [Q.S. Al-Anfal, 8:32]

f) Tidak menyedari bahawa dosa yang dilakukannya adalah suatu dosa. Seseorang perlu belajar untuk mengetahui perbuatan apa yang perlu dilakukan dan yang perlu ditinggalkannya. Seorang ahli hikmah berkata, “Jika engkau tidak tahu bahawa itu dosa, maka itu adalah bencana. Jika engkau tahu bahawa itu adalah dosa namun engkau tetap melakukannya, maka itu adalah bencana yang lebih besar lagi.”


3. Mengapa Kita Tidak Boleh Mengulang-Ulangi Kesalahan Yang Sama

a) Akan menjadi kebiasaan dan sangat sukar untuk ditinggalkan. Ulama’ berkata, “Pandangan adalah awal dari segala kemaksiatan yang menimpa seseorang. Kerana pandangan akan melahirkan lintasan fikiran, lintasan fikiran akan melahirkan idea, idea akan melahirkan keinginan, keinginan akan melahirkan kehendak, kehendak akan menguat menjadi tekad, dan tekad akan menghantarkannya kepada perbuatan dosa, dan perbuatan dosa ini akan menjadikan seseorang itu terbiasa melakukannya sehingga sangat sukar untuk meninggalkannya.”

Jadi, menahan diri tatkala kemaksiatan itu baru sekali dilakukan adalah lebih mudah daripada setelah berkali-kali dilakukan, dan menahan diri akan lebih mudah jika ia masih sekadar sebuah keinginan. Seorang ulama berkata, “ Bersabar untuk menundukkan pandangan jauh lebih mudah daripada bersabar atas penderitaan jiwa yang terjadi setelahnya.” (Al-Jawabul Kahfi: 153-165)

b) Menghantarkan seseorang kepada Suuh Khatimah. Seringkali seseorang mati dalam keadaan melakukan kemaksiatan yang biasa dilakukannya. Seorang ulama berkata, “Barangsiapa terbiasa melakukan sesuatu, dia akan mati di saat melakukan perbuatan tersebut.” (Al-Jawabul Kahfi: 167)

c) Menghitam-legamkan hati sehingga tidak mahu menerima kebenaran. Sabda Rasulullah,
“Sesungguhnya seseorang mukmin itu apabila melakukan sesuatu dosa, maka titk hitam muncul di hatinya. Jika dia bertaubat, meinggalkan dosan dan beristighfar, maka hatinya akan kembali bergemerlap. Jika ia melakukan dosa lagi, maka titik hitam itu bertambah lagi sehingga hatinya tetutup oleh noda hitam yang disebutkan Allah SWT dalam firman-Nya:
Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka. [Al-Muthaffifin, 83:14]

d) Dosa-dosa kecil yang berulang-ulang menjadi dosa besar. Dosa besar yang berulang-ulang akan mengakibatkan pelakunya terjerumus kepada kekafiran, kerana telah terbiasa melakukannya dan akhirnya beriktikad bahawa dosa-dosanya itu sesuatu yang halal.

4. Bagaimana Agar Tidak Mengulang-Ulangi Kesalahan Yang Sama?

a) Segera bertaubat untuk memotong mata rantai dosa dan mengiringi perbuatan dosa dengan kebaikan yang akan menghapuskannya. Rasulullah SAW bersabda,
“Apabila kamu berbuat dosa, maka lakukanlah kebaikan (untuk menghapuskannya)” [H.R. Baihaqi]

b) Memperkuat azam untuk memperbaiki diri. Penyebab utama seseorang menjadi lemah di hadapan dosa-dosa adalah ketiadaan atau kelemahan tekad untuk menghindarinya sehingga dengan mudah dia mengulanginya.
“Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat.” [Q.S. Thaha, 20:115]

Awasi tanda-tanda bermulanya keinginan untuk bermaksiat, agar tidak terlanjur melakukannya

c) Mencari lingkungan kodusif untuk memperbaiki diri. Seseorang yang berada dalam lingkungan yang baik akan malu untuk melakukan dosa. Itulah hikimah mengapa seorang yang telah membunuh 100 orang lalu ingin bertaubat dianjurkan untuk berpindah daripada kampung halamannya.


Wallahua'lam

~End Of Post~
Share

3 comments:

Unknown September 29, 2010 at 5:05 PM  

teringat lagu brothers masa kecik2 dulu. lagu kedamaian.

"kerna orang beriman, tidak melakukan kesilapan berulang kali.."

risau. x mahu kesilapan berulang :(

Izzaty Ishak September 29, 2010 at 5:24 PM  

Selalu gagal dan kembali melalukan kesilapan lama :( Moga Allah swt terus memberikan aku kekuatan terus berada di landasan-Nya.

umairzulkefli September 30, 2010 at 6:51 AM  

mari sama-sama muhasabah
tazkirah ini untuk mengingatkan diri sendiri

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

..::Inspirasi::..

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

  © Blogger template template alfatih by alFatihtudio 2009

Back to TOP